09 Mei 2014

PANAS! RAKYAT SARAWAK UGUT KELUAR DARI MALAYSIA, 75% SOKONG ?? APA PUNCANYA MUNGKIN KERAJAAN NAJIB TERLALU LEMAH....


Putrajaya tidak layan kami dengan adil, kata Adun Sarawak




Adun Kota Sentosa, Chong Chieng Jen berkata Putrajaya usah pandang ringan keperluan Sarawak. 

Jika referendum dibuat untuk menentukan sama ada perlu atau tidak Sarawak kekal di Malaysia dilakukan hari ini, 75% penduduk Sarawak akan minta pemisahan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Sentosa, Chong Chieng Jen hari ini.

Adun DAP itu berkata, "rompakan" sumber hasil bumi Sarawak seperti minyak dan gas di negeri itu berbanding semenanjung Malaysia menyebabkan penduduk Sarawak tidak berpuas hati terhadap Putrajaya.

Beliau turut memberi amaran kepada Putrajaya untuk tidak memandang ringan perkara itu.

"Jangan perkecilkan sentimen ini," katanya ketika membentangkan usul meningkatkan royalti minyak dan gas daripada 5% kepada 20% yang dibangkitkan di Dewan Undangan Negeri.


LAGI BERITA MENYUSUL.....

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...