Lelaki maut ditembak ketika minum bersama rakan
KLANG: Seorang lelaki yang sedang minum bersama tiga rakannya di sebuah restoran berhampiran sebuah bank di Jalan Besar Kapar di sini, maut selepas ditembak dari jarak kira-kira tiga meter pada jam 2.20 pagi hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Supt Jani Ahmad berkata siasatan awal mendapati mangsa S. Sambhath, 27, dan rakannya dihampiri dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha 125z.
Lokasi Tembak depan bank
“Kami hilang tempat bergantung, dia harapan keluarga kami,” kata adik kepada S Sambhath, 26, lelaki yang maut selepas ditembak dalam kejadian tembakan terbaru di depan sebuah bank di Jalan Besar Kapar, di sini, awal pagi semalam.
Dia yang enggan dikenali berkata, sebelum kejadian, abangnya itu tidak menunjukkan sebarang perubahan ketika kali terakhir mereka bertemu petang kelmarin, namun dia menasihatinya supaya tidak menaiki motosikal kerana bimbang keselamatannya di jalan raya.
“Kami sangat rapat kerana hanya dua beradik saja dan kini kami terpaksa memikirkan cara untuk meneruskan perniagaan perkhidmatan sewa lori yang dimilikinya itu sejak lima tahun lalu,” katanya sewaktu ditemui, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.20 pagi itu, mangsa yang berbual bersama beberapa rakannya ditembak seorang daripada dua lelaki yang datang menaiki Yamaha 125Z merah di hadapan sebuah bank di Jalan Besar Kapar.
Sementara itu, rakan mangsa yang juga saksi kejadian berkata, ketika insiden dia bersama mangsa dan beberapa rakan baru keluar dari sebuah bank sebelum terserempak dengan tiga lagi rakan dan berborak di depan bank itu.“Ketika rancak berbual, tiba-tiba datang dua lelaki menaiki sebuah motosikal dan seorang daripadanya turun sebelum melepaskan beberapa das tembakan ke arah kami.
“Sebaik saja terdengar bunyi tembakan dipercayai dari pistol itu, kami terus bertempiaran lari menyelamatkan diri tanpa menyedari Sambhath terkena tembakan,” katanya. Menurutnya, sejurus tembakan dilepaskan, lelaki terbabit terus melarikan diri ke jalan utama manakala dia bersama beberapa rakan lain yang terkejut dengan kejadian itu terus mendapatkan Sambhath dan membawanya ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini, untuk rawatan kecemasan.
Bagaimanapun, sebaik tiba dan mendapatkan rawatan kecemasan di Wad Kecemasan hospital berkenaan, mangsa disahkan meninggal dunia. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara Superintendan Jani Ahmad berkata, sebelum kejadian, mangsa yang bekerja sebagai pemandu lori berbual berdekatan sebuah bank bersama beberapa rakannya.
“Suspek dipercayai melepaskan tujuh das tembakan ke arah kumpulan berkenaan yang kemudian bertempiaran menyelamatkan diri. “Menurut saksi kejadian, suspek yang memakai jaket gelap dan bertopi keledar berpenutup penuh melepaskan tembakan dari jarak kira-kira tiga meter ke arah mereka secara rambang sebelum melarikan diri,” katanya.
Jani berkata, mangsa cedera parah akibat terkena tembakan di pipi dan dada serta disahkan meninggal dunia sebaik tiba di HTAR. Katanya, setakat ini, polis masih menyiasat punca kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh manakala operasi mengesan suspek giat dijalankan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran untuk menyalurkan maklumat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan