05 Julai 2012

PANAS!! " PERJUANGAN DR.MORSI DAN LIM GUAN ENG ADA PERSAMAAN" - DR.. MASZLEE MALIK

Khilaf, fitnah dan politik benci UMNO-BN
ciri-ciri perjuangan yang dibawa oleh Dr. Morsi tidak jauh beza dengan apa yang dilalui oleh Lim Guan Eng. “Mereka ini sanggup dipenjarakan, difitnah, bukan saja diri difitnah tetapi keluarga juga difitnah demi memperjuangkan nasib rakyat, memperjuangkan keadilan, memperjuangkan prinsip untuk Malaysia yang lebih adil, saksama, hijau dan bersih,”

Bahagian Pertama

Bukan sesuatu yang mudah sekadar masuk pilihan raya dan menang mau pun tewas. Perjuangan selama 46 tahun Parti Tindakan Demokratik (DAP) penuh dengan liku, fitnah dan tohmah yang berpanjangan. Pun begitu, satu demi satu cabaran dapat diharungi.

Hakikatnya, parti yang hidup berlandaskan semangat perlembagaan ini merupakan satu wadah
perjuangan yang murni tanpa dibatasi sebarang sempadan ras, warna kulit agama dan kelas kehidupan.

Acapkali, DAP dituduh anti-Islam, anti-Melayu, komunis dan punya agenda sulit dengan Singapura – tanpa dikemukakan sebarang bukti – sehingga berjaya merubah sebahagian besar rakyat terutamanya orang Melayu sendiri mengenai perjuangan murni DAP. Mungkin demografi parti yang memperlihatkan penyertaan ramai kalangan masyarakat Cina dalam parti seolah-olah menguatkan hujah tersebut.

Sebab itu DAP sedang berusaha kuat menarik lebih ramai penyertaan dari kalangan pelbagai
kaum dan ternyata DAP makin diterima oleh ramai orang Melayu Islam.

Umno kata DAP anti-Melayu, MCA kata DAP anti-Cina, MIC kata DAP anti-India

Dalam Wacana “Adakah Dasar DAP Mengancam Islam?” di Shah Alam baru-baru ini, Lim Guan
Eng selaku Setiausaha Agung DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, persepsi buruk terhadap DAP ini sengaja dicipta dan ia secara langsung menjarakkan lagi usaha untuk saling kenal mengenali antara kaum dan agama.

“Sebelum tahun 1987, persepsi saya mengenai Islam hanyalah secara luaran tetapi saya tidaklah anti-Islam. Kita dapat lihat kebanyakan persepsi dibentuk oleh BN sendiri dalam akhbar-akhbar seolah-olah digambarkan Islam yang dibawa oleh PAS mengancam cara hidup bukan Islam.

“Mujurlah saya ada peluang bersama dengan pemimpin kumpulan pejuang Islam ketika itu bukan sahaja bersalam-salaman tetapi bersama selama 18 bulan dalam tahanan ISA,”
katanya.

Guan Eng mengakui, biar pun wujud perbezaan fahaman ideologi dengan PAS, tetap wujud banyak persamaan yang tidak pernah diceritakan oleh media massa yang dikawal oleh UMNO dan BN.

“Kita sedari (PAS dan DAP) berjuang kerana mahu rakyat hidup bermaruah, menikmati hak asasi, kebenaran dan keadilan. Ketika detik itu juga (dalam tahanan ISA) PAS mengenali DAP dengan lebih dekat. Masa susah barulah kita kenal siapa lawan siapa kawan,” ujar beliau.

Selain itu, kata Guan Eng, DAP bukan sekadar dituduh anti-Islam di kalangan orang Islam tetapi juga MCA menuduh DAP sebagai anti-Cina di kalangan orang Cina manakala MIC menuduh DAP anti-kaum India.

“Dalam surat khabar bahasa Cina, (Presiden MCA) Chua Soi Lek hentam DAP, kata DAP guna Cina hentam Cina. Di kalangan orang India, kita dituduh anti orang India. Itulah permainan perkauman oleh pihak parti lawan tetapi yang penting ialah kita berpegang pada prinsip yang ditetapkan seperti negara berkebajikan, kebenaran, kebebasan, dan juga keadilan,” katanya.

DAP, Ikhwanul Muslimin dan khilaf yang diraikan

Seorang lagi panelis wacana, Dr. Maszlee Malik, pensyarah dari Universiti Islam Antarabangsa, membawakan persoalan yang timbul dalam kerangka yang lebih meluas dengan mengambil contoh Dr. Mohamed Morsi yang dipilih rakyat menerajui Mesir selepas kebangkitan Arab.

Beliau melihat ciri-ciri perjuangan yang dibawa oleh Dr. Morsi tidak jauh beza dengan apa yang dilalui oleh Lim Guan Eng.

“Mereka ini sanggup dipenjarakan, difitnah, bukan saja diri difitnah tetapi keluarga juga difitnah demi memperjuangkan nasib rakyat, memperjuangkan keadilan, memperjuangkan prinsip untuk Malaysia yang lebih adil, saksama, hijau dan bersih,” tambah beliau.

Cuma persoalan yang timbul, kata Dr. Maszlee, ialah apakah dasar DAP bertentangan dengan
Islam atau pun tidak.

“Kita tidak menafikan setiap orang manusia mempunyai khilaf iaitu kecenderungan kepercayaan
yang berbeza dan ini diakui oleh al-Quran sendiri. Dalam Islam, Allah SWT mengatakan laaiqrahafiddeen; tidak ada paksaan dalam agama. Umat Islam tidak diajar untuk memaksa orang lain masuk ke dalam agama Islam.

“Tetapi yang diajarkan di dalam Islam ialah, kita dapat lihat dalam Surah al-Hujurat ayat ke-13 di mana Allah SWT menyatakan bahawa kita diciptakan untuk lita’arafu yang bermaksud untuk berkenalan diantara satu sama lain. Sebagai permulaan, saling faham memahami dan saling hormat menghormati.”

Antara sosialisme, kapitalisme dan DAP

Setelah percubaan untuk mengaitkan DAP dengan fahaman komunis gagal, propagandis
UMNO-BN pula dilihat cuba menimbulkan rasa kurang senang orang Melayu Islam dengan fahaman sosialisme yang dikatakan dipegang oleh parti ini.

Menjawab persoalan ini, Guan Eng menjelaskan bahawa DAP bukan sosialis tetapi memegang
kepada prinsip demokrasi, hak asasi, keadilan sosial dan peluang saksama yang menjadi tonggak ideologi demokrasi sosial.

“Dari sudut demokrasi sosial, ia mempunyai sedikit persamaan mengenai dengan konsep negara berkebajikan yang diperjuangkan oleh PAS. Yang pentingnya ialah kita mesti pastikan semua golongan dapat pembelaan.

“Kita kena pastikan dari segi penguasaan ekonomi, tidak diberikan kepada kroni-kroni sahaja. Ada yang mesti dikuasai oleh kerajaan untuk menjaga kepentingan rakyat,” jelas beliau.

Menguatkan hujah itu, Dr. Maszlee menambah bahawa Islam bukanlah sosialis mau pun
kapitalis kerana ia merupakan garis panduan yang mungkin sahaja ada keselarian dengan sedikit dasar-dasar sosialis dan kapitalis, malah mungkin ada keselarian dengan prinsip perjuangan DAP.

“Pemikir kiri Perancis, Jean-Paul Sartre pernah mengatakan bahawa beliau bukanlah seorang yang beragama tetapi jika dia mahu beragama, maka dia akan memilih agama yang dianuti oleh Ali Shariati, iaitu Islam. Kerana isu keadilan yang diperjuangkan, kerana Ali Shariati, kerana Nabi Muhammad S.A.W sendiri memperjuangkan nasib golongan marhaen menentang pemimpin diktator,” katanya.

Beliau merujuk kepada Ali Shariati (1933-1977), ahli falsafah Islam dari Iran yang menjadi mangsa kezaliman Shah Iran, yang dianggap sebagai pemikir kebangkitan Islam pada dekad 1970-an yang menekankan kepada ilmu, pencerahan dan pembebasan.

“Dalam satu waktu pula kita dapati Maxime Rodinson (1915-2004) seorang pemikir kanan Perancis menulis buku ‘Islam and Capitalism’ yang menyatakan bahawa Islam itu bukan milik sosialis tapi Islam itu lebih mesra dengan kapitalis kerana Islam menggalakkan ekonomi pasaran dan Nabi Muhammad SAW sendiri merupakan seorang pedagang,” kata Dr Maszlee.

Ia menunjukkan nilai-nilai Islam itu mempunyai kebaikan dalam pelbagai aliran pemikiran
yang bertujuan mahu membebaskan rakyat dari belenggu penindasan dan kezaliman. – Roketkini.com

BAHAGIAN KEDUA DAN TERAKHIR: Hudud dan salah faham tentang Islam di kalangan Muslim dan bukan-Muslim

Oleh Hafiz Zainuddin

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...