20 Mac 2009

20 March 2009

PRK BUKIT SELAMBAU : BN TEWAS PUSINGAN PERTAMA
oleh: sofi wahab


PKR sudah menamakan calonnya untuk PRK Bukit Selambau. Calonnya Manikumar seorang pemuda yang baru berumur 35 tahun yang berasal dari Bukit Selambau. Terbukti PR khusunya PKR tidak ketandusan calon dari golongan muda.

Manakala MIC terpaksa 'menyabungkan' kuda tua yang sudah pasti tidak disenangi oleh golongan pemuda yang rata-rata menyokong perjuangan Hidraf.Saya yakin dalam hal pemilihan calon MIC/BN sudah tewas. Ini kerana sejak-sejak akhir-akhirnya trend pengundi muda memang menyebelahi PR. Maka dengan pemilihan Manikumar saya yakin PR akan mendapat sokongan hebat dari pengundi muda dan pengundi tua.

Maka BN sebenarnya telah membuat kesilapan dengan memilih calon kesukaan Samy Vellu yang sememangnya dibenci oleh orang India.Dari maklumat yang saya terima Manikumar memang disukai dan disegani oleh penduduk Bukit Selambau kerana beliau merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya dan sering melakukan kebajikan. Malah beliau sendiri mesra dan senang bergaul dengan penduduk setempat.Tidak syak lagi BN sudah ketinggalan pada pusingan pertama ini

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...