01 Mei 2014

PANAS! ORANG LAIN BEREBUT NAK JADI MB, TS KHALID KATA CUKUPLAH 2 PENGGAL !!!


MB: Cukuplah 2 penggal, ikuti cara negara maju

SHAH ALAM 1 MEI : Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata keputusan untuk tidak memegang jawatan Menteri Besar selepas penggal ini dibuat atas kemahuan sendiri dan bukan desakan parti PKR atau Pakatan Rakyat (PR).

Beliau yang juga calon Timbalan Presiden PKR berkata keputusan itu dibuat lebih awal dan mengambil kira cara pentadbiran kerajaan di negara maju yang kebiasaannya memegang dua penggal sahaja.



Katanya, langkah berundur membolehkan legasi kepimpinan di Selangor dipegang pemimpin lain untuk membawa negeri ini ke aras lebih tinggi.

“Kita ingin mencontohi kerajaan lain seperti Amerika Syarikat dan kita juga ingin cadangkan kepimpinan parti politik dan negara untuk mengikut cara sama.

“Ini perlu dilakukan bagi memberi peluang kepada orang lain, jika tidak kita akan berada di takuk sama menyebabkan tiada idea atau inovasi baru,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri perhimpunan sempena sambutan Hari Pekerja 2014 anjuran Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) di Padang Timur, Amcorp Mall di sini, hari ini.

Semalam, melalui laman sosial Facebook, Abdul Khalid menulis tidak bercadang untuk menjadi Menteri Besar bagi penggal yang ketiga namun akan menghabiskan khidmatnya sehingga akhir penggal ini.

Bagaimanapun, Abdul Khalid berkata penguduran yang diumumkan itu tertakluk kepada jawatan Menteri Besar dan akan mempertimbangkan peluang lain jika diberi kepercayaan.

“Saya tidak akan menerima sebarang jawatan Menteri Besar lagi tetapi jika ada lain, saya perlu putuskan (tawaran).

“Untuk (jawatan) Menteri Besar saya rasa sudah cukup, tiba masa beri pada orang lain untuk menyambung tanggungjawab ini,” katanya lagi.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...