27 Januari 2013

Hindraf Perlekeh Kerajaan...tiada sesuatu yang perlu dirayakan - Penarikan pengharaman Hindraf


Pengharaman ditarik balik, Hindraf berikrar desak Putrajaya selesaikan isu India



KUALA LUMPUR, 27 Jan — Keputusan kerajaan untuk menarik semula pengharaman selama empat tahun ke atas Hindraf untuk memenangi undi kaum India tidak begitu mudah apabila kumpulan yang kini “halal” itu berikrar untuk meneruskan tuntutan mereka sebelum pilihan raya 2008 dahulu.

Ini terjadi walaupun ramai menganggap kumpulan tersebut sudah berpecah kepada beberapa fraksi beberapa tahun kebelakangan ini semenjak mereka mengetuai perhimpunan lebih 30,000 masyarakat India di ibu negara pada tahun 2007.

Apabila dihubungi semalam, pemimpin Hindraf mengatakan penarikkan pengharaman” bukanlah sesuatu yang perlu dirayakan”, kerana ia hanyalah peringatan tentang kekejaman musuh politik mereka, dimana hanya dengan satu tandatangan, hak mereka boleh dirampas atau dipulangkan semula.

“Tidak ada apa yang hebat langsung.
Apa yang kami mahu, apa yang kami perlu cari adalah pampasan. Dan 18 tuntutan sebelum ini.. masih kekal.

“Kita mesti pastikan mereka bayar kembali di atas apa yang mereka telah lakukan kepada masyarakat India,” kata Penasihat Undang-undang Hindraf M. Manoharan kepada The Malaysian Insider malam tadi.



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

lu talak pelu lisau. parti dap pasti akan menjaga kebajikan olang india. itu pasat olang kampung buah pala sula kene halau loo... ha! ha!

-pemerhati dap-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...