14 Julai 2014

PENDEDAHAN TERPANAS " TLDM TIDAK DIBENARKAN TEMBAK KUMPULAN PENGGANAS" !!!


TLDM mohon kerajaan benar tembak penceroboh

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan memohon kepada kerajaan untuk membenarkan pasukan keselamatan melepaskan tembakan terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang menceroboh masuk kawasan perairan Sabah.

Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata cadangan peraturan itu sebagai salah satu usaha untuk menghalang kumpulan pengganas dari Filipina menceroboh masuk ke negara ini.

Beliau berkata peraturan sedia ada tidak membenarkan pasukan keselamatan menembak apabila ternampak (shoot on sight) yang menghalang pasukan keselamatan termasuk TLDM untuk membanteras kumpulan pengganas.

"Saya fikir sudah tiba masanya Peguam Negara harus memikirkan perkara ini supaya memudahkan pengawasan untuk keselamatan perairan negara di Pantai Timur Sabah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai insiden pencerobohan terbaru di Semporna, Sabah yang mengakibatkan seorang anggota polis marin terbunuh dan seorang lagi hilang dipercayai diculik.

Dalam kejadian Sabtu lepas, sekumpulan lapan lelaki yang lengkap bersenjata menyerang hendap sebuah resort di Pulau Mabul dan membunuh seorang anggota polis marin Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, dan menculik Konstabel Zakia Aleip, 26.

Beliau berkata penceroboh tidak takut dengan pihak berkuasa kerana mereka tahu pasukan itu hanya memberi amaran supaya berhenti dan tidak akan melepaskan tembakan.

"Kalau kita bagi amaran berhenti, mereka tidak akan berbuat demikian dan akan sentiasa berjaya melepaskan diri, oleh itu perkara ini tidak boleh dibiarkan," katanya.


Terdahulu, beliau menyaksikan majlis serah terima tugas Panglima Armada yang baharu iaitu Laksamana Madya Datuk Mohamad Roslan Mohamad Ramli bagi menggantikan Laksamana Madya Datuk Abdul Hadi A. Rashid yang bersara wajib.

- Bernama

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Patut le Pengganas pun tau Undeng2 Rimba Malaysia.Undang2 Bodoh Macam Pemimpin 2 UMNO.JAHANAMMMM

Tanpa Nama berkata...

Pengganas tak boleh tembak...org kita polis boleh tembak...mcm2 spa nak jadi ni...

Tanpa Nama berkata...

PEMIMPIN OTAK SENTENG.

Tanpa Nama berkata...

PEMIMPIN OTAK SENTENG

Tanpa Nama berkata...

Pm penakut..otak xde..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...