16 Oktober 2012

Terkini ! Kenyataan Ketua Pemuda Gerakan Kedah Biadap Dan Hina Islam...Hangpa Nak Sokong BN Lagi Ke........


Kenyataan Ketua Pemuda Gerakan Biadap Dan Hina Islam



SHAH ALAM, 15 OKT: Kenyataan Ketua Pemuda Parti Gerakan, Tan Keng Liang yang menyatakan arahan Kerajaan Negeri Kedah tidak membenarkan foto lelaki berseluar pendek untuk mengelakkan golongan lelaki PAS teransang merupakan satu kenyataan biadap dan menghina agama Islam.

 Dua kenyataan dalam tweet Keng Liang yang dianggap melampau dan mempersenda hukum agama Islam itu timbul berikutan tindakan Majlis Perbandaran Alor Setar (MBAS) untuk melaksanakan garis panduan supaya model iklan yang dipaparkan dalam kawasan mereka hanya memaparkan model berpakaian sopan.
Demikian menurut Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin dalam satu kenyataan medianya hari ini. Badrul Hisham yang juga merupakan Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kebangsaan juga menggesa agar pihak berkuasa mengambil tindakan segera ke atas Keng Liang.

“SAMM akan membuat laporan polis ke di seluruh negara berkenaan perkara melampau ini dan Tan Keng Liang perlu di tahan, telefonnya perlu dirampas dan dia perlu dihukum.

“Kita juga ingin melihat PDRM bertindak tegas seperti mana jika ada laporan polis terhadap yang lain.

“Saya pernah ditahan dan telefon saya dirampas, komputer Ketua AMK Rembau dirampas hanya kerana laporan polis yang telah kami buktikan akaun twitter palsu,” ujar beliau.

Terdahulu, satu kenyataan menerusi akaun laman sosial Twitter milik Keng Liang menyebut “Now, PAS govt male model appearing in billboard to wear decently & not to wear short. Why? afraid ‘jambus’ in PAS get arroused?”

Keng Liang turut menyambung dalam tweet berikutnya “imagine what will happen if PAS seize Putra Jaya… All Malaysian atheletes, including non Muslim musat wear long pants & shirt with sleeves.”
LAPORAN POLIS DI SELURUH NEGARA TERHADAP TAN KENG LIANG
 YANG MENGHINA ISLAM


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersama sekutu rapat akan membuat laporan polis terhadap kebiadapan pemimpin pemuda Barisan Nasional yang mempersenda dan menyebabkan kemarahan umat islam di negara ini.

Berikut adalah lokasi balai/IPD/IPK di seluruh negara yang akan berlangsung report polis terhadap Tan Keng Liang yang menghina Islam melalui laman sosial twitternya;
Terengganu
Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu
16 Oktober, Jam 6.00 petang
019-9809974

WP Kuala Lumpur
IPD Dang Wangi -
16 Oktober, Jam 6.30 petang
012-2231239
Kelantan
IPD Kota Bharu
16 Oktober, Jam 3.00 petang
019-9317608
Kedah & Perlis
IPK Kota Star
16 Oktober, Jam 4.00 petang
017-5568557
Johor
IPD Ayer Baloi Pontian
16 Oktober, jam 2.00 petang
013-7501589
Selangor
IPD Sabak Bernam / Balai Polis Sg Besar
16 Oktober, Jam 6.00 petang
012-3312364

P.Pinang
IPD Timur Laut
16 Oktober, 11.30 pagi
017-4760274, 012-4984556

Perak
IPD P.Buntar
16 Oktober, 6.00 petang
012-5595258, 012-4702074

Pahang
IPK Kuantan / IPD Muadzam Shah
16 Oktober, Jam 6.00 Petang
017-9573855, 017-5008769


Melaka
IPD Melaka Tengah
17 Oktober (Rabu) jam 3 petang
012-2478016

ORANG RAMAI DAN SEMUA PENGAMAL MEDIA DIJEMPUT HADIR

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda SAMM

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...