Assalammualaikum,
Saya juga rasa terpanggil untuk memberikan sedikit pendapat. Saya bukanlah penulis politik profesional, tidak berjawatan dalam parti dan tiada berkepentingan peribadi tetapi sebagai rakyat marhaen dibawah yang menyokong dan mendokong Pakatan Rakyat cuma ingin memberi sedikit pendapat dari pemerhatian yang dibuat. Tidak juga dipastikan samada perkara ini akan di beri perhatian oleh Pimpinan peringkat atasan Negeri sebagaimana penulisan saya yang terdahulu. Kebanyakannya mencerita dan membongkar kisah2 pengkianatan terutamanya ahli2 PKR Kedah samada yang telah mengistihar keluar parti dan yang masih menjadi ahli.
Juga pengkesahan Adun2 dan AP dari PKR yang tidak melaksanakan tugas dengan baik setelah diberi amanah oleh pengundi pada PRU ke 12 yang lalu. Ini adalah kerana teramat sayangnya saya dan teman2 kepada Pakatan Rakyat setelah sekian lama hidup didalam pemerintahan Kerajaan gerombolan BN. Gerombolan ini menipu dan menindas rakyat rakyat bawahan seperti kenaikan minyak, tol dan barangan keperluan harian tanpa sekali pun mendapat atau memohon RESTU dari rakyat.
Disini saya ingin mengungkapkan hanya 3 perkara asas didalam hal pentadbiran kerjaan Pakatan Rakyat. Hal2 lain banyak di rungkaikan oleh penulis lain yang telah memberi hujah2 panjang lebar tentang hal tersebut. Walau pun nampak kecil tapi impaknya cukup besar yang boleh memecah belahkan ahli dalam Pakatan Rakyat di Negeri Kedah. Faktor ini juga kononnya adalah alasan kebanyakan ahli2 PKR menjadi Pembelot. Alasannya tidak kepuasan hati mereka terhadap Kepimpinan Negeri. Perkara ini lah yang dijaja kepelusuk kampung hingga keakar umbi. Setelah kemenangan dicapai kata mereka hal2 ini iaitu pembahagian jawatan yang tidak seimbang serta tiada keadilan yang diberi kepada pihak yang lain. Bagi pimpinan diatas mungkin perkara ini dipandang remeh tetapi di peringkat akar umbi ini adalah satu perkara yang cukup besar setelah berpenat lelah memenangkan Pakatan Rakyat dan bila tiba bab pengagihan jawatan ianya banyak diisi oleh satu pihak sahaja. Kalau tulisan ini tidak dianggap releven boleh dibakul sampahkan saja. Cuma ini satu pandangan yang ikhlas dari rakyat marhaen,,,,
,Perkara 1
.Pimpinan negeri yang ada terutamanya Menteri Besar perlu mentadbir secara telus dan beramanah. Bongkarlah segala penyelewengan pentadbiran sebelum ini juga kerja2 pembaziran yang dibuat selama gerombolan BN memerintah kedah. Dedah dan khabarkan kepada rakyat kerja2 busuk mereka sehingga orang Kedah kata biaq sampai tak panggung kepala. Jangan lah cenge dan garang kepada pimpinan dan ahli sendiri tetapi parti lawan sentiasa berperasangka baik dan berhemah, macam adik beradik. Ini memberi ruang dan peluang untuk mereka mereka menikam dari dalam dan belakang. Khabarkan dan uar2 kebaikan kerajaan Pakatan Rakyat dan perbezaan pemerintahan antara dulu dan sekarang dan perubahan yang akan dan sedang dibuat selama 13 bulan memerintah kepada rakyat keseluruhannya. Bagi rakyat menilai kebaikan dan keperihatinan kerajaan Pakatan Rakyat. Ingat lah RAKYAT HAKIM NEGARA..
Perkara 2.
Perjawatan peringkat atasan. Seperti Exco Kerajaan Negeri, Pengarah2 Syarikat Kerajaan Negeri dan Ahli2 Majli Daerah. Berikan keadilan kepada setiap ahli parti dalam Pakatan Rakyat yang berkelayakan. Jangan terlalu beratkan hanya disebelah pihak. Perkara ini nampak enteng tetapi perkara inilah sebenarnya yang menimbulkan rasa tidak kepuasan hati disatu pihak yang lain. Maka mulalah timbulnya rasa untuk mengkianat kepada kerajaan negeri. Tidak ada gunanya slogan Negeri Berkebajikan dan pemerintahan adil jika perkara ini tidak dapat ditunaikan. Kerajaan akan tumbang jika ada kepimpinannya yang terlalu berat sebelah dan tidak pandai berkompromi sesama sendiri. Jika terlalu taksub kepada hanya satu parti tidak akan mengekalkan kemenangan yang dicapai. Maka tunggu lah saat2 kejatuhan walau rasa cukup kuat dan hebat. Ingatlah kemenangan dicapai dengan adanya kerjasama dibuat antara parti2 dalam Pakatan Rakyat kerana kita bertarung bukan dengan cicak mengkarung tetapi gerombolan BN yang amat kuat dengan semuanya mereka ada tetapi tidak ada pada kita.
Perkara 3.
.Perjawatan peringkat bawahan. Seperti dilihat dalam pemilihan jawatan majlis ketua kampung(MKK). Setelah memenangi tampuk pemerintahan negeri ahli2 parti diperingkat akar umbi berasa merekalah yang layak menjadi ketua kampung. Maka berebutlah disebelah pihak menyatakan merekalah bekerja kuat sehingga dapat memerintah negeri. Maka disebelah pihak lagi yang juga menyatakan mereka juga sama jadi nganga tak terkata apa. Maka timbullah perbalahan sesama sendiri diperingkat kampung sehingga bermacam hal yang tidak elok dibuat seperti memaksa kalau mau jawatan tersebut semua ahli yang ada perlu masuk parti mereka. Juga seperti kerja untuk menghalang penubuhan cawangan2 parti lain di peringkat kampung. Walau pun mungkin ada pimpinan tidak mengetahuinya tetapi inilah realitinya seperti yang berlaku di Dun Bandar Baharu. Suara dan kerja jahat segelintir pimpinan peringkat kawasan ini jika tidak dibendong akan nanti menjadi percakaran hebat sesama sendiri. Sambil puak2 Ameno akan berkata" Biaq pi kat depa, dulu depa dok kata kita sangat"....Bagi saya dan teman2 jika perkara ini tidak diambil tindakan susulan dimasa kedepan mungkin perang dingin akan berterusan. Yang lepas biaq pila kerana telah berlalu tetapi dimasa depan telah ada masa untuk pimpinan menyelesaikannya. Masa awai menang dulu mungkin Pakatan Rakyat terkena kejutan perubahan budaya. Jadi semuanya pakat2 jadi merak dok berebut sesama sendiri. Kita tidak akan kuat jika bercakaran sesama sendiri. Kerana yang lebih penting adalah kerja dan tugasan kita untuk membela dan memberikan perkhidmatan terbaik untuk keseluruhan rakyat tidak kira samada peyokong, yang diatas pagar dan penentang Pakatan Rakyat. Jika perkara sekecil ini dari kaca mata pemimpin tidak boleh diselesaikan maka tak tahulah berapa lama Pakatan Rakyat boleh bertahan. Dan dari Pengamatan saya Pemimpin Kerjaan Negeri terutamanya MB kita boleh menyelesaikan perkara ini dengan bijaksana agar ianya tidak menjadi barah dan parah.Wallahhualam.
KEDAH SEJAHTERA, NIKMAT UNTUK SEMUA.
Jin Brabus.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan