06 November 2013

GEMPAR ! DAKWAAN MAHATHIR 2 AGEN CIA BEKERJA DI PEJABAT PEGUAM NEGARA




Dr Mahathir sasar Gani Patail, dakwa agen CIA di pejabat Peguam Negara



Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar) nampaknya sedang menerima tekanan daripada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir bukan sahaja mendapatkan pandangan balas daripada bekas pegawai kanan polis dan peguam kanan sebagaimana dilaporkan oleh Malaysiakini  SINI  hari ini bahkan menteri juga dibawa berbincang mengenainya.

Menurut sumber The Malaysian Insider, sekurang-kurangnya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dibawa berbincang oleh Dr Mahathir mengenai tingkah laku Gani.

Antaranya Mahathir bertanya Zahid apakah beliau sedar atau tidak ada dua pegawai Amerika Syarikat yang didakwanya agen kepada Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang bekerja di pejabat Peguam Negara sekarang.

Sehubungan itu, Zahid didakwa berjanji akan menyiasat dakwaan Dr Mahathir itu.

Hari ini, Malaysiakini mendedahkan, Dr Mahathir melalui orang kepercayaannya memanggil bekas pegawai penyiasat polis terhadap kes mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim, iaitu Datuk Mat Zain Ibrahim ke rumahnya.


Mat Zain dibawa bertemu Dr Mahathir oleh peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah pada 10 Ogos lalu, tiga hari selepas hari raya Aidilfitri.

Mereka bertemu Dr Mahathir di rumahnya di Country Height. Turut serta adalah bekas Setiausaha Politik Dr Mahathir, Matthias Chang.

Dalam perbincangan di meja makan sempena hari raya itu, mereka berbincang mengenai salah laku Gani bermula daripada kes mata lebam Anwar lagi.

Turut dibincangkan adalah kekalahan Malaysia dalam kes Pulau Batu Puteh di Mahkamah Antarabangsa. Gani mewakili Malaysia dalam kes itu.

Selepas pertemuan 10 Ogos itu, Mat Zain pada 7 Oktober membuat satu akuan bersumpah yang antara kandungannya adalah dakwaan salah laku Gani dalam kes mata lebam Anwar.

Akuan bersumpah itu kemudiannya dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Turut dihantar salinan Akuan Bersumpah itu adalah Peguamcara Negara, Datuk Idrus Harun; Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar dan juga dikatakan diterima oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin.

SUMBER

LIHAT KENYATAAN ISU TERSEBUT OLEH SAMM:


Kenyataan Umum
6 November 2013

PENGAKUAN TUN MAHATHIR: AG PERLU DIBEKU DAN DIBERKAS SEGERA

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak keras supaya segala aktiviti yang melibatkan pihak Peguam Negara (AG) dibekukan segera. Ia ekoran pengakuan Tun Mahathir yang mengaitkan Tan Sri Gani Patail sebagai pengintip dan agen CIA. SAMM menyifatkan dakwaan ini sebagai sangat serius.

Di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88 seksyen 3) memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup di atas kesalahan 'Pengintipan bagi maksud yang mudarat kepada keselamatan atau kepentingan Malaysia'. Maka Tan Sri Gani Patail harus diberkas dan dibicarakan serta-merta bagi menjamin negara ini berada dalam kedudukan lebih selamat.

SAMM juga menggesa agar Tun Mahathir tampil membuat penjelasan lebih terperinci mengenai dakwaan serius yang dilontarnya.

SAMM tidak menolak kemungkinan antara kecelaruan dan musibah yang berlaku adalah termasuk melibatkan pemalsuan bukti dalam kes liwat DS Anwar Ibrahim dan juga menyebabkan kekalahan Pulau Batu Puteh di mahkamah antarabangsa. Pulau Batu Puteh juga tidak wajar terlepas namun apakah mungkin ianya diatur demi kedudukan strategik Singapura yang menjadi sekutu rapat Amerika Syarikat.

Laporan polis akan dilakukan oleh SAMM dan sekutu di seluruh negara dalam masa terdekat.

Sekian,

che'GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Maaf,
Cakap Tun M ini boleh dipakai lagi ke....

BAGI DIA TAK ADA SIAPA PUN DALAM DUNIA YANG BETUL SEMUA SALAH TERMASUK MALAIKAT.......

Sama ada paranoid or syndrom ingin di hormati selepas gagal grand design dia nak kausa beberapa badan dunia.

Lupakan kenyanyukan dia, Iingatlah dia sebagai penulis The Malay Delimma,......

Tanpa Nama berkata...

Secretary ... DSAI claimed GST RA that gripped the capitalist system.

Tanpa Nama berkata...

This is the answer the allegations of the Bar Council that .... ATTACK MIGHT HAVE BEEN TO NAJIB ...

Tanpa Nama berkata...

No ... Moses is investigating cases of alleged sodomy is.

Tanpa Nama berkata...

camne mahathir tahu...entah entah dia agen cia yg dah pencen...google tgk mahathir pernah belajar dgn agensi perisikan cia...pelik aku tetiba dedah org...kesian kalau ader org kena kambing hitam

Tanpa Nama berkata...

Tuan AG guna lah kuasa kamu dakwalah tuan haji Mahathir Muhammad Iskandar Kutty terlalu banyak salah lakunya kepada Rakyat Malaysia.Simamak ini akan menghargai kamu jika ia ada keperluan selepas itu ia kan membenci kami jika tidak menyempurnakan hasrat dan nafsunya.Dakwa jangan tak dakwa.Dulu dia puji hang sampai kelangit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...