21 Mac 2014

TAKLIMAT KHAS KELUARGA PENUMPANG MH370 KECEWA , tolak serpihan adalah MH370




MT @celiahatton Scores of police, at least 5 ambulances arrive at hotel where #MH370 families are waiting pic.twitter.com/8Bj6HcS0U6


"My son is still alive. I don't believe the news," says relative of #MH370 passenger http://goo.gl/iDbxQspic.twitter.com/bJ2iYpJAkw


Keluarga penumpang MH370 kecewa dengan taklimat khas


Taklimat khas Putrajaya dan Malaysia Airlines kepada keluarga penumpang pesawat hilang MH370 malam tadi gagal memberikan jawapan yang dinanti-nantikan.

Lebih 50 orang hadir di Cyberview Lodge, Spa and Resort di Cyberjaya, Selangor untuk taklimat bermula pukul 9.00 malam itu bagaimanapun, mereka gagal untuk mendapatkan jawapan dimahukan mengenai lokasi MH370 dan kedudukan ahli keluarga mereka.

Kebanyakan yang hadir merupakan warga China yang sedih dan tertekan semenjak dua minggu lalu apabila pesawat Boeing 777-200ER dengan 239 penumpang dan anak kapal itu mula hilang pada awal pagi 8 Mac.

Anggota media tidak dibenarkan untuk bersama mendengar taklimat itu dan terpaksa menunggu di luar sehingga ianya berakhir.

Difahamkan, pegawai tertinggi dari Putrajaya, Malaysia Airlines dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) merupakan di antara yang hadir dalam taklimat itu.

Menurut salah seorang pegawai kerajaan Malaysia, sesi taklimat tersebut berjalan dalam keadaan tegang sepertimana persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh anggota-anggota keluarga penumpang MH370 yang masih belum ditemui itu.

“Situasi sangat tegang semasa taklimat dan kebanyakan warga China meluahkan kemarahan dan kekecewaan mereka,” kata pegawai kerajaan Malaysia itu dengan syarat tidak dinamakan.

“Mereka tidak berganjak Putrajaya menyembunyikan fakta mengenai kedudukan pesawat dan lambat dalam berkongsi maklumat.”

Salah satu persoalan yang ditimbulkan adalah mengapa misi mencari dan menyelamat diperluaskan ke koridor utara dan selatan seminggu selepas pencarian tidak berhasil.

Selepas komunikasi terputus dengan MH370 pada 1.20 pagi, 8 Mac, misi pencarian dilakukan di Laut China Selatan.

Kemudiannya ianya diperluaskan ke Selat Melaka apabila pihak berkuasa mengesyaki pesawat MH370 berpatah balik.

Misi pencarian itu kemudiannya diperluaskan lagi dari radius 50 batu nautika ke 100 batu nautika.

Operasi terkini di kedua-dua koridor utara dan selatan adalah seluas 2.4 juta batu nautika.

Koridor utara bermula daripada kawasan sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan sehingga ke utara Thailand.

Koridor selatan pula bermula daripada Indonesia ke selatan Lautan Hindi.

Pegawai tersebut memberitahu, anggota keluarga penumpang MH370 yang hilang juga diberikan taklimat mengenai perkembangan di Australia di mana dua objek dikesan oleh satelit di Lautan Hindi.

Taklimat tersebut berakhir lebih kurang sejam setengah selepas itu dan anggota keluarga penumpang MH370 dibawa keluar melalui pintu lain bagi mengelakkan petugas media.

Seorang warga China yang enggan dinamakan memberitahu media beliau kecewa dengan taklimat tersebut kerana menjelaskan tentang perkara sama.

“Kami tidak diberitahu perkara baru dalam taklimat tersebut. Kami tidak dapat jawapan yang diinginkan,” katanya dalam bahasa Mandarin.

Semalam, pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengatakan satu pasukan peringkat tertinggi diterbangkan hari ini ke Beijing untuk memberikan taklimat kepada anggota keluarga penumpang MH370 di sana.

Pasukan peringkat tertinnggi itu mewakili beberapa jabatan dan agensi seperti Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Luar, MAS, DCA dan Tentera Udara Diraja Malaysia.

Pasukan ini diharapkan mampu menenangkan ahli keluarga penumpang MH370 yang marah kerana tidak mendapat begitu banyak maklumat daripada pihak berkuasa Malaysia. -TMI


Ahli keluarga China terus berharap, tolak serpihan adalah MH370

Seorang ahli keluarga penumpang pesawat MH370 menutup wajahnya semasa menunggu maklumat terkini dalam sebuah bilik di Hotel Lido, Beijing. – Gambar Reuters.

Bapa kepada seorang penumpang China pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 masih terus menyimpan harapan menggunung walaupun kerajaan Australia mengumumkan mengesan imej yang berkemungkinan adalah daripada serpihan pesawat, dengan berkata, "Anak saya masih hidup ".

Canberra berkata, dua objek berkenaan berkemungkinan mempunyai hubungan dengan pencarian pesawat yang terletak di selatan Lautan Hindi.

Bagaimanapun Wen Wancheng enggan menerima pengumuman itu kerana ia bermakna dia kehilangan anaknya, seorang daripada 153 penumpang China dalam pesawat yang hilang pada 8 Mac semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, lapor AFP hari ini.

"Anak saya masih hidup. Anak saya masih hidup," kata lelaki berusia 63 tahun dari wilayah Shandong. "Saya tidak percaya berita itu." "Adakah anda fikir saya akan percaya anak saya sudah mati?" katanya. "Bolehkah saya percaya dia berada di lautan itu?"

Warga China adalah dua pertiga daripada senarai penumpang MH370, dan waris yang bersedih menunggu berita di Hotel Lido, Beijing. Walaupun beberapa pihak berkata "tiada maklumat baru", di sebalik penemuan imej kerajaan Australia, dapat dilihat suasana lebih muram berbanding hari sebelumnya.

Beberapa ahli keluarga berpegangan antara satu sama lain melalui kira-kira 70 orang wartawan di luar bilik taklimat, menundukkan atau melindungi muka mereka. Ada juga yang bergegas sambil mencari jalan keluar.

"Saya muak mendengar ada maklumat baru yang kemudian hanya tidak benar," seorang lelaki berkata dengan marah.

Seorang lagi lelaki, Zhao Chunzeng, yang enggan mendedahkan ahli keluarganya yang berada di dalam pesawat berkata, keluarga menanti penemuan yang benar-benar sah.

"Kami sedang menunggu, hanya menunggu dan tidak boleh bertindak balas terhadap berita sehingga ia disahkan," kata Zhao kepada AFP.

Ditanya sama ada beliau berpendapat pengumuman Australia lebih signifikan memandang ia daripada Perdana Menteri Tony Abbott sendiri, beliau berkata: "Mungkin, tetapi kita masih perlu tunggu dan lihat."

Di dalam bilik taklimat, seorang ahli keluarga memarahi seorang pegawai MAS berkenaan kekurangan maklumat di mana pesawat itu berada.

“Anda menipu kami," kata seorang lelaki. "Anda menipu ahli keluarga. Anda mendera kami. Anda menjatuhkan semangat kami."

Seorang waris yang menyebut kemungkinan mengadakan mogok lapar, yang dicadangkan ahli keluarga beberapa hari lalu menunggu dengan cemas berita selanjutnya.

"Kami di sini untuk mengetahui perkara sebenar," kata lelaki itu. "Kami boleh memilih untuk tidak makan, kami boleh memilih untuk tidak tidur. Kami boleh memilih untuk tidak menerima jagaan anda."

"Kami mahu saudara-mara kami kembali. Kita tidak mahu ahli keluarga kami dikorbankan kerana pertelingkahan politik."

Jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei berkata, kerajaan memberi "perhatian serius" terhadap berita dari Australia.

"China bersedia membuat persiapan bersesuaian berdasarkan maklumat terkini," kata beliau dalam satu kenyataan tanpa menerangkan lebih lanjut.

Stesen penyiaran negeri CCTV dalam satu catatan pada akaun rasminya Sina Weibo, seperti Twitter, bahawa Pusat Mencari dan Menyelamat Maritim China akan mengekalkan pelan carian sedia ada, memandangkan tiada kesahihan sama ada serpihan itu boleh dikaitkan dengan pesawat yang hilang.

Kapal pencari China berada pada jarak dua hari perjalanan dari lokasi serpihan itu, katanya.

Sekumpulan “chatters” dalam talian yang dibuat beberapa ahli keluarga penumpang melalui aplikasi popular di China, WeChat hangat memperkatakan tentang penemuan kerajaan Australia itu.

Sesetengah mereka panik manakala yang lain menggesa agar bertenang dan berkata kebanyakan "penemuan" yang diumumkan dalam tempoh 13 hari lepas adalah petunjuk palsu.

Di Hotel Lido, beberapa ahli keluarga menyiarkan mesej di papan tulis besar berhampiran bilik di mana pegawai-pegawai syarikat penerbangan memberi taklimat setiap hari.

"Ibu dan ayah, sila pulang dengan selamat," membaca satu mesej yang ditunjukkan stesen televisyen Phonex yang berpangkalan di Hong Kong, "Anak lelaki anda sedang menunggu."

"Ayah yang disayangi, sila kembali dengan selamat," kata-kata lain yang terdapat di situ. "Hati saya luka tanpa anda di sisi. Saya hanya mahu melihat wajah anda. Saya hanya mahu memegang tangan anda. Saya hanya mahu anda memberitahu saya apa yang perlu dilakukan."
KAPTEN NIK YAKIN SERPIHAN YANG DIJUMPAI OLEH AUSTRALIA ADALAH PESAWAT MH370

Pautan kekal imej terbenam



Hari ini, Perdana Menteri Australia Tony Abbot memaklumkan kepada parlimen negara tersebut mengenai penemuan dua imej satelit bersaiz 24 meter yang dipercayai tenggelam timbul di permukaan air berkemungkinan serpihan daripada pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Penemuan itu membuatkan kumpulan SAR Malaysia menghantar kapal untuk meninjau tempat dimana serpihan dijumpai.

Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan sewaktu menerusi temuramah di TV3 berkata jika PM Australia yang berkata 99% kemungkinan adalah benar. Ini disebabkan radar dan satelit yang dimiliki oleh pihak keselamatan negara Australia merupakan radar atau satelit yang paling terkini dan canggih.

Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain, juga menjelaskan 24m sepihan itu kemungkinan sebelah sayap kerana lebar keseluruhannya adalah lebihkurang 60m.

Menurut beliau lagi kawasan tersebut merupakan bukan laluan kapal dagang, kapal terbang malah nelayan pun jarang melalui kawasan itu.
Jika benar itu adalah pesawat MH370 pencarian agak sukar kerana kedalamannya lebih 3km.




1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SABARLAH SEMUA ORANG SUDAH BERUSAHA MELAKUKAN YANG TERBAIK.KALAU IKUT PERASAAN MARAH SEMUA TIDAK MENJADI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...