25 Januari 2013

EDISI KANTOI ! PUNCA SHARIFAH ZOHRA TAK BERANI HADIR FORUM TERBONGKAR..!!!

OLYMPUS DIGITAL CAMERA


Kegagalan Sharifah Zohra hadir ke forum anjuran SAMM mungkin kerana tekanan dari UMNO,  juga meletupnya video listen di youtube melebihi 1 juta hit hingga keseluruh dunia sekiranya beliau hadir tembelang  kebejatan brain wash mahasiswa akan tersebar lagi,  juga fonamena Listen tidak akan berhenti......wa takut PSY ganam style akan buat lagu dia... itu macam boleh capai 1 bilion beb......

Forum Kebebasan Akademik dan Hak Asasi dipancarkan TV Selangor dari Dewan Perhimpuan Cina di sini malam tadi.Forum berlangsung lebih empat jam itu menampilkan panelis terdiri dari Pakar Perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari, Dr Maszlee Malik dan pelajar undang-undang Univerisiti Utara Malaysia (UUM) KS Bawani serta moderator, Muhammad Kamil Abdul Munim dari Univerisiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Forum anjuran Kumpulan Anak Muda Indipenden (Kami) dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) juga berjaya dengan lebih 200 penonton hadir menyaksikannya.
Forum kebebasan akademik berkenaan dianjurkan bagi memberi penjelasan berkenaan insiden yang membabitkan Bawani dinafikan hak untuk bersuara oleh Presiden Suara Wanita 1Malaysia, Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin dalam satu forum di Universiti Utara Malaysia(UUM) pada 8 Januari lalu.



Listen, Listen, Listen – Video Bawani Dan Sharifah Mencatatkan Lebih Daripada 1juta Pengunjung

470x275xa28de2d7f1efdfabb1d9f6f865cec90a.jpg.pagespeed.ic.qfsgJ1NyVJ
 Ketika negara dilanda demam Pilihan Raya Umum yang ke – 13 kontroversi yang dicetuskan Presiden Suara Wanita 1 Malaysia (SWIM), Sharifah Zohra dengan pelajar jurusan undang – undang Universiti Utara Malaysia , KS Bawani terus menjadi perhatian umum termasuk media luar negara.
Malah, rakaman video insiden tersebut yang mula diletakkan pada 14 Januari lepas di saluran youtube atas nama Listen, Listen, Listen – Brave Miss Bawani vs Arrogant Sharifah Zohra telah mencacatkan lebih daripada 1, 013, 025 pengunjung.Beberapa pengunjung dan penonton turut menyifatkan perbualan rakaman video tersebut umpama “Gangnam” versi Malaysia.
Baru-baru ini, kenyataaan media daripada Sharifah Zohra telah menimbulkan satu lagi kontroversi dikalangan banyak pihak disebakkan kenyataanya yang kononya telah memaafkan KS Bawani , sedangkan pelajar itu tidak meminta Sharifah memaafkanya.
The Malaysian Times(TMT) terut menghubungi beberapa pemimpin politik dan pelajar untuk mendapatkan pandangan mereka mengenai isu tersebut.
Berikut adalah komen mereka :
“Zohra sudah memaafkan semua pihak dan telah menampakkan beliau seorang yang matang dengan kesilapan yang pernah beliau lakukan. Bagi Haiza, tindakan yang Zohra ambil untuk memaafkan semua pihak berkemungkinan adalah daripada kesan tekanan yang beliau telah terima” – Setiausaha Kerja Wanita UMNO Malaysia, Haiza Mariena
“Zohra patut minta dimaafkan sebab beliau sudah memalukan siswa-siswa seterusnya memberi kesan yang negatif.”
“ Zohra seorang yang tidak ada adab dan langsung tidak professional semasa forum dijalankan. Ini adalah kerana, pelajar rasa seperti tiada hak untuk bersuara dan boleh menimbulkan spekulasi yang kurang enak antara siswazah dengan parti dan akan menyebabkan banyak pihak salah faham” – Nurhidayah Ahmad, Pelajar UTM “Zohra tidak sepatutnya melakukan sedemikian terhadap Bawani ketika Bawani sedang kemukakan soalan.
Zohra selaku pengacara forum ketika itu juga tidak boleh mengeluarkan kata-kata kesat atau kenyataan seperti ‘animal have problem too’ terhadap siswa.
“Zohra perlu tampil kepada umum untuk meminta maaf berhubung kontroversi fenomena ‘Listen’ yang menjadi perhatian banyak pihak. Mungkin dengan cara ini, spekulasi antara Zohra, Bawani dan semua pihak dapat diselesaikan dengan baik”. – Noor Ain Norman, pelajar Universiti Segi
Sementra itu, akaun facebook KS Bawani telah menjadi perhatian ramai umum . kebanyakkan komen di facebook beliau lebih positif kerana majoriti berpihak pada Bawani dan menegaskan bahawa tindakan yang dilakukan oleh Bawani semasa forum itu tidak salah.
Bagi mereka, Bawani adalah seorang siswa yang berani untuk tampil berhadapan dengan Zohra dan pada masa yang sama mereka memuji Bawani diatas keberanianya.
Bawani juga sempat memberi pesanan kepada semua pihak bahawa ‘semua orang perlu berhenti membuat kenyataan yang bersifat rasis dan menghina wanita terhadap sesiapa pun, termasuk Zohra’ .
Walau bagaimanapun, selepas penyebaran video dilaman sosial seperti youtube tersebar luas,secara tidak sengaja video yang diberi nama ‘ Dance remix, Listen! Listen when I speak,Listen! mendapat paling banyak perhatian ramai sehingga mencecah satu juta penonton yang telah menonton video tersebut.
Ramai yang memberi komen terhadap video tersebut lebih baik daripada video ‘ Gangnam Style yang di popularkan oleh PSY dari korea. Mereka juga menegaskan bahawa penyanyi gangnam style, PSY harus menonton video itu dan ada juga yang membuat cadangan untuk mengambil video LISTEN itu dibuat menjadi ‘calleringtone’ ataupun album.
Selain itu, kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Zohra seperti “ Animal have problem too” dan juga LISTEN! LISTEN! LISTEN! telah menjadi perbualan antara semua pihak sehinggakan ada antara pihak menggunakan perkataan “LISTEN!, LISTEN!, LISTEN! sebagai ‘trademark’ mereka. Malah ada juga sesetengah pihak yang mengambil kesempatan untuk menggunakan perkataan “Listen!, Listen!, Listen! untuk menjadi trademark dan sekaligus untuk mempromosikan penjualan mereka. 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...