05 Ogos 2012
HOT!!! Spekulasi... 4 MP dan 6 ADUN Lagi akan Keluar BN.....
Spekulasi Kencang lebih ramai MP dan Adun di Sabah yang akan keluar BN hangat diperkatakan di Media kini terutama FB. Walaupun berita ini dinafikan oleh pihak BN Sabah tetapi kehadiran Najib ke Sabah pada 11hb.Ogos ini membuatkan kekecohan politik Sabah kian panas. Kita lihat perkembangan ini pada 12hb. Ogos apabila Datuk Seri Anwar telah mengeluarkan kenyataan satu " Berita Baik " dari Sabah.
Selepas Ahli Parlimen Beuafort YB Datuk Seri Lajim Hj. Ukin dan Ahli Parlimen Tuaran YB Datuk Wilfred Boomboring, ada tiga nama lagi diperayai akan menyusul dalam masa terdekat, mereka adalah Ahli Parlimen Penampang YB Tan Sri Bernard Dompok, Ahli Parlimen Ranau YB Siringan Gubat dan Ahli Parlimen Putatan YB Datuk Dr. Marcus Mojinggoh.
Termasuk seorang ahli Parlimen yang bermasalah Sebelum ini, Ahli Parlimen Silam yang Pro-Shafie Apdal, Dr (Palsu) Haji Salleh Kalbi melakukan kesalahan disiplin apabila hadir dan berucap di Majlis SAPP yang ketika itu telah keluar daripada Barisan Nasional.
Barisan Nasional Sabah tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Salleh melainkan tidak memilih beliau sebagai Pengerusi Barisan Nasional Silam seperti tradisi BN sebelum ini yang melantik Ahli Parlimen sebagai Pengerusi BN Parlimen berkenaan.
Salleh kini mula berjinak dengan Pakatan Rakyat kerana telah menyumbang dana kepada Ketua Cabang PKR, Johani Abdul Halim; malah mungkin terpaksa menjilat ludahnya yang sebelum ini menjenamakan Anwar Ibrahim sebagai 'Kereta Terpakai'.
Manakala di peringkat ADUN Sabah pula mereka yang dijangka akan turut berbuat demikian ialah ADUN Moyog YB Donald Peter Mojuntin, ADUN Kuala Penyu YB John Teo Mau Sing, ADUN Kuamut YB Masiung Banah, ADUN Paginatan YB Datuk Ewon Ebin, ADUN Bingkor YB Justin Guka dan ADUN Nabawan YB Datuk Bobby Suan. Enam orang kesemunya.
BERITA BERKAITAN DARI BLOG SABAHKINI.NET
BN PELIHARA RAMAI PEMBELOT DI SABAH?-Oleh : OSIN DIKUN
BARISAN Nasional Sabah sewajarnya dipersalahkan kerana membiarkan pemimpin dan tokoh politik di Sabah melakukan pembelotan terhadap parti dan kerajaan; malah menggunakan jentera BN dan Kerajaan untuk menyuburkan pengaruh pembangkang di Sabah.
Kemasukan dua orang 'Penderhaka' yang pengecut ke dalam aliran Pakatan Rakyat, Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing dan Datuk Seri Panglima Lajim Haji Okin membawa bersama keahlian parti masing-masing, menunjukkan BN Sabah tidak mempedulikan 'gertakan keling' dua 'Panglima' hilang gelanggang ini.
Walaupun riak politik yang cuba membadai Sabah berjaya ditampan Perdana Menteri melalui pemecatan Lajim sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan; namun UMNO dan UPKO mengambil masa terlalu lama untuk memecat keahlian 'Panglima' dan 'PangEnam' ini sehingga mereka mendapat simpati luar biasa daripada rakyat Sabah.
Dalam keadaan bertempik sorak dan gegak gempita seteru politik Datuk Seri Musa Aman iaitu Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berjaya melakukan silap mata 'memasukkan unta ke lubang jarum' sehingga seorang demi seorang tokoh mencuba nasib untuk menconteng arang ke muka Perdana Menteri.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Silam yang Pro-Shafie Apdal, Dr (Palsu) Haji Salleh Kalbi melakukan kesalahan disiplin apabila hadir dan berucap di Majlis SAPP yang ketika itu telah keluar daripada Barisan Nasional.
Barisan Nasional Sabah tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Salleh melainkan tidak memilih beliau sebagai Pengerusi Barisan Nasional Silam seperti tradisi BN sebelum ini yang melantik Ahli Parlimen sebagai Pengerusi BN Parlimen berkenaan.
Salleh kini mula berjinak dengan Pakatan Rakyat kerana telah menyumbang dana kepada Ketua Cabang PKR, Johani Abdul Halim; malah mungkin terpaksa menjilat ludahnya yang sebelum ini menjenamakan Anwar Ibrahim sebagai 'Kereta Terpakai'.
Salleh tidak mempunyai pilihan melainkan mengikut jejak Bumburing dan Lajim kerana tidak lagi mendapat tempat di Silam setelah tidak memegang jawatan di dalam parti atau BN; malah tidak disenaraikan BN Silam untuk mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada 2008,
Malah Salleh terpaksa bersaing dengan adik Shafie Apdal iaitu Datuk Haji Mohd Yusof Apdal yang mengidam kerusi Parlimen Silam setelah pernah dilucutkan jawatannya sebagai Ketua UMNO Bahagian Silam setelah Lembaga Disiplin UMNO mendapati beliau bersalah mengamalkan poitik wang.
Selain Salleh Kalbi, seorang lagi tokoh yang mempunyai hiraki sosial dan pengaruh yang kuat, iaitu Pengerusi GLC Kerajaan Negeri Sabah, Suria Capital Holdings Berhad yang juga Timbalan Pengerusi Sabah Forestry Development Authority (SAFODA); Tan Sri Ibrahim Menudin kini mula berjinak-jinak dengan Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat setelah diwar-warkan akan dicalonkan di parlimen Labuan bagi menentang calon UMNO pada PRU-13.
Berdasarkan rekod perkhidmatan dan profail peribadinya yang memberansangkan, Ibrahim yang juga Mantan Penasihat Khas Ketua Menteri Sabah, menggunakan kedudukannya dalam Suria Capital dan beberapa GLC lain untuk mengukuhkan pengaruh politiknya dan tidak segan silu menghadiri beberapa acara pembangkang dan menemui pemimpin Pakatan Rakyat secara terbuka.
Mungkin Ibrahim lupa bahawa beliau tidak ubah seperti keldai yang membawa garam merentasi padang pasir namun tidak menyedari garam yang dibawanya larut ketika menyeberangi sungai yang dalam.
Persoalannya, kenapa tuan keldai (GLC) membenarkan keldai (Ibrahim) membawa garam sedangkan mereka tahu garam pasti larut di dalam sungai dan keldai (Ibrahim) langsung tidak mengetahui bahawa yang dibawa itu adalah 'Garam'!
Berjayakah Ibrahim melakukan kejutan dan menggigit tangan tuannya yang memberi makan selama ini dengan melakukan kejayaan 'Hatrick' iaitu Keldai yang mendapat kepercayaan tuannya; keldai yang berjaya makan di gudang PKR dan membuang najis di dulang BN; dan menjadi keldai pertama di dunia yang dipilih sebagai calon parlimen?
BERITA BERKAITAN : KENYATAAN AKHBAR BN SABAH
Shafie: Umno dan BN Sabah tetap kukuh
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
SEMPORNA - Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata Umno dan Barisan Nasional (BN) di Sabah tetap kukuh dan akan terus melaksanakan langkah perlu bagi memastikan keadaan itu berterusan.
Beliau berkata dakwaan kononnya Umno dan BN Sabah kini lemah hanya permainan politik pembangkang khususnya oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Itu (gembar-gembur) kita tidak bimbang sangat. Kita akan mengambil langkah tertentu untuk memastikan kita dapat mengukuhkan Umno dan BN di Sabah. Parti komponen BN memainkan peranan yang penting bagi memastikan BN Sabah terus kukuh," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Anwar yang merancang ke negeri ini minggu depan dan akan membawa 'kejutan'.
Mengulas lanjut, Mohd Shafie berkata jika selepas gembar-gembur di Sarawak gagal membawa kemenangan kepada pembangkang pada pilihan raya negeri itu, perkara serupa juga akan berlaku di Sabah.
Mengenai kesan peletakan jawatan Datuk Seri Lajim Ukin kepada Umno Sabah, beliau berkata pemangku Ketua Umno Bahagian Beaufort, Isnin Aliasnih sedang menyusun jawatankuasanya bagi memperkukuh Umno bahagian itu. -Bernama
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan