03 Jun 2014

PANAS! PEMUDA UMNO MERAYU-RAYU PADA DYANA....APA CERITA PULAK NIE!!!!


Pemuda Umno pelawa Dyana Sofya


Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi

IPOH - Pemuda Umno hari ini mempelawa calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud menyertai Umno bagi menyumbang idea dan tenaga untuk kepentingan anak muda di negara ini.

Perkara itu dinyatakan sendiri, Exco Pemuda Umno, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi selepas melihat Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyalahkan Dyana Sofya atas kekalahan mereka mempertahankan kawasan Parlimen Teluk Intan.

"Selepas beberapa hari PRK Parlimen Teluk Intan tamat, masih ramai yang memperkatakan mengenai kehadiran seorang gadis yang tampak biasa tetapi penuh bersemangat sebagai calon yang mewakili DAP.

"Malangnya, Guan Eng dengan angkuh telah memberi pandangan bahawa kekalahan Dyana Sofya adalah disebabkan ciri-ciri dirinya yang masih muda, seorang wanita dan seorang Melayu," katanya dalam satu kenyataan media.

Syamsul Baharin yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Ipoh Barat berkata, dia sendiri tertarik dengan penulisan Dyana Sofya bertajuk 'Satu Jam Bersama Obama', yang menyatakan anak muda harus mencari platform dengan melibatkan diri bersama kumpulan yang menghargai bakat dan usaha.

Katanya, pelawaan itu dibuat agar ciri-ciri yang ada pada Setiausaha Politik Ahli Parlimen Gelang Patah itu dapat digunakan secara optimum demi 'survival' anak-anak muda Malaysia.

"Semangatnya ketika mengharungi cabaran PRK cukup mengagumkan walaupun diperlekehkan oleh kepimpinan dan ahli-ahli DAP umumnya yang berbangsa Cina. Oleh itu silalah meneruskan perjuangan di tempat asalmu dan tempat ayahanda dan bondamu wahai saudari Dyana.

"Kami sentiasa menerimamu dalam Umno Bahagian Ipoh Barat kerana Umno sahajalah parti keramat Melayu yang memperjuangkan nasib bangsa melayu dan bangsa-bangsa lain di Malaysia, melalui BN,"
katanya.

5 ulasan:

zamani berkata...

orang gila pun tak mahu masuk umnu ni plak orang yang cerdik...363

Tanpa Nama berkata...

Rujuk perenggan akhir buat akun nak termuntah...... khakkk...khakk.....

Tanpa Nama berkata...

Gatal la tuu kah kah kah.cuba yg wakil tu awex gelap n kireng cun x dernyer nak pelawa.kutuk kaw2 lagi adelah.kah kah kah.

Tanpa Nama berkata...

Angaulah tu.... macamlah kita tak tau puak-puak ni dok usung merata puteri-puteri.... jadi ulam pembangkit selera.

Unknown berkata...

Tak cukup- cukup ke putri tu kau sakau jgn ingat kita ni tak tahu malas je nak ceta..br je kau kutuk dyana menang je terus offer ya kenapa yg ada tu dah tak sedap lg ke..dyana tu bukan kurang cerdik mcm lu beb..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...