17 Mei 2012

GEMPAR!! ELAUN GURU KAFA 3 BULAN BELUM DIBAYAR BAITUMAL ?

Di mana elaun KAFA yang tidak dibayar?

Saya merupakan salah seorang guru KAFA yang bertugas di wilayah persekutuan ingin menimbulkan isu tentang elaun dari baitulmal yang sepatutnya dibayar setiap bulan telahpun bertangguh pembayarannya selama 2 bulan. Apabila persoalan diajukan pada bahagian pelajaran jawi,dimaklumkan kerana proses pertukaran akaun daripada baitulmal ke akaun jawi,persoalannya mengapa mengambil masa melebihi 2 bulan untuk pembayaran elaun itu?apabila diajukan pula kepada bahagian kewangan dikatakan bahagian pelajaran terlewat memberi baucer untuk diproses pembayaran kerana perlu melalui mesyuarat terlebih dahulu.

Apabila di politikkan isu ini kenapa Jais yang ditadbir pembangkang tiada masalah untuk membayar elaun guru KAFA mereka?Malah dibayar sebagaimana gaji kakitangan awam yang lain menunjukkan mereka menjaga kepentingan guru KAFA yang telahpun berkhidmat bertahun lamanya.

zaman serba moden ini masih bolehkah menyara kehidupan dengan hanya pendapatan RM700.00 yang diberikan oleh Jawi?Apa gunanya pengumuman gaji minimum sektor swasta baru-baru ini jika guru KAFA hanya hidup di bawah paras kemiskinan?Kemana lagi aduan dapat dibuat jika jawapannya bersabar,bersabar dan bersabar.Anda tidak akan mendapat layanan lantaran terikat oleh jawatan kontrak yang tiada statusnya,kerajaan tidak,swasta pun tidak.

Hal ini amatlah menyedihkan bagi kami yang menyara hidup dengan jawatan yang ada.Hampir tiga bulan tiada pembayaran elaun RM500.00 dari bantuan Baitulmal itu?Tetapi mampukah hidup dengan mengikat perut dan mendiamkan diri semata-mata?dimana letaknya nilai agama jika boleh diperlekehkan begitu mudah?

Saya memohon jasa baik agar diketengahkan perkara ini demi kebaikan bersama.Menunggu tanpa jawapan pasti bukanlah kehendak semua orang apatah lagi dalam arus kemodenan ini.

By: dalina

PERINGATAN: AduanRakyat.com.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...