11 Oktober 2011

MENGHARGAI KEPIMPINAN TELUS DAN CEKAP TAN SRI KHALID IBRAHIM
Written by MB Warrior

Menilai dengan tepat pentadbiran Menteri Besar

Dalam kebanyakan keadaan , Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim selalu disalah erti.
Memahami kejayaan pentadbiran yang telah dicapai oleh beliau sangat penting untuk diketahui supaya segala jasa beliau kepada rakyat Selangor dapat difahami.

Kedengaran kesah-kesah yang kurang menyenangkan dari pelbagai pihak berkenaan sikap beliau kepada orang parti.Bagi aku itu bukan asas utama kepada penilaian kepada beliau.

Tulisan ini mungkin kedengaran agak mengampu tetapi hakikatnya aku dan team tawanmalaysia satu sen pun tidak dibayar oleh Pejabat Menteri Besar.Kalaupun aku dan teman-teman pedih menerima respon dari salah seorang kuat orang dari Pejabat MB dengan mengatakan 'MB is not interested with all this bloggers...' setelah hasil penat lelah berjuang menukil dan memupuk satu team untuk menyerang UMNO.

Itu bukanlah hujahan dan perkiraan aku untuk menafikan kecekapan Tan Sri Khalid Ibrahim dalam melakar satu filasufi pentadbiran yang kalau tidak keterlaluan aku katakan paling terbaik dalam sejarah negeri Selangor ini.

Bukan mudah bagi Tan Sri Khalid untuk mentadbir negeri Selangor yang telah ditinggalkan oleh seorang penyamun bernama Khir Toyo.Baik dari pengambil alihan Syabas hinggalah kepada menyelesai masalah penduduk yang kediaman mereka berada di atas projek MRT kerajaan persekutuan.

Ini memerlukan seorang yang berilmu tinggi dalam bidang korporat dan pengurusan yang berdedikasi seperti Tan Sri Khalid Ibrahim.Dari segi pentadbiran dan idea bernas dalam melakar pertumbuhan ekonomi Selangor aku kira tidak ada seorang pun yang khilaf dalam hal itu.

Semuanya kedengaran ;

" Tan Sri Khalid have done a good job in terms of governing the state..."

Teringat aku pada Michael Bloomberg ; Datuk Bandar kota New York yang sebelum menceburi aktif dalam bidang politik adalah seorang ahli korporat yang berjaya.
Adalah sesatu yang menyakitkan hati Najib Razak dan musuh-musuh politiknya apabila Tan Sri Khalid Ibrahim berjaya meraih rezab simpanan Selangor sebanyak RM 1.1 Billion kalaupun jumlah itu boleh sahaja dihabiskan oleh Rosmah Mansor untuk projek-projek tidak masuk akalnya.

Kebanyakan GLC Selangor mencatat pertumbuhan yang memberangsangkan adalah salah satu mercu kejayaan beliau.Demi menilai Tan Sri Khalid Ibrahim , adalah tidak adil kalau sekadar hanya perbualan kosong orang kecewa di kedai kopi.

Kejayaan pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim amat wajar dinilai kalau dapat dibentang dari segi fakta dan angka.Angka-angka pertumbuhan ini dengan jelas menunjukkan bahwa rakyat Selangor memiliki seorang Menteri Besar yang terbaik dari sepanjang zaman.

Pendekatan politik Menteri Besar

Kalaupun kehebatan beliau dalam tatakelola negeri Selangor adalah di tahap optimum , maka adalah lebih mudah bagi musuh-musuh politik beliau mencari-cari isu picisan demi agenda peribadi mereka.

Tan Sri Khalid Ibrahim dihormati dan disanjung oleh rakyat Selangor - ini hakikat.
Sebarang suara sumbang yang cuba menempelak beliau hanyalah cakapan politik mereka yang kecewa tidak mendapat laba dari perjuangan politik mereka.

Faham Tan Sri Khalid Ibrahim dalam politik adalah
" political power wont give you any advantage of getting any government projects."

Mencari keuntungan adalah dari berkat usaha berniaga atau dengan mendapat pekerjaan dari gaji.
Politik tidak dapat diterjemah kepada keuntungan wang ringgit.

Ini adalah satu falsafah politik berani kalau hendak dibanding dengan budaya 'rent-seeking' yang sanagat kuat dalam politik Malaysia.
Seorang reformis dalam pentadbiran seperti Tan Sri Khalid Ibrahim adalah amat sukar untuk dicari.

Reformis pentadbiran sebegini adalah satu kunci mengapa beliau disanjung rakyat Selangor.
Kalaupun dalam banyak keadaan , banyak silat politik yang sewajibnya dimainkan baik oleh Tan Sri Khalid Ibrahim diserah bulat pada Setiausaha Politiknya.

Bukanlah ingin mengatakan bahwa ini adalah satu pendekatan politik yang baik atau tidak , tetapi kalaulah ...kalaulah dapat sekiranya Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri yang 'engage' dengan semua mainan politik ini hasil dari penasihat-penasihat politiknya.

Faekah Husin telah memainkan peranan yang sangat penting dalam menaikkan imej Menteri Besar Selangor , komitmen besar Set Pol MB ini jangan diremehkan.

Hubungan Menteri Besar dengan Adun dan ahli parti

Ada laman picisan yang mengatakan kononnya hubungan Tan Sri dengan Adun adalah tidak baik merupakan cakap-cakap politik separuh masak.
Kesah begini adalah seperti mengisahkan akan apakah warna seluar dalam Ezam Mat Nor ketika Ezam pergi ke Kondominium belakang The Mall.Puak yang mengutip berita ini tidak pernah masuk pun ke mesyuarat EXCO negeri bersama MB.

Khayalan puak ini yang kononya Adun itu atau Adun ini dingin dengan MB adalah seperti bacaan politik orang tua bahalol.Najib Razak sendiri sedang diserang hendap oleh Muhyidin.
Zambry sendiri sedang ditekan oleh puak Tajol Rosli.
Ahmad Said sendiri belum tentu menjadi MB Terengganu untuk penggal akan datang.
Skandal deposit jutaan ringgit Mat Hasan ke luar negara pun adalah senjata orang UMNO NS untuk jatuhkannya.

Ini semua adalah politik kedai kopi kalau duduk dengan orang UMNO Bahagian.
Apakah puak ini merasakan bacaan poltik ataupun 'sumber dalaman' itu ada kredibiliti ?
Itu hanyalah 'sumber seluar dalam '.
Yang pasti pengormatan Adun Pakatan Rakyat kepada Tan Sri Khalid Ibrahim adalah sangat baik dan sentiasa bertambah baik dari semasa ke semasa. - ini fakta.

Ilmu pengurusan untuk mencatatkan keuntungan PKPS sebanyak RM 11 Juta bukanlah boleh dilakukan oleh Khir Toyo , apalagi Noh Omar.

Bukan sekadar ilmu , malah memerlukan political will yang sangat tinggi seperti Tan Sri Khalid Ibrahim untuk memulihkan GLC Selangor yang dulunya dijadikan lubuk penyamun oleh Khir Toyo.
Aku akan kupas dalam siri seterusnya mengenai cakap-cakap kurang senang ahli parti atau Adun tertentu mengenai kepimpinan Menteri Besar Selangor.

Apapun ;

HAKIKATNYA , RAKYAT SELANGOR MELIHAT TIDAK ADA ORANG LAIN YANG LEBIH LAYAK DARI TAN SRI UNTUK MENERAJU SELANGOR.

BELIAU ADALAH LAMBANG KEBANGGAAN ANAK SELANGOR YANG BERJAYA MERUBAH NEGERI SELANGOR DARI DISAMUN OLEH UMNO SELANGOR MENJADI SEBUAH NEGERI YANG SANGAT MAJU DAN BERKEBAJIKAN UNTUK RAKYATNYA.


tunggu siri ke 2..
-TAWAN MALAYSIA

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...