Kurang sihat? – Kenapakah keluarga Adenan Satem menyalahkan seteru mereka dalam BN kerana masalah kesihatannya?
Sarawak Report telah dicemuh kerana turut mengambil bahagian menuduh secara melulu mengenai penghianatan dan ‘ilmu hitam’ yang timbul dari dalam rejim kendalian keluarga Taib Mahmud, dalam masa semua seteru Taib kini berusaha untuk mengambil alih kuasa dari Ketua Menteri yang semakin uzur itu.
Sekutu kepada adik iparnya, Adenan Satem, yang kini sedang bergelut dengan masalah sakit jantung yang kritikal, mengatakan bahawa masalah kesihatannya berpunca dari seteru politik mereka!
Dalam pada itu, pakatan BN yang telah diwujudkan secara baik, yang dahulunya didominasikan oleh setiap kerusi di kerajaan persekutuan di Sarawak, telah mula meledak sebaik menjelang pilihanraya umum ini.
Dahulunya pihak pembangkang dikatakan bersengketa sesama sendiri, tetapi kini kita menyaksikan gabungan parti dalam BN berebut kerusi di kalangan mereka!
Dalam masa yang sama, di sebalik sempadan Sarawak, persengketaan dalam BN dan kejadian lompat parti dari UMNO Sabah turut berlaku.
Di Sabah, Ketua Menteri Musa Aman telah didapati terbabit dalam pengubahan wang haram berpuluh-puluh juta dollar menerusi akaun-akaun proksinya (kami ada menyimpan penyata-penyata banknya sebagai bahan bukti, yang turut disokong oleh keterangan saksi dari bank UBS di Switzerland).
Para sekutunya dalam UMNO kini telah enggan mendakwa dan mereka turut kehilangan kepercayaan terhadapnya.
Terdapat desas-desus mengenai ‘ilmu hitam’ dalam kalangan sekutu Perdana Menteri sendiri, sewaktu ahli-ahli UMNO sendiri berbual dan mengkritik kekuasaan Rosmah Mansor yang tamak itu ke atas suaminya, Najib Razak.
Pembaziran Rosmah Mansor telah menjadi sasaran bukan sahaja dari pembangkang, malah musuh-musuh Najib dalam parti UMNOnya sendiri.
Namun ilmu hitam dilihat kurang ketara berbanding pendedahan-pendedahan mengenai pembunuhan model Mongolia Altantuya dan hubungan mendiang itu dengan Najib dan urusan pembelian kapal selam Scorpene.
Perbualan di kalangan UMNO tidak berfokus pada matlamat utama mereka, iaitu memenangi pilihanraya. Ianya berfokus pada bilakah timbalan Najib, Muhyddin Yassin (yang direstui oleh diktator, Mahathir Mohamad) akan bertindak untuk menggulingkan Najib.
Adakah tindakan sedemikian akan dilancarkan sebelum atau sebaik sahaja selepas pilihanraya? Itulah yang giat diperkatakan oleh sumber-sumber dalaman dalam UMNO sendiri!
Adakah sambutan Tahun Baru ini suatu ramalan mengenai persengketaan dalam gabungan parti-parti yang memerintah selama 50 tahun akan tetap digunakan untuk meyakinkan para pengundi bahawa mereka masih mampu memerintah?
Pembedahan jantung
Sebelum dia jatuh sakit, Adenan Satem merupakan orang pilihan untuk menggantikan Taib berbanding Awang Tengah yang bersifat ‘samseng’ yang digeruni oleh ramai ahli dalam PBB.
Adik ipar kepada Taib Mahmud, Adenan Satem, kini sedang dirawat di unit rawatan rapi di Singapura, menunggu pembedahan jantung.
Saudara-maranya telah diberitahu bahawa peluang untuk dia pulih sepenuhnya adalah 50/50, namun kami diberitahu bahawa ramai di kalangan saudara maranya enggan mempercayai bahawa penyakitnya berpunca secara semulajadi.
Ramai di kalangan saudara maranya kini semakin berputus harapan kerana ‘orang kuat’ mereka ini yang suatu ketika dahulu diharapkan oleh Taib untuk menggantikannya kini telah semakin disingkirkan, begitu juga sumber-sumber dalaman mereka kini mulai menerima hakikat bahawa pemerintah kuku besi yang semakin uzur itu juga akan tetap tewas dari kedudukannya.
Maka, sebaliknya mereka menyalahkan ‘ilmu hitam Siam’ yang digunakan oleh musuh-musuh politiknya!
Itu merupakan syak wasangka yang menjadi tanda mereputnya kekuasaan Taib ke atas partinya dan para pengikutnya kini amat takut pada apa yang akan menimpa mereka seterusnya.
Taib dan isterinya yang dorminan. Kini mereka seharusnya menikmati zaman persaraan – namun apakah yang akan dia lakukan untuk melindungisimpanannya yang mencecah ratusan juta ringgit dari terjejas oleh tangan-tangan undang-undang?
Imej seorang isteri yang muda tidak mampu menutupi keadaan Taib yang semakin uzur.
Sebenarnya, tindakan Ragad yang pernah mengasari Taib merupakan balasan kemungkiran janjinya, yang dibuatnya pada tahun 1991 bahawa dia akan berhenti dari jawatan ketua menterinya, belum lagi ditunaikannya.
Parti yang berpecah-belah
Dan, Taib kini bukan sahaja telah hilang kawalan ke atas keluarganya, malah dia juga hilang kawalan ke atas para pengikutnya yang berdisiplin.
Bagaimana caranya menjelaskan keadaan yang luar biasa di kawasan-kawasan kerusi kaum Iban yang kritikal di Julau, Selangau, Lubok Antu, Kanowit, Sri Aman dan Ulu Rajang?
James Masing yang dibelengu skandal, yang telah membantu meraih kerusi-kerusi PRS dalam peranannya sebagai orang kuat Taib sejak beberapa dekad yang lalu, kini menghadapi tentangan satu-lawan-satu dengan musuhnya dari parti SWP yang baru ditubuhkan, dibiayai sendiri oleh bekas sekutunya dalam BN, Sng Chee Hua.
Ini bermakna, kedua-dua parti BN itu kini berebut kerusi-kerusi yang sama, iaitu kerusi-kerusi yang sedang menjadi sasaran pembangkang selama ini. Di masa lalu keadaannya adalah sebaliknya dengan parti-parti pembangkang yang berpecah-belah dan BN pula bersatu-padu!
Namun, jika Taib gagal berbuat apa-apa untuk mengatasi masalah dalam PRS, dia juga dilihat gagal mengatasi masalah yang menimpa sebuah lagi parti BN, SPDP. Parti SPDP yang seharusnya dipimpin oleh William Mawan Ikom kini mula porak-peranda.
Penghianat SPDP dari kerusi Mas Gading, Dr Tiki Lafe, berkata dia masih orang BN dan Taib juga telah gagal memutuskan perkara ini.
MP penghianat bagi kerusi Mas Gading, Dr Tiki Lafe, kini telah menubuhkan sebuah parti penentang BN yang dikenali sebagai “Kelab BN” telah meninggalkan SPDP bersama beberapa orang rakan MP dari partinya dan dia jelas bercadang untuk bertahan dan mempertahankan kerusinya di peringkat pilihanraya parlimen nanti.
Taib masih belum berbuat apa-apa untuk menyelesaikan masalah persengketaan dalam parti itu. Maka, adakah William Mawan Ikom akan mengemukakan dua orang pejuangnya untuk berebut kerusi yang sama nanti? Berkemungkinan besar ianya akan berlaku.Dan kini juga sebuah lagi parti komponen dalam BN, SUPP, dibelengu masalah perpecahan di kalangan ahli-ahli partinya.
Bekas presiden SUPP, Dr George Chan Hong Nam, yang juga bekas TKM dalam kerajaan Taib, telahpun disingkirkan oleh para pengundi yang muak dengannya pada pilihanraya yang lalu. Namun penggantinya Peter Chin Fah Koi kini tersepit di antara dua puak yang berbalah dalam SUPP.
Pada bulan lepas, sebaik sahaja Perdana Menteri sendiri mengakui dia tidak akan menyingkirkan sesiapa dari parti itu, Peter Chin telah menyingkirkan dua sekutu kepada Pengerusi SUPP Sibu, Wong Soon Koh, yang bersengketa dengannya. Akhirnya Wong Soon Koh telah menuduh Peter Chin sebagai tidak menghormati keputusan Perdana Menteri.
Dapatkah Najib atau Taib mengawal para pengikut mereka yang bersengketa itu? Jika tidak, maka para pengundi mereka akan menukar haluan mereka.
‘Penyangak’ Awang Tengah – adakah Sarawak memasuki mulut buaya?
Seorang penyangak? Awang Tengah sedang berusaha untuk mendapatkan kedudukan untuk menggantikan Taib setelah dia berjaya meraih ratusan juta ringgit semasa menjawat jawatannya sebagai Menteri Perancangan
Ini membawa kita mengingat kembali pada perbalahan di kalangan bakal-bakal pengganti Taib sendiri. Pada masa ini orang yang paling ditakuti dari kalangan orang-orang kuat Taib adalah Awang Tengah Ali Hassan, wakil rakyat dari kawasan Bukit Sari.
Selama ini Taib telah memberikan penuh kepercayaannya pada Awang Tengah dengan melantiknya sebagai Timbalan Menteri Perancangan, yang telah menyebabkan menteri yang lebih muda itu menjadi kaya-raya dalam jangka masa yang singkat.
Menurut para pemerhati, Taib kini semakin gagal mengawal ketamakan yang berlaku di kalangan ahli-ahli keluarga mahupun para pengikutnya. Orang-orang seperti ini telah merebut segala peluang yang ada selagi mereka dapat, sama ada dalam bentuk kontrak-kontrak, tanah-tanah NCR atau saki-baki lesen pembalakan dan perladangan.
Kini Awang Tengah dilihat sebagai seorang yang amat rakus dan dengan kekayaannya dia mampu mendapatkan kuasa.
Kini, kalangan ahli keluarga Taib sendiri semakin berwaspada bahawa Awang Tengah telah membeli kawalan ke atas pengikut-pengikut Ketua Menteri yang sudah mencukupi untuk menyingkirkan orang tua itu dan mengambil alih kuasa darinya.
Pada hakikatnya, walaupun Taib masih berkuasa, dia tetap akan ditewaskan. Kedua-dua orang anak lelakinya telah disingkirkan dari pencalonan untuk mendapatkan kedudukannya (Abu Bekir, kerana masalah perceraiannya, yang masih belum tamat perbicaraan dan Sulaiman, kerana dia melarikan diri dan meninggalkan tugas menterinya di peringkat parlimen).
Keadaan seperti ini semakin mendatangkan rasa tidak selesa di kalangan orang-orang Sarawak sendiri, melainkan jika mereka memutuskan untuk menolak BN dan persengketaan yang berlaku dalam parti-partinya pada pilihanraya akan datang.
Sang harimau sememangnya sejenis binatang yang garang dan buas, namun sang buaya boleh bertindak lebih ganas di kalangan mereka yang kaya dan berkuasa di Sarawak.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan