30 Mac 2013

BERITA GEMPAR ! NAJIB TANGGUH BUBAR HARI INI KERANA DIUGUT MCA...!!!


Mengapa Najib Tidak Jadi Bubar Parlimen Hari Ini


Ketersasaulan juruhebah perempuan Radio Klasik Nasional kira-kira jam 3:55 minit petang tadi untuk membawa para pendengar ke Putrajaya bagi mengikuti pengumuman pembubaran parlimen oleh perdana menteri Najib Razak tetapi tidak jadi, menjadi tanda tanya ramai.

Juruhebah berkenaan selepas membuat pengumuman itu terus meralat semula kononnya siaran langsung itu tidak dapat diadakan kemudian pengumuman itu ditenggelami dengan muzik. Beberapa minit selepas itu juruhebah itu terus diam dan soal pembubaran parlimen menjadi sepi.

Persoalan timbul kenapa juruhebah berkenaan membuat pengumuman dan seolah-olah bersedia untuk berhubung dengan rakan setugasnya di Putrajaya bagi melaporkan pembubaran parlimen yang memang dinanti-nantikan rakyat? Apakah dia sengaja pandai-pandai atau satu gurauan? Gurau beruk?

Kebiasaanya apa-apa yang diucapkan oleh juruhebah ia adalah atas arahan penerbit. Bukan sembarangan kata-kata atau pengucapan apa lagi perkara sepenting itu boleh dilapazkan oleh seseorang juruhebah.

Apakah petang tadi sememangnya Najib hendak mengumumkan pembubaran parlimen? Sejak kelmarin lagi terdengar desas desus Najib akan mengumumkan pembubaran parlimen hari ini. Katanya satu solat hajat meminta proses pembubaran itu berjalan lancar telah diadakan malam tadi.

Kemungkinan itu menjadi lebih serius lagi kerana hari ini Najib mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin Barisan Nasional dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri-negeri di peringkat akhir. Perjumpaan itu mengenai pembahagian kerusi justeru ia dianggap perjumpaan terakhir dan pengumuman pembubaran parlimen dilakukan selepas perjumpaan itu?

Khabarnya pejabat perdana meteri di Putrajaya petang tadi dihadiri oleh ratusan wartawan dari dalam dan luar negeri untuk menanti kenyataan pembubaran parlimen oleh Najib. Bagaimana pun mereka semuanya pulang dengan kecewa kerana apa dinanti-nantikan tidak menjadi kenyataan. Setengah siap sedia untuk membuat siaran langsung termasuklah RTM, TV3 dan segala macamnya.


Dalam pada itu ada maklumat mengatakan memang Najib berhajat untuk membuat pengumuman pembubaran parlimen pada petang tadi. Katanya Najib sendiri memilih petang Jumaat untuk berbuat demikian. Namun kata sumber itu disebabkan ada beberapa perkara yang belum beres menyebabkan hasrat itu dibatalkan.

Apakah semasa mesyuarat tadi berlaku pertikaian atau pun ada pihak yang belum bersedia kalau parlimen dibubar hari ini? Perkara ini tidak dapat disahkan tetapi katanya ada beberapa pemimpin yang mahu Najib lanjutkan tempoh dan berharap parlimen biarlah terbubar dengan sendiri. Alasan lain kenapa parlimen tidak dibubarkan hari ini khabarnya soal pembahagian kerusi di antara komponen BN masih belum selesai.

MCA adalah parti yang lantang menuntut kerusi dan memberi kata dua kepada Najib. Parti itu tidak berpuas hati dengan pembahagian kerusi di mana kuota yang diperuntukkan kepadanya selama ini ditarik balik. Khabarnya ada suara ugutan dari MCA akan memulaukan pilihan raya sekiranya soal pembahagian kerusi tidak langsai?

Alasan lain diberikan kepada Najib, elok Najib membubar parlimen selepas 4 April di mana genap empat tahun beliau menjadi perdana menteri setelah mengambil alih dari Abdullah Ahmad Badawi. Kalau Najib mengumumkan pembubaran parlimen hari ini, ia bermakna Najib menjadi PM tidak sampai empat tahun. Tempoh perkhidmatannya baru tiga tahun tiga suku. Mereka tidak mahu Najib digelar sebagai PM tiga tahun tiga suku.

Dalam pada itu diramalkan besar kemungkinan Najib akan mengumumkan pembubaran parlimen paling lewat 16 April ini. Beliau akan berusaha juga untuk mengelakkan parlimen terbubar dengan sendiri untuk menjaga reputasinya.
~ mso

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bulan 4 atau selepas 4 haribulan ? Bahaya 4 ni, dalam bahasa china ertinya " mati "

TOK SELAMPIT berkata...

Tak 'tui' lagi..

Tanpa Nama berkata...

SB politik PDRM yg menyokong UMNO beritahu.....5hb ini, Jumaat minggu hadapan Najib akan bubar...Cuma tarikh mengundi tak tahu...bukan takat MCA saja Najib peningggg...umno punya calomel pun dia pening....di Kepala Batas dan Tasik Gelugor, Penang....dah kelam kabut...geng2 Umno tak mau Reezal Marican dan Mohd Nor Yaakob.....elok la....

Tanpa Nama berkata...

Pm tiga tahun tiga suku tu ..apa pun takboleh blah hahaha

Tanpa Nama berkata...

KENAPE MESTI NAK BUAT HURU-HARA....IKUT JE PEMERINTAH KITA TU....SY SYG NAJIB...TIAP-TIAP TAHUN BAGI BONUS KEPADA AKU KAKITANGAN KERAJAAN....AKU CUKUP BERSYUKUR YG ALLAH BERIKAN...KAU ORANG DAPAT DOSA BERLIPAT GANDE...HAHAHA

Tanpa Nama berkata...

Jangan lah pentingkan diri sndri dgn hnya ingat kakitangan krajaan yg xsbrapa pratus tu tnpa mmikirkan msaalah rkyat yg bnyak lg bnyak mnanggung krosakan krajaan ni.. tu pasal la rakyat yg slama ni trpinggir skarang sudah bangkit kamu kakitangan kerajaan brsedia sja lah trima prubahan lps ni.

Tanpa Nama berkata...

aku tak pentingkan diri sendiri...rakyat pun patut bersyukur negara kita aman...pegi luar tgk camane huru hara nye mereka...aku dah pegi banyak negare beb oiiii...nak senang kena usaha sssssendiri ...jgan asik marah kerajaan...bayk dah kemudahan kerajaan sediakan....muka minda tu sket....jgn malas asyik nak gaduh jeee....hahahahaaaa...kita jgn jd malas!!!aku pun xsuka gadoh2 ni, aku ikut je kalo tukr kejaan..apa ade hal...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...