26 Mac 2012

PRU13 PERISA TAMIL NADU

Dossier BN, Bank Israel dan PRU 13 perisa Tamil Nadu

Khabar-khabar menyatakan bahawa semasa pemerintahannya,Mahathir sentiasa mendapatkan nasihat dari Samy Vellu bagaimana nak berurusan dengan orang ramai terutama orang bawahan nya, termasuklah para menteri kabinet. Politik Samy Vellu yang diwarisi dari Tamil Nadu, dapat dikesan dari mulanya terbentuk Malaysian Indian Congress dalam tahun 1946.

Dossier berkaitan semua orang bawahan ini sebenarnya budaya Samy Vellu yang diterimapakai oleh mantan Perdana Menteri Mahathir untuk menutup mulut dan menunggu giliran. Dossier ini mengandungi segala kelemahan individu tersebut.Ada imbuhan berbentuk wang dan tanah kepada orang bawahan yang di rekodkan dengan jelas. Malahan, mereka menggalakkan orang bawhan mengamalkan rasuah supaya mereka sendiri boleh menutup amalan rasuh mereka yang lebih besar ,kerana orang bawahan tidak berani mendedahkan hal mereka kerana takut didedahkan

Bermula dengan dossier

Seorang pemberita terkenal yang telah meninggal dunia (Saya tidak dapat menyebut namanya di sini, tapi semua ketahui orang yang meninggal tidak menipu) telah mengumpulkan senarai semua menteri di zaman Mahathir yang mempunyai akaun di bank luar negara termasuklah di Bank Israel. Senarai panjang dengan nombor akaun dan butiran peribadi menteri2 terbabit termasuk lah urusniaga dan nombor cek.

Jumlah dalam akaun setiap menteri tidak kurang dari USD5 hingga 10 juta, dan semakin bertambah mengikut senioriti. Senarai A ini mengandungi siapa siapa antar menteri kerajaan dan aset mereka. Pembaca yang celik internet pasti dapat mencari blog berkenaan, tetapi siapa yang mendedahkan senarai tersebut? Sudah tentu dari dossier tersebut.

Pihak yang membenarkan simpanan tersebut sudah tentu menyimpan dossier terebut, dan boleh jadi beliau juga memasukkan wang untuk menutup mulut mereka dan mengikat mereka..Jika beliau boleh memasukkan jutaan kepadalm akaun mereka, berapa agaknya jumlah untuk dirinya? Ini lah amalam rasuah yang berleluasa di era itu.Malangnya ia terus meresap sebagai cara hidup

Hari ni rasuah bukan hanya wujud dalam pasukan polis,imigresen,kastam dan lain-lain agensi kerajaan malah semakin berleluasa di sektor swasta juga, melibatkan banyak manusia biasa dan menjauhkan mereka dari menjalani hidup dengan cara terhormat. Industri kecil dan sederhana yang membuat komponen untuk MNC dan GLS yang paling terkesan. Untuk mendapatkan pesanan, mereka perlu membeli komisen kepada penjual antara 5% hingga 10% ia mungkin pegawai perolehn atau Pengurus, dan ini untuk pembelian terus.

Semua sektor masyarakat

Kemudian ada pula proses pembelian tidak secara terus dimana pengurus barisan atau jurutera terlibat. Kerana mereka berkuasa meluluskan sebahagian atau seluruh projek, mereka juga akan minta bahagian mereka antara 5-10 % lagi. SME tiada pilihan, jika mereka mahu urusniaga ini mereka perlu akur kerana persaingan yang sengit.

Imbas kembali sekitar akhir tujuhpuluhan dan awal lapanpuluhan bila kita tiada masalah begini, hal ini bermula sejak 25 tahun yang lepas. Paling terkesan ialah syarikat2 MNC dan GLC, walaupun gaji yang dibayar tinggi. Kerana tamak dan amalan rasuah negara, rakyat cuma mengikut bagaikan ia satu hak bagi mereka.

Satu fenomena memalukan dan hingga ke hari ni kita masih menghadapai masalah sama. Jika kita ingin membuat urusniaga dengan MNC atau GLC kita perlu bersedia untuk memberi komisen, dan ini tentunya memberi kesan kepada keuntungan. Kadang-kadang pegawai atasan juga akan memasukkan komisen mereka dalam pembelian terbut, dan lebih berani kerana “bukan wang kita, beri saja apa yang kami tambah!”

Semuanya OK

Dari mana datangnya budaya ini? Pastinya dari kerajaan yang mengamalkan rasuah bermula dari pimpinan tertinggi kepada agensi2 kerajaan. Tiada yang terkecuali dalam kerajaan ‘semua boleh’ dan secara semulajadi,ia akan meresap ke perlakuan rakyat tidak kira dari sektor mana. MNC dan GLC patut dipersalahkan kerana tidak bertindak. Tambahan pula, mereka boleh kenalpasti pencuri jika cara hidup mereka boleh mendedahkan amalan rasuah mereka.

Berbalik semula kepada menteri2 dan pegawai2 dalam kerajaan, tidak dapatkan rakyat mengenalpasti mereka dari gayahidup mereka dan dapat meneka betapa teruknya amalan rasuah jika mereka boleh berbelanja mewah sedemikian.Adkah kita masih mahu mereka memerintah kita untuk 5 tahun lagi? Jika kita boleh kenal mereka mengamal rasuah,kenapa tidak buat keputusan dan hentikan mereka dari terus merompak dari rakkyat!

Bantuan kewangan RM500 yang diberi kepada rakyat seolah sama seperti yang diberi di Tamil Nadu ketika pilihanraya. Rakyat diberi beras dan TV warna, jadi kenapa kita ikut jejak negara paling tinggi amalan rasuah nya di dunia-India.Sudah kelihatan seperti pilihanraya Tamil Nadu di Malysia dan tak lama lagi kita akan lihat Nallakarupan,Ummi Hafilda dan Ezam Mohd Noor tampil memeriahkan suasana dengan kutukan2 mereka terhadap Anwar.



Tapi ada kita kisahkan apa 3 ekor monyet bertopeng manusia ini kata atau lakonkan? Tidak, kita pentingkan keluarga kita,pentingkan anak2 kita.Kita mahu mereka hidup dalam negara yang dihormati, bebas rasuah dan adil untuk semua.- MC

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...