Kini Sarawak Report sedang berada di Geneva, di mana pertubuhan NGO ini bergabungan dengan NGO-NGO yang lain yang telah dipelawa untuk mengemukakan segala sesuatu di UN mengenai masalah yang berkisar pada pelanggaran hak asasi manusia dan demokrasi di Sarawak. Kami akan mengemukakan kes Tuai Rumah ini dan juga kes-kes yang lain yang telah dan pernah ditipu semasa pilihanraya ini.
JANJI-JANJI BN – TIADA LAIN, HANYA CEK-CEK TENDANG!
Calon BN, Joseph Mauh telah ‘ditangkap basah’ kerana didapati melakukan penipuan berganda. Dia bukan sahaja menjanjikan RM10,000 kepada seorang Tuai Rumah bagi meraih undi, tetapi suapan itu adalah dalam bentuk cek tendang!
Dengan cara ini Mauh telah menipu para pengundinya sebanyak dua kali. Pertama dia telah menipu mereka dengan menafikan hak mereka dengan menyogok Tuai Rumah mereka, yang dipandang sebagai jenayah yang serius. Kedua, dia tidak menunaikan janji untuk memberi wang kepada masyarakat miskin di kawasannya.
Kita mungkin boleh mengatakan bahawa seseorang yang mengambil sogokan sebagai tukaran bagi kebebasan yang tinggi nilainya, kebebasan untuk memilih pemerintahnya, seharusnya layak memiliki kebebasan itu. Tetapi masyarakat di kawasan berkenaan seharusnya bersetuju menerima wang sogokan kerana kerajaan BN yang rakus telah menjadikan dan membiarkan mereka hidup melarat.
Pihak polis seharusnya menangkap penjenayah pilihanraya
Sarawak Report menganggap sudah tiba masanya segala bukti yang tidak dapat dibantah dikemukakan kepada mereka, pihak polis harus bertindak untuk menyoalsiasat Joseph Mauh. Sementara itu, pihak SPR pula harus menggantung keputusan pilihanraya calon berkenaan.
Jika buktinya didapati benar (dan seharusnya dilakukan dengan segera) maka suatu pilihanraya semula harus diadakan. Kesemua dakwaan mengenai jenayah rasuah yang dilakukan di seluruh negeri Sarawak harus juga disiasat. Kami bukannya bercakap mengenai ‘pembangkang pengacau’, tetapi kami ingin bercakap mengenai Ketua-Ketua Masyarakat yang dilantik oleh kerajaan dan dihormati, yang telah mengundi BN!
Joseph Mauh, jika didapati bersalah akan dikenakan hukuman kerana melakukan suatu jenayah pilihanraya yang berat. Berikut adalah pengakuan yang dibuat oleh seorang Tuai Rumah terhadapnya:
“Nama saya Kuching ak Moyan dan saya merupakan salah seorang Tuai Rumah dari kawasan Tamin. Pada pilihanraya yang baru selesai, saya telah diberikan tiga keping cek, sekeping bernilai RM2,000, sekeping lagi bernilai RM3,000 dan cek yang ketiganya bernilai RM5,000 oleh calon Barisan Nasional, Joseph Mauh. Saya telah menunaikan kedua keping cek yang pertama yang jumlah kedua-duanya adalah RM5,000 tetapi cek yang ketiga, bernilai RM5,000, telah ditolak oleh pihak bank sebagai cek tendang. Ketiga-tiga cek itu telah diserahkan kepada saya pada 13hb April 2011 supaya kami dapat memberikan sokongan kami kepada Barisan Nasional. Pada pilihanraya Negeri 2006 dahulu, setiap seorang pengundi di sini telah diberi hanya RM20 tetapi pada pilihanraya ini, nilainya telah dinaikkan kepada RM50 setiap seorang pengundi. Saya ingat semua kami di sini telah mengundi Barisan Nasional. Memanglah saya tahu bahawa duit yang diberikan oleh Barisan Nasional itu tidak bernilai jika kerajaan mengambil tanah kami. Tapi apakan daya kami, kami harus mengundi kerajaan kerana kerajaanlah yang memberi kami duit itu. Ya, saya tahu kita boleh mengambil duit Barisan Nasional dan kemudian kita mengundi pembangkang, tetapi memandangkan setiap orang di sini mengundi Barisan Nasional pada kali ini, saya juga turut serta.”
Tiba masanya untuk menghentikan penipuan dalam pilihanraya di Sarawak
Ini adalah permulaan segala bukti mengenai pilihanraya ini. Maka kita merasa hairan dengan gelagat BN di KL yang kelihatan resah dan risau mengenai pilihanraya ini dan kemudian mereka kelihatan lega dengan keputusannya. Dalam pada itu juga, Taib kelihatan bergegas di tengah malam minggu untuk mendapatkan Tuan Yang Terutama bagi mengangkat sumpah sebelum sesiapa sempat berteriak “tangkap pencuri itu!”
Tetapi seandainya dia mengharapkan ini adalah titik penamat bagi perkara itu maka Ketua Menteri itu adalah lebih berusia dan lebih nyanyuk dari yang kita ketahui. Para pengundi di seluruh Sarawak tidak akan menerima hakikat ini dan berdiam diri. Ini kerana kemenangan pada pilihanraya yang baru selesai adalah, walaupun para pengundi telah diancam, ditipu dan disogok, tetapi pihak pembangkang masih dapat meraih 45% dari kesemua undi!
Bayangkan berapa peratus yang mampu diraih oleh pembangkang jika penipuan dan rasuah dilakukan? Hayunan-hayunan di seluruh Sarawak adalah BESAR dan mereka menjauhkan diri mereka dari BN baik di bandar mahupun di kawasan pedalaman.
Bayangkan juga apakah peratusannya jika kesemua setengah juta pengundi dari kalangan orang asli yang telah dinafikan oleh Taib dengan tidak mendaftarkan mereka sebagai pengundi? Inilah perkara yang meresahkan dan merisaukan BN. BN adalah sebuah kerajaan yang tidak sah yang telah menodai proses pilihanraya dan mereka seharusnya disiasat dan didakwa dan dijatuhkan hukuman seberat yang mungkin.
Kini Sarawak Report sedang berada di Geneva, di mana pertubuhan NGO ini bergabungan dengan NGO-NGO yang lain yang telah dipelawa untuk mengemukakan segala sesuatu di UN mengenai masalah yang berkisar pada pelanggaran hak asasi manusia dan demokrasi di Sarawak. Kami akan mengemukakan kes Tuai Rumah ini dan juga kes-kes yang lain yang telah dan pernah ditipu semasa pilihanraya ini. -SARAWAK REPORT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan