28 Oktober 2013

KES ROMPAK AMBANK...INDON TU TAK BODOH...SIAPA YANG KENA KINCIN.....


Mat indon bukan bodoh, nampak dia ambil kesempatan kelemahan sistem keselamatan kita...
mungkin dia dah rancang lama nak rompak bank nie.....
biar berbaloi....sebab kerja nie hidup mati.....

Nammpak isu nie kecik je.....tapi kalau kaji balik impaknya cukup besar...
cuba hangpa p siam, atau p indon.....berani ke buat kerja nie....
nak masuk kosong...dah ketak telok......

Dia masuk Malaysia....mudah je beli ic, siap boleh kerja...nasib baik tak kerja di bank negara,
body gurd najib ke?

tapi aku rasa dia dah cau.....dengan bot pancung.....1 jam ma dah sampai indon.....?
mungkin dia dah joli sakan dekat disko dangdut.....sama inol goyang gerudi
atau sama dewi presik  bergoyang susu pak......

Baca dibawah cerita dari amenoworld .....kisah Ardi Ode Putra dengan mukabuku nya....

Adakah Ini Account Facebook Pembunuh Pegawai Bank Ambank? [UPDATED].

Muka sama beb.
Sebijik.
Rujuk bawah ;


Sama kan? Sama kan? Hah, tadi dapat info dari member facebook. Dia cakap inila account facebook pembunuh tue. Yeke beb?
Tengok muka memang sebijik.
Nama pula lebih kurang.
Kerja pula nampak macam sekuriti2 juga kalau diperhatikan gambar2 dia.

Dan kebetulan dia orang Indonesia. Budak dalam account facebook pun orang Indonesia juga.

Cakap2 Indonesia apa seme. Last update 21 October hari tue. Itulah tarikh sebelum kes rompakan berlaku. Sebelum mangkok ayun neh menghilang lepas rompak dan bunuh orang.

Chelake.

Tunjuk gambar mandi macam KACAK. Kalau betul itu la dia, memang CHELAKE.

Puuuuii.

Kalau diperhatikan dari rekod2 facebook dia, memang rata2 kawan dia seme orang2 Indonesia. Dan dia sering kemaskini laman dalam bahasa Indonesia. Yang buat aku pelik bin hairan tue macam mana orang tak boleh kesan dia ialah orang Indonesia? Sabah lain beb. Kalau ko biasa berkawan dengan orang sabah bahasa dorang lain. Kita mesti boleh beza punya antara orang2 Sabah dengan orang2 Indonesia.

Dan misteri kad pengenalan palsu semakin mengelirukan.

Rujuk sini ==> http://amenoworld.blogspot.com/2013/10/harga-kad-pengenalan-palsu-rm200-jer.html

Korang akan dapati ia bukan sekadar kad pengenalan palsu beb. Siyes. Sepalsu2 kad pengenalan itu sekalipun, takan mampu lepasi rekod untuk buat account bank beb.

Percayalah.

Ada sesuatu disebalik semua ini. Cuma aku tak dapat rungkaikan lagi apa benda disebalik isu neh.

Oke bai.

Rujukan account facebook ==> https://www.facebook.com/ardi.putrakatela

Updated ;

Beb, aku rasa ini memang dia. Cuba tengok dia update apa ;

Aku start was2 neh. Bila PDRM cakap dia hanyalah pegawal yang mengantikan rakan dia yang tidak bertugas pada hari tue..

Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2013/10/adakah-ini-account-facebook-pembunuh.html#ixzz2iyCwaA00

27 Oktober 2013

BELI IC RM200, DAPAT LESEN MENEMBAK DAN MEROMPAK, MUDAHNYA....




SUSPEK MILIKI KAD PENGENALAN PALSU : Pengawal keselamatan warga asing yang kini diburu selepas menembak mati seorang pegawai operasi AmBank dikatakan membeli kad pengenalan palsu dengan hanya ratusan ringgit sahaja. Kad pengenalan itu dibeli dengan harga antara RM200 hingga RM600 sekali gus membolehkan suspek bekerja sebagai pengawal keselamatan selama setahun dan bertugas di beberapa buah bank di sekitar Lembah Klang. 


Identiti sebenar suspek yang menggunakan nama Ardi Hamza dan mengikut kad pengenalan itu berasal dari Tawau, Sabah belum diketahui. Pembabitan suspek yang disifatkan penjenayah berbahaya ini masih disiasat pihak polis. Identiti sebenar suspek juga masih dalam siasatan.


Pengawal keselamatan warga asing yang kini diburu selepas menembak mati seorang pegawai operasi AmBank di Jalan USJ Sentral 2, Subang Jaya Rabu lalu dikatakan membeli kad pengenalan palsu dengan hanya ratusan ringgit sahaja.

Kad pengenalan itu dibeli dengan harga antara RM200 hingga RM600 sekali gus membolehkan suspek bekerja sebagai pengawal keselamatan selama setahun dan bertugas di beberapa buah bank di sekitar Lembah Klang.

Malah suspek menggunakan kad pengenalan palsu tersebut untuk melakukan jenayah termasuk perbuatan kejam menembak mati Allahyarham Norazita Abu Talib, 37, dari jarak dekat menggunakan senjata pump gun, Rabu lalu.

Bagaimanapun menurut sumber, identiti sebenar suspek yang menggunakan nama Ardi Hamza dan mengikut kad pengenalan itu berasal dari Tawau, Sabah belum diketahui.

"Sejauh mana pembabitan suspek yang disifatkan penjenayah berbahaya ini masih disiasat pihak polis. Cuma kita yakin dia mendapat kad pengenalan palsu yang dibeli hanya ratusan ringgit.

"Identiti sebenar suspek juga kita sedang siasat. Jika kad pengenalan palsu itu menggunakan nama Ardi Hamza, mungkin nama sebenarnya lain," kata sumber itu kepada Mingguan Malaysia namun enggan mendedahkan butiran lanjut di mana suspek membeli kad pengenalan palsu itu.

Dalam kejadian pukul 6.18 petang Rabu lalu, Norazita maut ditembak di muka sejurus selepas membuka sebuah peti besi berisi wang dan suspek melarikan wang berjumlah RM450,000.

Susulan kejadian itu, polis menahan dua pengawal keselamatan dan isteri suspek, kesemuanya warga Indonesia yang dipercayai bersubahat dengan penjenayah kejam itu semalam.

Sementara itu, carian Mingguan Malaysia di laman myeg.com.my mendapati pengguna kad pengenalan bernombor 770818-12-6721 menggunakan nama Ardi Hamza mempunyai tiga rekod kesalahan jalan raya sejak Mei 2005 sehingga Jun tahun lalu.

Antara kesalahan yang dilakukan adalah tidak mempunyai lesen memandu, menggunakan lesen memandu yang tamat tempoh dan tiada insurans kenderaan.

Semua kesalahan itu dikesan dilakukan di Petaling Jaya, Klang dan Subang Jaya menggunakan kenderaan bernombor pendaftaran BKE 5506 ~ Utusan

.... Salah siapa, mudahnya beli ic dapat kerja , boleh dapat senjata  ???

PARTI GERAKAN TINGGALKAN BN?, APA PUNCANYA.....

Ada perwakilan gesa Gerakan tinggalkan BN

Ekoran kekalahan teruk dalam pilihan raya umum ke-13, beberapa perwakilan di persidangan perwakilan nasional Gerakan hari ini mempersoalkan hubungan parti itu dengan rakan komponen Umno dan ada juga yang menggesa parti itu supaya meninggalkan BN.

Seorang daripada mereka, Johor perwakilan Tan Lai Soon (kanan),
merasakan bahawa Gerakan tidak diberi penghormatan sepatutnya sebagai rakan dalam BN.

"Kita tidak boleh lagi memberi alasan - bahawa jika kita diberi jawatan (dalam kerajaan), maka Umno melayan kita dengan baik. Ini tidak boleh diterima.

"Adakah resolusi Gerakan sedang dikaji dan diambil kira oleh kerajaan yang diterajui Umno untuk dilaksanakan sebagai dasar negara? Saya rasa tidak," tegasnya

Jadi, tegas Tan, apa gunanya setiap tahun di mesyuarat agung tahunan, resolusi yang baik dan munasabah, selepas dicadangkan dan diluluskan, tidak diendahkan oleh kerajaan.

Selain itu, katanya, apabila MCA memutuskan untuk tidak menerima jawatan dalam kerajaan walaupun Menteri Besar Johor, Datuk Seri Khaled Nordin telah memperuntukkan dua jawatan untuk MCA, maka tanggapannya ialah satu daripadanya akan diberikan kepada Gerakan.

Bagaimanapun, ia tidak menjadi kenyataan dan sebaliknya, ADUN MCA Pulai Sebatang, Tee Siew Kiong dilantik ke jawatan itu, manakala ADUN tunggal Gerakan di negeri ini, Lau Chin Hoon, tidak diberi sebarang jawatan .


Menteri besar Johor, tegas Tan, telah berkata 'tidak' kepada Gerakan dan Tan mendakwa Umno tidak pernah bekerja bersama-sama dengan Gerakan.

Oleh itu, tegasnya, apabila mereka mengatakan tidak kepada Gerakan, maka mengapa parti itu masih mahu menyokong mereka secara membuta tuli.

Tan berkata, apabila Gerakan menyertai Perikatan untuk membentuk BN pada tahun 1974, parti itu membantu mengukuhkan kuasa parti pemerintah, tetapi menurutnya, perkara itu kini telah dilupakan.

Ketika ditemui selepas ucapannya, Tan menegaskan tidak ada sebab untuk Gerakan terus kekal dalam BN jika ia tidak dilihat sebagai rakan kongsi yang saksama.Menurut Tan, ramai pemimpin akar umbi parti itu berkongsi pandangan beliau.

26 Oktober 2013

HOT! IRAN BERI AMARAN KEPADA MALAYSIA, APA PUNCANYA?


Jgn gantung mati rakyat Iran': Amaran Iran kpd Msia!

TEHERAN, 25 Oktober - Kementerian Luar Iran memberi amaran bahawa hubungan negaranya dengan Malaysia akan terjejas ekoran keputusan sebuah mahkamah yang menjatuhkan hukuman mati ke atas dua wanita warga Iran.

Timbalan Menteri Luar Iran, Hassan Ghashghavi berkata, hukuman mati itu akan memberi kesan yang negatif dalam hubungan melibatkan Kuala Lumpur dengan Teheran.

Kenyataan itu dibuat selepas terdapat laporan yang menyebut dua wanita Iran, Shahrzad Mansour, 31, dan Neda Mostafaei, 26, dihukum gantung sampai mati kerana kesalahan menyeludup dadah methamphetamine ke Malaysia pada Disember 2010.

Menurut Hassan, hubungan persahabatan dan kesetiakawan antara Iran dan Malaysia akan dapat diteruskan jika hukuman tersebut tidak dilaksanakan.

Menurut ketua polis antidadah Iran, Kolonel Ali Moayedi, para penyeludup dadah telah berjanji dengan wanita tersebut untuk memberikan lawatan percuma ke Malaysia.

Malaysia merupakan destinasi pelancongan yang menjadi tumpuan warga Iran kerana peraturan visanya adalah mudah, kata Ali.

Sebagai pertukaran, pasangan wanita itu diminta untuk membawa beg yang mengandungi barang makanan tetapi ia juga diisi dengan dadah tersebut. - Agensi

GEMPAK! KOMPOM PAS KALAH...860 PENYOKONG TEGAR MASUK UMNO....?


 Seorang Pemuda Yang Bernama Hassan Terkejut Besar Apabila Gambarnya Bersalaman Dengan Pemimpin UMNO Di Dun Sg.Limau, Tiba2.. Keesokan Harinya... Ahkbar Tajaan UMNO/BN Kata Beliau Dan 86 Orang Yang Lain Keluar PAS, Masuk UMNO Padahal Itu Majlis Lain....

Kali nie tak main kain batik & pelikat dah.....habuan lagi besar....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...