4.00 PTG - MENYUSUL LAGI..
BERITA TERKINI: PERGERAKAN TENTERA NASIONAL INDONESIA (TNI) YANG LUAR BIASA DI PERAIRAN NUNUKAN-TAWAU
PERkembangan terkini pencerobohan pengganas Sulu kini merebak ke negara Indonesia. Residensi Nunukan dan Pulau Sebatik yang bersempadan dengan Tawau, Malaysia kini di penuhi pasukan tentera Indonesia.
Armada Kapal-kapal perang Tentera Nasional Indonesia (TNI) turut berlabuh dengan ketumbukan tentera Indonesia ditambah di sepanjang sempadan Indonesia-Malaysia-Filipina.
Rakan-rakan yang baru balik dari Residensi Tarakan, Balik Papan, Nunukan dan Sungai Nyamuk di wilayah persempadan Indonesia/Malaysia menyaksikan pergerakan tentera yang tidak seperti hari-hari biasa.
Mereka mendapat maklumat, pergerakan ketenteraan Indonesia dengan sejumlah Penembak Tepat turut dibawa bertujuan untuk mengawal perairan Indonesia daripada dimasuki oleh pengganas-pengganas Sulu ini.
Nampaknya, saki baki pengganas Sulu ini tidak dapat bergerak lebih jauh. Mereka terpaksa mengharapkan paya bakau dan bukit bukau di ladang sawit untuk bersembunyi dan bergerak dalam kumpulan yang kecil.
Perairan menuju ke pulau-pulau berhampiran di sempadan Filipina sudah di kawal ketat. Kini, perairan Indonesia pula dikawal oleh pasukan Tentera Nasional Indonesia (TNI) laut dan darat.
Raja Azumuide dan kumpulannya hanya ada satu pilihan...Menyerah tanpa syarat!
12.30 TGH -
Pada jam 9.55 pagi, pasukan keselamatan telah terserempak dengan pihak musuh di Kampung Tanjung Batu dan berlaku pertempuran di mana pasukan keselamatan berjaya menembak mati seorang musuh. Setakat ini pasukan keselamatan masih lagi bertempur dengan pihak musuh dan usaha-usaha menjejaki saki baki musuh masih diteruskan.
Setakat ini, 62 musuh ditembak mati dan 27 daripada mayat musuh telah dibawa keluar dari zon merah manakala kawasan operasi masih lagi ditutup kepada orang ramai dan pegamal media.
Setakat ini, 62 musuh ditembak mati dan 27 daripada mayat musuh telah dibawa keluar dari zon merah manakala kawasan operasi masih lagi ditutup kepada orang ramai dan pegamal media.
Semporna: Seorang lelaki disyaki pengganas Sulu yang ditahan dalam Ops Daulat, ditemui mati dalam lokap di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, pagi kelmarin, dipercayai membunuh diri.
Lelaki berusia 25 tahun yang ditahan dalam serbuan pasukan keselamatan di Kampung Pinggir Bakau, Semporna, 10 Mac lalu, dipercayai menjerut lehernyamenggunakan baju lokap di pintu jeriji lokap sebelum melipat kedua belah kakinya ke atas.
Suspek itu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Kad pengenalan palsu -Pegawai perubatan Hospital Tawau yang dipanggil ke lokap Cawangan Khas (SB) IPD Tawau mengesahkan suspek yang memiliki kad pengenalan palsu ketika ditahan, sudah meninggal dunia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan