Manikumar ‘an outsider’ candidate…apa salahnya? a
huzaifah
Isu ‘orang dalam vs orang luar’ sudah lama…ia politik versi umno zaman dulu-dulu. Dunia politik dewasa ini bercitra baharu. Orang luar atau orang dalam bukan ukurannya; tetapi wibawa calon serta potensi diri yang mampu memberikan natijah maksima dijadikan sandaran.
Pun begitu, kita cuba memahami nada beberapa orang ahli PKR di Bukit Selambau, bahawa priority sepatutnya diberikan kepada calon-calon lain. Namun, janganlah ketidak-puasan hati itu menyebabkan wujudnya konfrontasi berpanjangan.
Dalam hal inilah, saya suka menyarankan agar ahli-ahli PKR berkenaan wajar menemui sendiri calon S. Manikumar. Adakan perbincangan dari hati ke hati. Rungkaikan persoalan dan kekusutan. Jernihkan perspsi dan kukuhkan perpaduan. Ingat, kita berhadapan dengan Umno @ BN demi sebuah perjuangan yang panjang.
Kemenangan bagi PKR atau tepatnya S. Manikumar bermakna kemenangan rakyat di bawah nama Pakatan Rakyat. Besar impaknya. Ia menjadi baja yang memangkin terus pertumbuhan sokongan kepada PR. Jika pokok, makin lebatlah buahnya dan makin rendanglah daunnya. Makin ramailah orang yang mendapat manfaat.
Inilah yang disebutkan oleh Datuk Hussam Musa. Kemenangan di tiga PRK di Malaysia pada 7 April ini, akan menjadi ‘pelaris’ kepada PR. Tidak mustahil selepas tarikh itu, parti-parti gabungan di dalam BN akan meninggalkan kapal BN yang kian karam. Sebab itulah kita mesti memenangkan PR.
Atas premis di atas jugalah, maka sewajarnya isu perbalahan mengenai calon perlu dikurangkan. Jika Manikumar memenangi kerusi berkenaan, maka dia bukan sahaja bertanggungjawab terhadap para pengundi di sana; bahkan seluruh rakyat Kedah. Saya yakin, beliau tidak akan mensesiakan amanah tersebut.
Lebih daripada itu, PR sendiri amat memerlukan pengundi muda yang ketrampilannya diterima segenap lapisan masyarakat. Manikumar mewakili citra anak muda kontemporari yang versatile tetapi jelas dasar perjuangannya. Dia nampak ranggi kerana dia anak muda; tetapi jiwanya adalah jiwa rakyat. Ini yang penting.
Dan saya juga yakin, tatkala panel penapisan PKR memilih calon, sudah pasti wujudnya criteria tertentu dijadikan ukuran. Bodohlah jika sengaja memilih calon yang akan meranapkan mood rakyat dan bengaplah Anwar jika sengaja mencari individu yang tidak boleh mewakili parti.
Akhirnya, saya menyeru pengundi di Bukit Selambau, utamakanlah perjuangan PR. Jika anda terlalu ‘berpolitiking’; maka ia hanya akan memenangkan BN. Jika anda mahu BN menang, maka apa ke halnya anda bersusah-susah duduk di dalam PR…sedangkan ‘kapal reput’ BN menanti anda…eh…’kapal reput’ BN…tak mahulah saya!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan