12 Oktober 2013

KISAH PEGAWAI JKM KEJAM...RUPANYA PEGAWAI TAKUT...?

Kisah di sebalik pegawai JKM 'kejam'

Gambar-gambar yang disebarkan menerusi blog dan beberapa laman berita atas talian.

KULIM - Seorang OKU dari Persatuan Kebajikan Setia Orang Kurang Upaya Kulim (PKSOKU) dikatakan nekad mendaki tangga dengan merangkak kerana mahu menyerahkan sendiri memorandum kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di daerah itu pada 6 Oktober lalu.

Beberapa blog dan berita dalam talian melaporkan, OKU itu yang juga Pengerusi PKSOSU, K Genggataran, 53, berbuat demikian selepas pegawai JKM Daerah Kulim dikatakan enggan menemui mereka walaupun setelah menunggu lebih sejam.

Tajuk-tajuk yang digunakan dalam laporan ini seolah-olah menghentam JKM Kulim yang tidak prihatin dengan kesukaran seorang OKU. Antara tajuk yang disebarkan menerusi internet, 'OKU ketuk pintu JKM buat tak tau', 'Terpaksa merangkak ke pejabat Pengarah JKM' malah ada yang menggunakan tajuk, 'Pengarah JKM Kulim kejam paksa OKU merangkak naik tangga'.

Berita portal turut memetik Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran sebagai berkata, pada mulanya lebih 50 OKU berkumpul di bawah pejabat JKM Kulim untuk menemui pegawai JKM yang berada di tingkat atas.

“Selepas menunggu hampir sejam, seorang daripada mereka (Genggataran) nekad mengengsot dengan mendaki satu demi satu anak tangga sambil menggigit memo itu kerana pejabat berkenaan tiada lif.

“Pegawai JKM dikenali sebagai Rohana hanya membuka pintu beberapa ketika selepas OKU itu berjaya naik ke tingkat satu dan menerima memorandum tanpa memberi respons mengenainya,” katanya.

PENJELASAN EXCO , HANGPA FIKIR SENDIRI  :

ALOR SETAR - Exco Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat, Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan, Suraya Yaacob menafikan dakwaan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kulim enggan menemui wakil Persatuan Kebajikan Setia Orang Kurang Upaya Kulim (PKSOKU), baru-baru ini.

“Saya difahamkan, bukan pegawai JKM itu tidak mahu berjumpa dengan mereka. Tetapi kerana situasi pada ketika itu yang membuatkan pegawai itu takut untuk berjumpa mereka yang sengaja mencetuskan provokasi di bawah pejabat ketika itu.

“Mereka buat bising, menyanyikan lagu Negaraku dan sebagainya. Tambahan pula mereka datang dengan begitu ramai, memang menakutkan pegawai JKM untuk berjumpa mereka meskipun hanya untuk menerima memorandum itu,” katanya mengulas penyebaran gambar seorang OKU di laman sosial yang dibiarkan menaiki tangga untuk menyerahkan memorandum berkenaan kepada Pegawai Kebajikan Masyarakat Kulim, Rohana Yusop, kerana didakwa enggan berjumpa kumpulan itu.

Sebelum itu, salah seorang kakitangan JKM menemui Genggataran untuk meminta wakil bersesuaian menyerahkan memorandum itu kepada Rohana kerana hanya empat orang daripada hampir 15 orang dalam kumpulan itu berkerusi roda.

Ini bermakna, masih ramai yang mampu berjalan menaiki tangga ke tingkat 1 bangunan itu, bukan sekadar membiarkan seorang OKU merangkak menaiki tangga.

Bagaimanapun, Genggataran enggan berbuat demikian, sebaliknya dia sendiri yang mahu menyerahkannya.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jenis pegawai kerja malas...alasan takut tu tak masuk akal sbb. dia pun tahu OKU yg berkumpul tu cuma nak bagi memo..

Lagipun apa daya OKU dalam hal nak pukul2 orang ni...yg kita tahu jenis pukul org ni puak2 UMNO...bila disoal dan x dapat jawap..ajak bertumbuk...sama la dengan dgn. EXCO tu...nak backing pegawai tu la konon...tp x sedaq diri tempias tu kena pada portfolio dia sendiri...kalau UMNO tu UMNO jugak....khiaqqq phuihhh

Tanpa Nama berkata...

Dia spin mau kasi tambah pening.

Tanpa Nama berkata...

Setuju dng komen di atas....UMNO haramjadah ni memang samseng taik kucing! Tungging terbaliklah Malaysia ni mereka haram pun tak kisah asalkan kaya...dapat sapu harta negara.! Orang melayu juga yg kena tipu hidup2 dari akhil baligh sampai mati kena tipu oleh UMNO haramjadah ni! Khaaaggggg tuiii!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...