EKSKLUSIF :Najib Akan Mempromosikan Dirinya Di Kubah London – Semuanya Atas Wang Pembayar Cukai!
Pada minggu hadapan, Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak, akan menyewa sebuah dari kemudahan terkenal di London dalam usahanya mempromosikan dirinya, semuanya menggunakan wang pembayar cukai Malaysia!
Arena O2, atau lebih dikenali sebagai The Dome, adalah salah sebuah mercu tanda terkenal di UK dan akan digunakan sebagai premis utama sukan olimpik nanti. Ia juga kerap digunakan untuk menganjurkan konsert-konsert pop yang besar-besar, termasuklah konsert terakhir Michael Jackson.
Namun, pada hari Isnin depan Najib Razak akan menganjurkan sebuah upacara yang akan dibintanginya sendiri, ‘An Evening With The Prime Minister’ [Suatu Petang Bersama Perdana Menteri]!
Menurut laman web rasmi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London seluruh warga Malaysia yang tinggal di UK AKAN dijemput ke majlis berkenaan, dengan makanan dan minuman diberi percuma dan juga pertunjukan kebudayaan di sepanjang majlis itu. Rakyat Sarawak, di mana peruntukan sebanyak RM3.47 juta bagi meringankan bebanan golongan yang miskin tahun ini, dikecualikan.
“Kenapakah Najib sanggup membelanjakan wang sebanyak itu untuk tujuan promosi diri di luar negara?” tanya seorang penuntut Malaysia di London. Adakah dia ingat cara itu berkesan baginya, kerana orang Malaysia di London akan dibenarkan mengundi? Orang yang akan mengundi adalah pegawai-pegawai kerajaan sahaja dan mereka pun dipaksa mengundi BN!
Suatu lagi kisah dari Sarawak Report
“Majlis ini merupakan manipulasi pilihanraya politik yang akan melibatkan jutaan ringgit untuk dianjurkan. Ianya tidak harus dianjurkan menggunakan wang awam dan bagi saya orang tidak akan terpesona kerana majlis ini diadakan di Britain. Mungkin dia (Najib) kini sudah takut untuk menganjurkan apa jua perhimpunan di KL setelah Bersih 3.0 dianjurkan!”
‘Penonton diupah’ akan diangkut menggunakan bas-bas dari seluruh UK!
Sarawak Report kini boleh mendedahkan bahawa Pesuruhjaya Tinggi itu mengatur pengangkutan percuma dan peruntukan makan minum untuk para pelajar Malaysia bagi menghadiri majlis itu dari seluruh UK! Para pelajar yang menuntut sejauh Edinburgh University di Scotland telah digesa untuk hadir ke majlis itu yang dikelolakan oleh para diplomat. Kehadiran yang tinggi itu berkemungkinan untuk mengelakkan terlalu banyak dan ketaranya tempat duduk kosong kerana dikhuatiri suasananya akan dirakam oleh kamera dan ditayangkan oleh media-media yang bertapis ke Malaysia.
Sebuah email dari pemberi maklumat telah diajukan kepada Sarawak Report, mendedahkan skala pengoperasian majlis itu:
“Badan penganjur keseluruhan majlis ini adalah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London. Mereka mensasarkan 1000 orang Malaysia yang hadir nanti. Pengangkutan untuk ke London akan diadakan secara percuma. Makanan dan minuman akan dihidangkan dalam koc pengangkutan. Semua cawangan diminta mengesahkan bilangan peserta yang akan hadir supaya kami dapat menempah sebuah dari dua buah koc-koc itu nanti. Sila sampaikan pesanan ini kepada kumpulan tempatan dan orang-orang Malaysia yang lainnya. Sila beritahu saya angka kehadiran yang sebenar nanti.
Sebaik-baikinya sila beritahu saya menjelang hari Selasa ini 8hb Mei supaya saya dapat mengemukakan anggaran perbelajaan dan bilangan penonton kepada pihak pesuruhjaya tinggi.
Ini bukanlah majlis yang formal – PM akan membuat ucapan ringkas dan kemudiannya akan beramah mesra dengan para penonton sepanjang petang itu nanti.Jika ada yang berminat untuk turut hadir, sila berikan saya butir-butir seperti nama, nombor telefon dan nama Universiti. Terima kasih [sila email ke penganjur pelajar]
Kehadiran para penunjuk perasaan!
Secara ironinya usaha membeli sokongan untuk Perdana Menteri itu diatur sedemikian kerana pada
hakikatnya dua minggu yang lalu sokongan kepada perhimpunan Bersih 3.0 di kota London telah berjaya menghimpunkan bilangan peserta yang sama tanpa menggunakan sebarang insentif, namun disokong oleh rakyat Malaysia yang dahagakan demokrasi serta ingin menghentikan rasuah pilihanraya dan penyelewengan wang awam.Pada majlis kali ini, para pelajar yang sama juga dijemput hadir oleh BN, setelah dahulunya mereka DILARANG berhimpun sambil diugut untuk dilucutkan geran-geran pengajian mereka.
Sebaliknya mereka terpaksa bertopeng untuk menyembunyikan identiti sebenar mereka.
Berkemungkinan besar suatu perhimpunan aman akan dianjurkan di luar O2 Arena nanti, walaupun pihak kedutaan Malaysia mempunyai rekod cubaan untuk mengupah pengawal-pengawal keselamatan untuk menghalang sebarang perhimpunan yang sah, walaupun di London.
Rakan-rakan BN UK
Sarawak Report juga dapat mendedahkan bahawa Perdana Menteri itu sekali lagi akan menggunakan wang amam Malaysia untuk mempromosikan kepentingan parti BN dengan menganjurkan majlis bagi organisasi Friends of Barisan Nasional UK, yang telah ditubuhkannya pada bulan Julai tahun lepas pada lawatan terakhirnya ke London.
Tujuan penubuhan organisasi itu, menurut laman web rasminya, adalah untuk menggalakkan hubungan perdagangan dengan organisasi-organisasi di UK. Beberapa orang tokoh-tokoh ternama Britain, termasuk Prof Lord Desei, Lord Parry Mitchell, Lord Shiekh of Cornhill dan Dr Dawn Gibbons MBE telah dilantik secara co-opted sebagai patron-patron kepada organisasi itu.Mereka berkenaan telah disenaraikan dalam laman web rasmi FBN UK bersama-sama Menteri Luar Negara Malaysia, Anifah Aman, seorang menteri dari Malaysia yang pernah didedahkan penglibatannya dalam rasuah pembalakan, dan juga penglibatannya dengan saudaranya, Ketua Menteri Sabah, Musa Aman.
Kini Sarawak Report telah mengutus surat kepada setiap patron di UK untuk bertanyakan apakah landasan mereka bersetuju menyokong sebuah organisasi politik yang pada minggu lepas telah bertanggungjawab menyuraikan perhimpunan aman menggunakan gas pemedih mata dan meriam air berkimia. Perhimpunan aman itu telah menuntut pilihanraya yang bebas dan adil; organisasi politik, BN, juga telah ditangkap kerana melakukan penapisan ke atas laporan-laporan BBC, Al Jazeera dan CNN, dan juga bertanggungjawab melemparkan fitnah secara melulu dan merbahaya terhadap seorang senator Australia, yang datang ke Malaysia hanya untuk memerhatikan pelanggaran hak asasi manusia oleh pihak polis.
Surat kami, yang disokong oleh Suaram International, juga mempersoalkan sama ada ianya sesuai bagi sesebuah organisasi parti politik mendabik dadanya dengan menyatakan objektif utamanya adalah untuk mengadakan “hubungan perniagaan yang bernilai tinggi” dan peluang-peluang perdagangan pada ahli-ahlinya dan berusaha untuk menjadi “organisasi utama” dalam perdagangan antara dua buah negara! Sesebuah kerajaan seharusnya mengadakan suasana dan keadaan yang adil untuk berniaga dan bukannya cuba untuk mendapatkan peluang secara eksklusif buat kroni-kroni BN sahaja?
“Menerusi FBN UK, ahli-ahli akan mendapat peluang untuk membangunkan hubungan-hubungan perniagaan di kalangan komuniti orang Malaysia di Britain dan untuk bertukar-tukar idea dan maklumat di antara kepentingan perdagangan dan kerajaan. FBN UK akan bertindak sebagai organisasi-organisasi utama bagi Malaysia dan UK bagi membantu syarikat-syarikat dari kedua buah negara itu untuk berdagang di UK.
Mungkin para patron di UK kurang peka akan sesesuatu kes di Malaysia, surat kami juga ada menyatakan mengenai skandal yang menyelubungi pembelian kapal selam Scorpene di Peranchis, dan mengingatkan mereka mengenai skandal ‘Bantuan Persenjataan’ di antara kerajaan UK pimpinan Thatcher dan Malaysia ketika Najib Razak menjadi Menteri Pertahanan dahulu.
Najib Razak mungkin telah mendapat pujian daripada Perdana Menteri UK David Cameron kerana menghapuskan undang-undang ISA yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan.Namun, orang-orang Malaysia di London telah secara aktifnya memaklumkan para pegawai-pegawai bahawa membelanja wang yang banyak untuk meraih sokongan adalah menandakan berakhirnya penindasan di Malaysia, begitu juga dengan rasuah politik.
Perarakan dan perhimpunan Bersih 3.0 telah membuktikannya.Orang-orang Najib kini bekerja keras untuk mempastikan jadual pergerakannya berjalan lancar, namun mereka juga harus bersedia menghadapi sebarang tunjuk perasaan di London.- SR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan