02 Jun 2014

DNA BABI DALAM COKLAT CADBURI ....SEKEJAP ADA SEKEJAP TAKADA....

cadburrybab


PERSOALANNYA MENGAPA SAMPEL DIAMBIL DIKILANG DAN PADA TARIKH TERBARU...

MENGAPA TIDAK DIUJI DI MAKMAL BERKECUALI ..........


MAKNAYA COKLAT TERBARU SAHAJA YANG BOLEH DIIKTIRAF HALAL....TETAPI ADAKAH MAKMAL KIMIA  JAKIM BOLEH DIPERCAYAI?.........


Saudi uji sampel Cadbury - PASTI SAMPEL AMBIL DI PASARAN
Saudi mengarahkan penjualan coklat terbabit dihentikan sementara.

RIYADH - ARAB SAUDI. Selepas Indonesia, giliran Pihak Berkuasa Makanan dan Dadah Arab Saudi (SFDA) pula menarik balik penjualan beberapa jenis coklat Cadbury di pasaran untuk ujian Asid Deoksiribonukliek (DNA).

Langkah itu dibuat selepas Malaysia mendakwa, coklat terbabit mengandungi DNA babi (procine).

Timbalan Pengerusi Eksekutif bahagian Makanan SFDA, Salah Al -Maiman SFDA berkata, dua jenis coklat ditarik dari pasaran adalah Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan Cadbury Dairy Milk Almond.

“Kami menarik semua produk import dari pelbagai negara dengan nombor piawaian berbeza bagi memastikan ia bebas kandungan procine.

“Produk Cadbury keluaran Malaysia tidak berdaftar dengan kami kerana kami mengimport dari Mesir dan Britain,” katanya.

Menurutnya, bagaimanapun, SFDA mengambil langkah wajar dengan melakukan ujian terhadap sampel coklat terbabit.

 laporan dipetik dari Arab News.




Selepas kritikan, menteri umumkan tiada DNA babi dalam produk Cadbury




Menteri di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir Baharom (tengah) bercakap semasa sidang media di Institut Latihan Islamik di Bangi hari ini.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini mengumumkan produk coklat Cadbury tidak mengandungi DNA babi selepas keputusan terbaru makmal Jabatan Kimia Malaysia diperoleh.

Jamil berkata keputusan tersebut diperoleh hari ini dan disahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Makmal tersebut memang khusus untuk menjalankan ujian sedemikian," katanya di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata terdapat banyak makmal serupa di Malaysia, tetapi hanya di Petaling Jaya sahaja diiktiraf Jakim.

Menurut Jamil, umat Islam di Malaysia tidak perlu bimbang apabila membeli produk Cadbury dengan perkembangan ujian terbaru tersebut selepas kontroversi DNA haiwan tersebut menimbulkan kontroversi dan kritikan daripada banyak pihak.

Malah, pertubuhan bukan kerajaan dan penganut Muslim di Malaysia juga menggesa supaya memboikot semua produk yang dikeluarkan Cadbury dan pengeluar induknya, Mondelez International Inc.

Perkembangan tersebut juga menimbulkan kebimbangan produk Mondelez akan menerima impak buruk memandangkan produk mereka banyak dijual di Malaysia, Indonesia dan Timur Tengah yang merupakan negara memiliki populasi penduduk Islam terbesar di dunia.

BACA LAGI ULASAN DIBAWAH:

JAKIM Sahkan Tiada Babi Dalam Cadbury.


Apa neh? Apa neh? Apa neh?

Tetiba takde babi pula.
KAH KAH KAH


Okay.

Aku faham jalan cerita dia macam mana.

1. Sample yang JAKIM sebut takde babi tue ialah sample yang JAKIM amek dari kilang.

2. Sample tue JAKIM uji dan JAKIM sahkan tiada babi.

3. Merujuk kepada kes babi tue pihak JAKIM menerusi menteri agama Jamil Khir memberitahu bahawa ;

- KKM tiada makmal yang didedikasi untuk tentukan halal haram.

- JAKIM ada makmal tersendiri mereka (yang dipilih menerusi lantikan).

- KKM sepatutnya amek terus sample dari kilang. Bukan dari luar untuk elakkan sebarang pencemaran.

- JAKIM terus amek dari kilang pembuatan untuk uji sample.

- Sumber sample yang diuji juga sangat penting untuk menentukan kandungan coklat berkenaan. Ini kerana ia mungkin terdedah dengan sebarang pencemaran selepas ia keluar dari kilang pembuatan.
Rujukan : sini

PERGHHHHHHH..

Kalau la diambil ketika dalam kilang pembuatan dan uji, sudah tentula dorang bagi kualiti yang top2 punya.

Senang rupanya nak kelentong JAKIM.

Hah, apa lagi. Pembuat2 makanan. Masukkanla babi dalam makanan korang. Nak manipulasi JAKIM senang aje ooii..

KAH KAH KAH

Jakim juga merumuskan, selepas analisis membuktikan tiada babi dalam sample yang dorang amek dari kilang Cads, maka sijil halal akan diberikan semula kepada Cads dalam masa terdekat.
Permainan mu kami dah jangka awal2 dah. Itu sebab JAKIM yang kita orang balon kaw2.

Macam neh la. Sebenarnya tak patut juga JAKIM dok highlightkan tindakan KKM uji sample dari luar. Tercemar dengan babi? DNA babi? Macam mana boleh tercemar tue? Jangan sembang cakap ia tercemar aje tanpa hujahkan bagaimana kemungkinan pencemaran itu boleh berlaku. Ini nak tipu orang bodoh boleh la.

Hakikatnya. Kalau dia tercemar pun mesti ada jalannya bagaimana ia boleh tercemar. Takan orang tue suntik DNA babi pula dalam coklat?

Jawab la ko JAKIM. Ingat, ini bab halal haram tau. Jangan main2. BTW, Arab Saudi pun sekarang tengah periksa kandungan coklat Cads kat sana. Ada babi ke takde. Jom tunggu. ~ AW

5 ulasan:

win win malaysians berkata...

nak hidup mewah cokletpun dipolitikkan ...berua macai2..hanya dpt taik panda..rm2 kupangje bersama sebungkus nasi...hi.hi.

Tanpa Nama berkata...

Demi nak menjaga kepentingan politik dan kroni2...ustaz celup ni sanggup jadikan yg haram jadi halal...

Tanpa Nama berkata...

byk fatwa telah diubah dan diterbalikan ikut politik songsang utk meraih kepercayaan umat islam ini amat memberhayakan anakcucu dlm mempelajari nas2mengelirukan fakta.
pandapun boleh percaya jika dikursus kan cara illmiah....siapa yg boleh menghalang kuasa mereka ..munkin hanya panda dan sialfool dpt menghalang dgn kuasa vektor..

Unknown berkata...

inilah masalah yg berlaku di mana bab hukum di main-mainkan demi kepentingan individu..apa akan terjadi pd akidah umat islam ari ni dan akan datang..tp dlm fb ramai org melayu yg belum sedar lg dr tido menyokong sekeras-ketasnya dan mengeji pd org lain..ia lah sbb allah tak turunkan lg kifarah selagi tu org yg menyokong pemimpin ni tanpa sedar dan kat mn akidah dia...fikir-fikirkan.

Unknown berkata...

inilah masalah yg berlaku di mana bab hukum di main-mainkan demi kepentingan individu..apa akan terjadi pd akidah umat islam ari ni dan akan datang..tp dlm fb ramai org melayu yg belum sedar lg dr tido menyokong sekeras-ketasnya dan mengeji pd org lain..ia lah sbb allah tak turunkan lg kifarah selagi tu org yg menyokong pemimpin ni tanpa sedar dan kat mn akidah dia...fikir-fikirkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...