Kedah: Dalam aku dok kata…
Ramai orang minta aku tulis pasai Kedah ni.Aku pun tak berapa minat nak tulis pasai Kedah pasai dulu aku dah kata…”mampuih pi la kat hangpa.”
Aku ada etika berlawan yang aku belajar dari boxing dan wrestling. Kalau lawan kita dah terduduk..kita tak boleh serang. Kalau kita serang jugak..kita boleh di singkirkan. (disqualified).
Sekitar Mei 2011, aku dah tulis pasai Kedah. Aku kata Kedah dalam bahaya..silap-silap boleh tumbang. Aku kata macam tu sebab aku tengok trend pemerintahan Azizan yang lebih mesra-Umno dari mesra-Pakatan. Dalam satu mesyuarat, Ustaz Azizan pi kutuk PKR. “Kita ni dah lama dok kait rambutan..tapi galah tak cukup panjang. Nasib baik ada orang bagi tong untuk berpijak..dapat la kita buah moktan.”
Ir. Zamry masa tu jawab balik..”dah dapat moktan tu..jangan la tendang tong.”
Ustaz Azizan pun jawab balik..”tak pa..la ni, kalau tak dak tong pun kami dah boleh panjat”
Itu cuma contoh antara Azizan dengan PKR. Dengan DAP, Ustaz Azizan kata masa bentuk kerajaan dulu..”BA ni antara Pas dengan PKR saja..DAP tak masuk sama.” Betui la cakap dia tu..sebab masa PRU 2008..bukan ada Pakatan Rakyat lagi.
Apa yang aku nak cakap kat sini ialah..Azizan gagal memerintah Kedah disebabkan sikap cengei, ketegaq dan angkuh. Dengan reporter pun dia maki semacam ja. Perangai macam ni..akan menghasilkan apa yang berlaku di Terengganu tahun 2004.
Toksah kata PKR dengan DAP…sesama Pas pun Azizan terlalu cengei dan angkuh. Bila Pemuda Pas Perlis kritik pasai KUIN, Azizan kata..”Sat lagi aku ambik balik Peghelih baru hangpa tau!!” whoa!!
Tapi masa tu..bila aku tulih..macam-macam la orang kutuk aku balik. Bila aku tulih PRU 13 (Kedah), Kedah Lanie siarkan kembali posting aku dalam blog depa. Macam-macam la orang maki aku. (Tapi leceh sikit..semua komen itu tak boleh diakses lagi. Kecuali kalau di google macam kat bawah ni.)
Aku tegoq masa hangpa tengah kuat..supaya dapat memperbetulkan keadaan. Tapi masa tu hangpa ingat hangpa kuat, sapa yang menegor dianggap saja nak cari pasai. Bukan tu saja, dalam blog Malaysiatimes pun ada jugak orang yang marah kat aku macam kat bawah ni.
Dalam PRU 13: Kedah (1) dan Kedah (2), aku dah tulis tentang macam mana tipisnya peluang PR Kedah untuk mempertahankan kuasa. Masa tu aku dah tulih apa masalah di Kedah…siap dengan statistik. La ni hangpa pi baca balik..dan hangpa padankan dengan apa yang berlaku sekarang.
Dalam Kedah (2) aku tulih..”Kat Kedah, orang banyak dok komplen, Azizan lebih mesra Umno dari member-member Pakatan Rakyat sendiri.” Konflik yang berlaku di Kedah sekarang berpunca dari apa? Bukan ka pasai projek lebuhraya yang bernilai RM150 juta yang diberikan kepada kontraktor Umno? Aku tak tau la kalau kontrak itu dibuat secara open tender..yang tu aku tak boleh komplen. Tapi kalau dibuat secara nego…maka ada sebab mengapa Pas bergolak.
Bagi aku, Azizan ni macam Hasan Ali. Dia lebih Melayu/Islam dari kebanyakan pemimpin muda dalam Pas yang lebih Islam/Melayu. Azizan lebih percaya kat orang Umno dari orang DAP. Dia juga lebih percaya kat orang Umno dari orang PKR. Malah dia juga lebih percaya kat orang Umno dari orang Pas sendiri. Ini bukan aku yang kata..tapi orang Pas sendiri bagi tau aku.
Serupa macam Hasan Ali di Selangor. bila dia jadi EXCO..yang penuh dalam pejabat dia bukan orang Pas Gombak…tapi orang Umno. Bila ada projek..dia bagi kat orang Umno..sebab orang Pas tak reti buat kerja. Takat gantung bendera boleh la.
La ni..baru hangpa kalut. dalam artikel Lutfi Othman kat sini, aku syok bila ada orang menyatakan kerisauan,
“Yang paling kami tidak faham, mengapa hal ini dibangkitkan semasa semua orang bersiap sedia berdepan PRU13. Penyokong tegar mungkin tetap mengundi PAS dan Pakatan, tetapi bagaimana dengan majoriti rakyat yang kehairanan memerhati?”
La ni..kalau la PRU 13 diadakan sekarang..dan PR kalah di Kedah hangpa nak salahkan sapa? Salah Matsamankati ka? Bila aku bangkitkan bulan Mei tahun lepas, hangpa kata aku nak pedajai Pas Kedah. La ni sapa yang jadi dajai?
Dulu aku dah tulih…tapi bagi sapa-sapa yang terlepas baca..aku boleh ulang sekali lagi.
Masalah di Kedah tu bukan baru ni berlaku. Dah jadi sejak 2008 lagi, tapi pasai dah tak boleh tahan..tu pasai jadi lagu ni.
Pembuat keputusan dalam kerajaan Kedah bukan EXCO di pejabat SUK..tapi Markas Batu 9. Kalau Markas Batu 9 tak setuju dengan keputusan EXCO..pun boleh tolak, hangpa tau?
Awal 2009, ada la sorang member aku dalam PKR yang bawa proposal kat Kerajaan Kedah untuk melatih ADUN dan Ahli Majlis tentang tugas dan tanggungjawab. Maklum saja la..ADUN-ADUN yang menang hari tu pun ramai yang terkejut dengan kemenangan. Depa pun tak sangka akan menang.
Bila bawa kat Ustaz Azizan..dia kata” Awat? Hangpa ingat kami tak gheti merintah ka?”
Member ni pun pi jumpa Phahrolrazi..dan Phahrolrazi agak terbuka sikit. Tapi Pahrolrazi tak ada kuasa nak terima atau tidak.” Yang ni kami kena bincang dulu.” Tunggu punya tunggu..ingatkan depa nak bincang dalam mesyuarat negeri..rupa-rupanya depa bincang kat markas!!
Biasa la. Akhirnya cadangan member ni pun di tolak dan digantikan dengan yang lebih Islamik. Tup-tup..sorang-sorang ADUN PKR melompat. Tak pa la..boleh salahkan ADUN PKR.
La ni nak salahkan siapa?
Aku bukan nak salahkan sapa-sapa. Aku tulih ni pun bukan nak mengajar sapa-sapa..saja nak sedapkan hati.
Sapa la aku..aku orang Perak. Orang Perak lagi bodoh dari orang Kedah..dah menang pun boleh kalah!! Tak kan la orang Perak nak ajaq orang Kedah macam mana nak memerintah negeri?
-MSK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan