MENYUSUL LAGI....
- 20 Ketua keluarga dan pegawai2 daerah akan diberi peluang melawat kg tanduo khususnya rumah2 mereka bg membuat penilaian
- Seorang juga ditangkap petang semalam dalam keadaan 15 hari tidak makan dan tidak cukup tidur
- 42 orang telah dibebaskan (SOSMA) setakat ini
- 29 mayat telah dikebumikan
- Individu di Semporna dan Sandakan dikesan mengirim duit ke Holo dan sedang disiasat. Kepada Individu yang terbabit, sila hentikan.
- POLIS JEJAK INDIVIDU KIRIM WANG KE PULAU JOLO BANTU PENGGANAS
Lahad Datu, 26 Mac - Polis mengesan berlaku pengiriman wang ke Pulau Jolo, Filipina oleh beberapa individu dari Sandakan dan Semporna, Sabah bertujuan membiayai kumpulan pengganas di sana.
Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pasukan keselamatan kini memantau rapi perbuatan individu itu yang mengkhianati negara dan tangkapan akan dilakukan apabila tiba masanya.
Beliau berkata perbuatan menghantar duit ke Pulau Jolo untuk membantu kumpulan pengganas adalah kesalahan yang amat berat dan mereka yang terbabit boleh dikenakan tindakan undang-undang yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau mati mandatori.

BONGKAR!!! Identiti Ketua Perisik KIRAM Dikenalpasti!!!
Ketua Perisik Datu Piah Datu Kiram Diburu
Untuk Rekod Ops Daulat Setakat ini, pasukan keselamatan kita telah berjaya menembak mati seorang Jeneral, menangkap hidup-hidup seorang Komander berstatus Menteri Pertahanan dan melumpuhkan pasukan penembak tepat pengganas Sulu.
“Semporna adalah ibu pejabat pengganas dan di Lahad Datu pula ‘medan permainan’ mereka,” katanya.
“Sejurus selepas berlaku pertempuran pada 1 Mac lalu, Datu Piah menghilangkan diri, tetapi dipercayai masih berada di negeri ini,” katanya.
Seorang pemimpin kanan dipercayai berjawatan ketua perisik dikenali sebagai Datu Piah Datu Kiram kini menjadi orang buruan utama pasukan keselamatan dalam usaha melumpuhkan terus pergerakan saki-baki kumpulan pengganas yang menceroboh Sabah sejak 12 Februari lalu.
Menurut sumber, dia yang dipercayai ada hubungan keluarga dengan Jamalul Kiram yang mendakwa dirinya Sultan Sulu, dikatakan antara individu yang menyertai kumpulan pengganas terbabit membuat rundingan dengan pasukan keselamatan, Februari lalu.
Sumber itu berkata, pasukan keselamatan turut percaya Semporna ialah markas utama pengganas kerana di situlah mereka melakukan perancangan serta mengatur strategi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan