07 November 2013

HARGA MINYAK DUNIA TURUN LAGI US$94.80 SETONG, APA RAKYAT DAPAT


Harga Minyak 3 September 2013 US$108.50 (Jual di Malaysia RM2.10). Terkini, Harga Minyak Turun US$94.80. Rakyat Dapat?



Harga minyak Turun (KLIK SINI) : Minyak mentah apabila proses (disulingkan) akan menghasilkan beberapa jenis minyak seperti gas, petrol,miyak jet, diesil, kerosin dan bitumen.

Tetapi atas dasar Malaysia mahu berniaga di negara sendiri dengan rakyat Malaysia bagi mendapatkan keuntungan yang berlipat kali ganda, Malaysia sanggup membeli minyak dari negara-negara padang pasir di Timur Tengah sana dengan harga murah untuk diproses dan dijual di Malaysia. Manakala….

Manakala hasil minyak Malaysia yang mempunyai gred yang tinggi dijual ke luar untuk kegunaan pesawat komersil dan jet pejuang. Ibarat seperti……

Kita jual air bukit bersih kepada Singapore dengan harga mahal. Tetapi kita proses air loji dan jual kepada anda, anda di sini sebagai rakyat Malaysia dengan harga mahal seperti mana harga air bukit


Beza RON 98,97 & 95 adalah terletak di tahap penyulingan minyak mentah, yang mana nisbah pembakaran minyak RON 95 adalah lebih rendah pada skala penyulingan.

Jadi untung atau tidak cara kerajaan Malaysia berniaga minyak kepada rakyat seperti ini?



Dan…..kerajaan Malaysia bertambah untung lagi apabila pada ketika naik harga minyak dinaikkan atas alasan harga minyak dunia meningkat. Malangnya apabila harga pasaran dunia turun dunia dan kembali stabil, macam tiada apa-apa yang berlaku pula.
Trend Harga Minyak Dunia Murah Ketika Ini. Sila Semak!!




Siapa pernah lupa apabila api kemarahan rakyat malaysia begitu membuak-buak tatkala Tun Abdullah Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri Malaysia sekitar pertengahan tahun 2008 telah mengumumkan kenaikan harga minyak RON97 secara mendadak sehingga RM2.70 disebabkan pada ketika itu harga minyak dunia telah melambung tinggi sehingga mencecah USD127.79 setong.

Zaman sekarang harga minyak RON97 telah dinaikkan ke paras RM2.70 pada 1 April 2011 pada ketika harga minyak dunia hanya mencecah US$106.70. Kali terakhir harga minyak diturunkan pada 3 September 2013 yang lepas di mana harga minyak dunia agak tinggi pada ketika itu iaitu sekitar US$108.50. Tetapi sekarang harga minyak dunia telah pun mencecah US$94.80.

Apa pendapat anda pula, adakah subsidi minyak patut dihapuskan terus bagi mengelakkan terus kekeliruan rakyat melihatkan sejauh mana sumbangan sebenar kerajaan terhadap harga minyak di Malaysia dan diagihkan terus sumbangan dalam bentuk tunai kepada rakyat, ataupun subsidi minyak patut diberikan seperti yang dilakukan sekarang malh ditingkatkan lagi nilainya? mana satu pilihan anda? ~ BS

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...