05 Februari 2014

DAH LE....HARGA KERETA TAK TURUN, INSURAN PULAK NAIK...TERIMA KASIH KEPADA PENGUNDI BN....

Pelarasan tarif insurans diluluskan


KUALA LUMPUR 4 Feb. - Bank Negara Malaysia (BNM) telah meluluskan pelarasan kadar baharu tarif insurans kenderaan untuk tahun ini, dengan anggaran peningkatan sekitar RM2 hingga RM23.

Tarif baharu itu akan berkuat kuasa pada 15 Februari ini, ke atas setiap kenderaan baharu yang dibeli atau insurans yang diperbaharui semula.

Kelulusan itu antara lain membabitkan pelarasan tarif asas bagi perlindungan komprehensif dan perlindungan pihak ketiga untuk kenderaan persendirian dan motosikal.

Pelarasan itu merupakan kali ketiga sejak 2012, selepas BNM membenarkan peningkatan premium setiap tahun antara 2012 hingga 2015.

Difahamkan, BNM telah pun menghantar notis pelarasan itu kepada Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) minggu lalu.

Di dalam notis tersebut, PIAM perlu memastikan ahli-ahlinya yang terdiri daripada lebih 30 pemain industri insurans mengikut kadar premium terbaharu itu bagi memastikan pengguna tidak keliru dengan pelarasan tersebut.

Pada 2011, BNM telah meluluskan pelarasan kadar premium insurans itu sebagai sebahagian daripada Rangka Kerja Perlindungan Motor Baharu.

Menurut bank pusat itu, pelarasan tersebut merupakan kali pertama sejak 30 tahun lalu dan membabitkan jumlah yang kecil serta dilakukan secara berperingkat dalam tempoh empat tahun bermula 2012.

Institut Automotif Malaysia (MAI) sebelum ini meramalkan jumlah jualan keseluruhan industri (TIV) kenderaan baharu tahun ini bakal mencapai 670,000 unit.

Perkembangan ini dilihat memberi manfaat kepada syarikat insurans am yang kini boleh meraih kutipan premium yang lebih tinggi.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Shukur ada bn boleh lah semuanya naik dapat tolong umno parti yg. Paling wibawa dlm. Dunia. Kita orang umno dapat diskaun beli kat kedai 1 msia dapat gucci cincin berlian, dapat lembu, dapat kondo mewah semua dapat tetapi kena jadi pemimpin tapi kalau setakat jadi barua, dapat bendera umno sajalah habuan melalak.

mansor berkata...

hahahahahaha.....semua kena tipu oleh Najib anak Tun Razak...kakakakakakakakakah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...