21 September 2013

Panas,Panas ! Kepimpinan Pemuda Umno Seperti " Warga Bangla " -Kata Calon KP Umno.....Ha.ha..ha..


Syed Rosli ibaratkan kepimpinan Pemuda Umno seperti 'warga Bangla'

Seorang daripada calon jawatan Ketua Pemuda Umno memulakan kempennya hari ini dengan mengkritik kepimpinan sedia ada pergerakan itu yang diibaratkannya seperti "warganegara Bangladesh kerana tidak pernah bersekolah di Malaysia".

Penolong Setiausaha Pemuda Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Selangor, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail tanpa menamakan sesiapa, membuat kenyataan itu selepas menyerahkan borang pencalonannya pagi tadi.

Menurutnya, pemimpin pergerakan itu sekarang tidak pernah bersekolah di Malaysia menyebabkan mereka tiada asas dalam memahami perjuangan bangsa.

"Untuk memahami perjuangan bangsa, kita perlu secara asasnya mengalaminya sendiri.

"Jikalau kita tidak pernah membesar dan bersekolah di Malaysia, bagaimana kita hendak faham perjuangan Melayu, agama, bangsa dan negara?

"Di kalangan pemimpin yang ada, mereka tidak bersekolah di Malaysia pun," katanya.

"Dia ibarat macam Bangla datang (ke sini), umur 20 tahun datang Malaysia, nak cerita perjuangan Melayu, dia berjuang apa?

"Dia tak pernah bersekolah di Malaysia pun," katanya kepada pemberita.

Beliau turut mencuri perhatian ramai apabila bersumpah atas nama Allah tidak akan terlibat dengan rasuah sebaik selesai menyerahkan borang pencalonannya.

"Demi Allah yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah, saya bersumpah tidak akan terlibat atau membenarkan amalan rasuah, salahguna kuasa atau politik wang jika saya dipilih sebagai ketua pemuda," katanya kepada pemberita.

Sehingga kini, jawatan ketua pemuda Umno sah akan direbut tiga orang melibatkan penyandang, Khairy Jamaluddin, Akhramsyah Sanusi Junid, dan Syed Rosli.

Seorang lagi yang telah menyatakan hasratnya, Ketua Pemuda Umno Bahagian Merbok, Karim Ali masih belum menyerahkan borangnya.~MK



Syed Rosli lafaz sumpah laknat selepas serah borang cabar Khairy


 Proses penyerahan borang pencalonan bagi pemilihan Umno 2013 sedikit kecoh berikutan pencabar jawatan Ketua Pergerakan Pemuda, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail, membuat provokasi di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Syed Rosli, 37, yang juga Penolong Setiausaha Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Pandan dilihat cuba menarik perhatian media apabila seolah-olah menyampaikan ucapan di ruang kaunter mengambil nombor giliran selepas menyerahkan borang pencalonan bagi jawatan itu pada 8.20 pagi.

Beliau turut melafazkan sumpah laknat berbunyi: "Wallahi, Watallahi, Wabillahi. Bahawa sesungguhnya saya, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail, bersumpah laknat bersama Al-Quran sekiranya saya menjadi Ketua Pemuda, saya tidak akan melakukan perbuatan seperti rasuah.

"Saya juga mencabar Ketua Pemuda dan barisan kepimpinan Pemuda untuk sama bersumpah laknat sekiranya mereka merasakan mereka memimpin dengan bersih," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Syed Rosli mendakwa Pergerakan Pemuda di bawah kepimpinan Khairy Jamaluddin, yang juga Menteri Belia dan Sukan, dilihat lemah dan lesu selain terpalit dengan isu rasuah.

"Kalau tak bersih, jangan pimpin Umno. Rakyat tengok Umno ini rasuah. Saya ahli biasa tetapi saya dah jemu dengan gelagat Pemuda Umno. Saya menawarkan diri bertanding Ketua Pemuda kerana saya mahu melihat Pemuda lebih berani dan membuktikan Umno ikhlas memperjuangkan nasib orang bawahan," katanya.

Syed Rosli menafikan hasratnya untuk bertanding jawatan utama sayap itu adalah bagi kepentingan diri.

Pemilihan Umno kali ini menyaksikan sejumlah 24 jawatan dipertandingkan di peringkat sayap Pemuda terdiri daripada Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Ketua Pemuda, Naib Ketua Pemuda dan 20 Exco.

Mesyuarat perwakilan dan pemilihan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian serta pemilihan bagi jawatan Exco pusat bagi ketiga-tiga sayap parti itu akan diadakan serentak pada 12 Okt.


PETUGAS SPR KECEWA BAYARAN TUNTUTAN PRU13 BELUM DITERIMA

gambar sekadar khiasan

Bayaran Tuntutan Petugas SPR 2013 tidak dibayar


Salam Perpaduan,

Saya merupakan seorang Petugas SPR bagi PRU ke 13 di kawasan Parlimen P204 Selangau, Sibu, Sarawak. Ingin mengadu bahawa sehingga aduan ini ditulis, semua tuntutan yang berhubungan dengan tugas – tugas sebagai Petugas termasuklah tuntutan perjalanan, lojing dan makan belum dibayar sehingga kini.

Tiada makluman juga diperolehi mengapa bayaran tersebut begitu lama tidak dibayar. Sedangkan tugas telah dilakukan dalam 4 bulan yang lalu. Ada juga di kawasan parlimen lain, petugas2 mereka sudahpun dilangsaikan tuntutan mereka. Kita berhak untuk tahu sebab tugas telah dilaksanakan dengan baik tetapi tiada bayaran setimpal dibayar.


By: Petugas SPR


PANAS ! SIAPA LANGGAR PERJANJIAN DAMAI 1989 TERBONGKAR....


Mantan KPN kesal Chin Peng tidak dibenar pulang




KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor kesal dengan keengganan kerajaan membenarkan bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng pulang ke Malaysia serta menganggap tindakan tersebut sebagai ganjil dan mengingkari perjanjian damai yang dicapai antara Kerajaan Malaysia dan Parti Komunis Malaya pada 1989.

Bercakap dalam sesi wawancara dengan stesen radio Bfm petang tadi, Abdul Rahim yang terlibat dalam menggubal perjanjian susulan dengan PKM yang menggariskan terma dan syarat pelaksanaan perjanjian damai itu berkata, perjanjian antara kerajaan dan PKM sepatutnya terlaksana ke atas semua anggota PKM dari "kedudukan paling atas sehinggalah yang paling bawah".

Beliau melahirkan rasa hairan mengapa Chin Peng tidak dibenarkan pulang ke Malaysia sedangkan pemimpin-pemimpin tertinggi PKM seperti Pengerusinya, Abdullah CD dibenarkan berbuat demikian.

Malah Abdullah CD dan isterinya Suryani Abdullah, ujar Abdul Rahim diperkenankan menghadap Sultan Perak sekembalinya mereka ke tanah air.

Seorang lagi bekas pemimpin komunis, Abdul Rashid Maidin yang menetap di sebuah perkampungan bekas anggota PKM di sempadan Malaysia-Thai, jelas Abdul Rahim menaiki penerbangan ke tanah suci Makkah dari Kuala Lumpur dengan keizinan Kerajaan Malaysia.

Kerajaan, ujarnya perlu menghormati perjanjian damai yang dimeterai dengan PKM seperti diamalkan negara-negara lain dan tidak dilihat sebagai mempersendakannya.

Beliau memberi contoh perjanjian damai yang termeterai antara Kerajaan Indonesia dan Gerakan Acheh Merdeka (GAM) sejurus selepas bencana Tsunami melanda wilayah Acheh.

Para pemimpin GAM yang tinggal di luar negara kerana mendapat suaka politik, ujar Abdul Rahim dibenarkan kembali ke Acheh oleh pemerintah Indonesia selepas perjanjian damai dimeterai.

Chin Peng meninggal dunia di Bangkok 16 September lalu selepas usahanya untuk kembali ke Malaysia termasuk melalui prosedur perundangan tidak tercapai.

Hasrat anggota keluarganya untuk membawa pulang abu mayat bekas pemimpin PKM itu bagi disemadikan di kampung halamannya di Setiawan, Perak tidak dibenarkan kerajaan BN ekoran bantahan beberapa pihak termasuk Umno dan Perkasa.


Antara kandungan utama Perjanjian Damai Haadyai yang dimeterai antara Kerajaan Malaysia dan PKM adalah anggota PKM berjanji untuk menamatkan perjuangan bersenjata mereka dan PKM dibubarkan.

Chin Peng yang mewakili PKM juga berikrar taat setia kepada Yang di-Pertuan Agung dan anggota PKM akan mematuhi undang-undang negara Malaysia.

Menurut Artikel 3 perjanjian, Kerajaan Malaysia akan membenarkan bekas anggota PKM untuk menetap di Malaysia sekiranya mereka mahu dan kerajaan akan membantu bekas-bekas anggota PKM untuk memulakan hidup baru di Malaysia.

Perjanjian yang ditandatangani pada 2 Disember 1989 itu juga memberi kebebasan kepada bekas anggota PKM untuk memilih sama ada pulang ke Malaysia atau terus tinggal di Selatan Thailand.

Seramai 431 ahli PKM memohon pulang ke Malaysia tetapi 93 permohonan ditolak kerana tidak memenuhi syarat perjanjian dan masalah status kewarganegaraan.

Kerajaan Malaysia juga bersetuju membayar subsidi kehidupan sebanyak RM8,000 sekembalinya bekas anggota PKM ke Malaysia dan wang saraan hidup sebanyak RM300 sebulan untuk membantu mereka menyesuaikan diri dengan kehidupan di tanah air.

'Larang abu Chin Peng, jadikan kita bahan ketawa'

dikemaskini -MK

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor mengingatkan bahawa Malaysia akan menjadi bahan ketawa jika kerajaan tetap enggan membenarkan abu Chin Peng dibawa pulang ke negara ini.



"Jika kerajaan - pihak berkuasa - tunduk kepada tekanan awam tidak membenarkan abu Chin Peng dibawa pulang, saya fikir, kita menjadikan Malaysia bahan ketawa seluruh dunia ," katanya dalam satu temubual yang disiarkan di BFM semalam.

Abdul Rahim, yang mengetuai rundingan damai antara pihak Malaysia dengan Parti Komunis Malaya (PKM ) pada akhir tahun 1980-an , berkata keengganan untuk membenarkan Chin Peng pulang ke negara ini, walaupun sewaktu beliau masih hidup, umpama memperolok-olokkan Perjanjian Damai Hatyai pada 1989.

Beliau yang ketika itu merupakan Ketua Cawangan Khas Malaysia , berkata beliau telah dapat menyakinkan kerajaan pada masa itu untuk mengadakan perbincangan dengan pihak komunis, lebih 30 tahun selepas kegagalan rundingan Baling pada 1955.

Abdul Rahim berkata walaupun tempoh darurat selama 12 tahun telah ditarik balik pada tahun 1960 , pasukan keselamatan masih berperang dengan saki baki komunis pada 1980-an, tetapi kejatuhan komunisme di rantau ini merupakan satu peluang untuk mengadakan rundingan damai yang baru.

Pada masa itu, katanya, masih terdapat kira-kira 2,000 komunis di sepanjang sempadan Malaysia- Thailand, dengan dua kumpulan terbesarnya ialah Biro Malayan Utara dan Rejimen ke-10, yang sebahagian besar anggotainya adalah Melayu.

Dengan sokongan perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, Abdul Rahim berkata, Cawangan Khas, secara rahsia , dimulakan rundingan dengan komunis pada akhir tahun 1987 dan pada awal tahun 1988 di Pulau Phuket, yang berlangsung selama lima pusingan.

Ini, katanya, berakhir dengan perjanjian damai 1989 ditandatangani di Hatyai, dan terdiri daripada dua perjanjian, satu yang mengandungi syarat-syarat utama dan satu lagi mengenai butiran pentadbiran bagaimana syarat-syarat akan dilaksanakan.

"Saya terlibat dalam menderaf kedua-dua perjanjian itu, jadi saya tahu sepenuhnya bahawa di bawah syarat-syarat perjanjian , pertama sekali, perjanjian itu mengikat semua anggota PKM , dari yang tertinggi, paling atas hingga ke bawah, yang paling rendah .

"Jika anda mengatakan bahawa Chin Peng sebagai setiausaha agung parti (PKM) adalah anggota yang paling tertinggi , maka dia layak untuk mendapatkan semua keistimewaan, kelebihan atau apa sahaja janji-janji yang dibuat dalam perjanjian itu yang termasuk untuk dia dibenarkan untuk datang (ke Malaysia)," kata Abdul Rahim.

Selain itu, katanya, mengikut perjanjian tersebut, sekiranya bekas anggota komunis tidak dibenarkan untuk pulang tinggal di Malaysia, mereka masih perlu dibenarkan masuk ke negara ini atas lawatan sosial.

"Tapi dalam kes Chin Peng, dia tidak dibenarkan kedua-duanya. Bagi saya, ia adalah tidak masuk akal, sama sekali tidak masuk akal. Ia adalah tidak adil, tidak adil...

"Terdapat (bekas komunis) lain yang dibenarkan untuk pulang dan mereka kebanyakannya adalah Melayu. Abdullah CD dibenarkan untuk pulang ke Malaysia dan telah diperkenan menghadap Sultan Perak sekarang.

"Rashid Maidin, saya diberitahu, mengerjakan haji melalui KL dengan bantuan pihak berkuasa Malaysia. Apa semua ini?" kata Abdul Rahim.

Abdullah CD adalah pengerusi PKM manakala Rashid Maidin adalah ahli jawatankuasa pusat PKM.

Ditanya sama ada ketegasan untuk tidak membenarkan Chin Peng pulang, walaupun dia telah meninggal, berasaskan garis kaum, Abdul Rahim yang teragak-agak seketika, kemudian berkata: " Saya tidak bersedia untuk membuat andaian seperti itu "

"Setakat kes Chin Peng ini, kita telah mewujudkan keadaan di mana kita memperolok-olokkan prjanjian (damai) tersebut," katanya.

Beliau mengingatkan bahawa pendirian kerajaan melarang abu Chin Peng disemadikan di kampung halamannya di Sitiawan, Perak, telah menjadikan bekas pemimpin komunis sebagai satu ikon.

"Secara khusus, saya fikir ia tidak baik untuk parti pemerintah, terutamanya dalam usaha mereka dalam pasca pilihan raya umum ke-13, untuk memenangi kembali sokongan kaum Cina Malaysia," katanya.

Kerajaan telah menjustifikasikan keputusannya itu dengan mengatakan bahawa Chin Peng bertanggungjawab atas kematian ramai anggota pasukan keselamatan , yang kebanyakannya adalah orang Melayu.

Abdul Rahim mengeluh kerana orang seolah-olah tidak memahami konteks perjuangan komunis antarabangsa dan sebaliknya melihat bahawa 40 tahun pemberontakan komunis di Malaya adalah "Chin Peng melawan seluruh jentera kerajaan".

Beliau menegaskan bahawa kajian menunjukkan struktur komunis adalah secara kolektif dan ia bukan "one-man-show" di Chin Peng yang membuat semua keputusannya.

"Saya tidak tahu mengapa ia perlu jadi begini (Chin Peng lawan kerajaan). Hakikatnya adalah bahawa baik atau buruknya - siapa pun Chin Peng, latar belakangnya ialah perjanjian damai telah ditandatangani. Kita mesti menghormati terma dan syarat-syaratnya," katanya.

Ditanya oleh stesen radio itu bagaimana pada pandangannya sejarah akan mengenang Chin Peng, Abdul Rahim berkata: "Mereka (ahli sejarah) sepatutnya boleh menganalisis Chin Peng sebagai pemimpin komunis - peranannya dan peranan partinya - dalam menentang British, dalam menghalau British.

"Peranan beliau dalam proses damai - kegagalan rundingan Baling dan kejayaan rundingan damai Phuket yang membawa kepada Perjanjian Damai Hatyai."

Abdul Rahim sentiasa konsisten mahukan kerajaan berpegang kepada syarat-syarat perjanjian damai itu dan telah membuat gesaan yang sama dalam satu temubual pada tahun 2009 dengan Malaysiakinisupaya Chin Peng dibenarkan pulang ke Malaysia.

Chin Peng meninggal dunia pada 16 September pada usia tua, yang kebetulan adalah tanggal Hari Malaysia.

20 September 2013

RAHSIA PINTU KAABAH...DIBINA DARI SOLID GOLD SEBERAT 8 TAN DAN HANYA BANI SYAIBAH BOLEH MEMBUKANYA




Oleh: Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din

Saya pernah tawaf di Baitullah seorang diri. Pelik tetapi benar. Waktu itu iaitu empat tahun sudah (2001) saya datang ke Mekah, Allah taala lah yang mengaturkannya, saya dapat peluang untuk masuk ke dalam Kaabah. Sebab saya datang atas tetamu tokey yang membuat dan membersihkan Masjidil Haram.

Pagi itu saya datang awal. Pengawal keselamatan baru memagar keliling Kaabah dan saya dapat masuk ke dalam pagar itu sebab saya ada Pass VIP. Ketika itu tetamu-tetamu lain tak sampai lagi. Ketika itu lah saya tawaf seorang diri di hadapan Kaabah. Lepas saya habis tawaf baru tetamu-tetamu lain sampai. Ketika itulah saya nampak Hajarul Aswad seterang-seterangnya, ia tidak lagi hitam tetapi sudah kemerah-kemerahan.

Bila pintu Kaabah di buka saya orang yang ke tiga masuk ke dalam. Pertama pembuka pintu Kaabah iaitu daripada Bani Syaibah.

Pembuka pintu itu sudah tua, dia melatih anaknya yang berumur lebih kurang empat tahun untuk membuka pintu Kaabah itu.

Sejarah pintu Kaabah itu, kalau orang yang lain tidak boleh buka. Dia hanya boleh di buka oleh pemegang kunci itu sahaja dari keturunan Bani Syaibah. Bila Nabi meninggalkan Mekah kerana berhijrah ke Madinah, Mekah di kuasai oleh Bani Syaibah. Bani Syaibah ini adalah keturunan yang di amanahkan untuk memegang kunci kaabah sejak turun temurun.

Bila nabi balik semula ke Mekah dalam tahun 7 hijiriah, berlaku peperangan pembukaan Mekah, nabi menang dan orang Islam berkuasa ke atas Mekah. Nabi menghantar Sayidina Ali untuk mengambil kunci pintu Kaabah daripada Bani Syaibah. Sayidina Ali pergi ke Bani Syaibah dan rampas kunci tersebut. Bani Syaibah serahkan kunci kepada Sayidina Ali tetapi bila pintu Kaabah nak di buka tak boleh. Sekejap sahaja datang Jibrail kepada Nabi membawa wahyu dari Allah. Al-Quran (An-Nisaa’:58)

Mahfumnya “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya”

Nabi bagi balik kunci itu kepada Bani Syaibah, walaupun ketika itu Bani Syaibah belum Islam lagi. Rupa-rupanya bila bagi balik, Bani Syaibah kata mesti dia seorang nabi. Kalau dia bukan seorang nabi pasti dia gila kuasa kerana memegang kunci ini adalah satu penghormatan turun temurun. Bila kunci ini dipulangkan balik, ketua Bani Syaibah terbuka hatinya memeluk Islam kemudian semua pengikutnya memeluk Islam sehingga hari ini.

Budak kecil tadi dibawa tangannya untuk pegang kunci oleh bapanya kemudian di buka dan di tolak pintu itu. Saya lihat di depan saya. Berapa besar pintu itu? Berapa tebalnya? Pintu itu dibuat dari Solid Gold beratnya 8 tan. Dia tolak senang sahaja, kemudian kami masuk.

Mula-mula sekali saya pergi sembahyang di satu ruang belakang pintu Kaabah yang menghadap ke arah Hajaral Aswad (dari dalam) iaitu di bahagian Multazam. Selama sejam saya berada di dalam Kaabah itu.

Di dalam Kaabah itu masih ada lampu yang digunakan pada zaman nabi dahulu. Zaman Kerajaan Umaiyyah ditukar lampu lain seterusnya zaman Kerajaan Abasiyah juga tukar lampu. Apabila lampu di tukar, lampu yang lama di simpan di dalam Kaabah. Berpuluh-puluh atau mungkin beratus-ratus lampu lama ada disimpan di dalam itu.


Pengalaman kedua, saya membantu salah seorang yang terkaya di Saudi Arabia, multi-billionaire, semua projek di Saudi dia yang buat. Dia ada masalah keluarga mintak tolong saya ikhtiarkan. Allah nak tunjukkan bahawa masalah yang dihadapi itu telah terlalu lama, ada duit yang banyak pun tak boleh selesai.

Dia tunggu saya di airport Jeddah dengan jet peribadi. Saya tak pergi imigresen dia terus ambil saya dari tangga kapal terbang terus masuk ke jet dia. Sungguh kuat pengaruh dia, saya tanya passport saya bagaimana, tak ada masalah dia dah uruskan. Naik jet dia pergi ke Madinah. Saya selesaikan masalah dia dengan izin Allah SWT. Lepas itu biasalah adat orang Arab nak bagi itu nak bagi ini sebagai balasan.



Saya kata kepada dia, “Kalau kamu nak masalah itu selesai selama-lamanya dan tak berulang semula, jangan bagi pada aku apa-apa, kalau kamu bagi, aku boleh terima tetapi masalah itu akan berulang balik.”

Dia mintak maaf tetapi dia kata “Aku nak buat sesuatu untuk kamu apa yang kamu nak?”. Saya kata “Ok kalau begitu apa yang aku nak tolong bawak aku masuk ke dalam Kaabah.” Dia kata “Itu mudah sangat, esok pun aku boleh arah buka”. Saya kata “Tak apalah kamu arahlah”. Dia kata “Tak apa itu perkara kecil, mintak yang lain.” Saya kata “Tidak, itu paling besar pada saya. Kalau kamu boleh bawa masuk aku ke dalam Kaabah, itu sudah lebih daripada cukup.”

Akhirnya saya dapat masuk. Saya masuk dengan dia ke dalam Kaabah, itulah kenangan yang tak boleh saya lupa sampai hari ini.

GEMPAR ! LINTAH GERGASI DITEMUI DI SUNGAI SIPUT....

Sungai Siput: Beberapa pekerja binaan yang sedang menggali longkang berhampiran kawasan perindustrian di Kampung Muhibbah, di sini, bertempiaran melarikan diri sejurus terserempak haiwan aneh seperti ‘lintah gergasi’, pagi semalam.


Haiwan bertubuh lembik seberat 25 kilogram dan panjang hampir dua meter itu menggerunkan penduduk berikutan turut mempunyai bentuk muka menyerupai anjing.
Pekerja yang enggan namanya disiarkan berkata, haiwan itu ditemui di dalam longkang yang digali mereka pada jam 10.15 pagi.

Menurutnya, dia yang terkejut dengan penemuan haiwan itu menghubungi Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Sungai Siput untuk menangkap haiwan itu.

“Saya tidak pasti sama ada ia ular berikutan tubuhnya lembik seperti lintah. Malah, kulit haiwan itu agak kasar seperti kulit biawak.

“Ini kali pertama saya melihat haiwan pelik seumpama itu. Saya memang terkejut dan hairan bagaimana haiwan itu berada di dalam lubang yang digali,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Angkatan dan Latihan Operasi JPAM Leftenan A Balasubramaniam berkata, tiga anggotanya dihantar ke lokasi kejadian untuk menangkap haiwan aneh itu.

Menurutnya, petugas JPAM turut terkejut berikutan tidak pernah berjumpa haiwan seumpama itu sebelum menangkap dan membawanya pulang ke pejabat JPAM, di sini.

“Kami sendiri pelik dengan haiwan itu berikutan ia tidak agresif sebaliknya mempunyai tubuh lembik dan menggerutu.

“Namun, akhirnya kami dimaklumkan ia sejenis ular air dipanggil ular guni buruk atau ular karung guni yang dikategorikan sebagai ular air tawar,” katanya






ular ni..ular ni banyak kt belah utara, terutamanya dikawasan yg ada sawah padi..selalu jumpa. Ular ni, kalau belah kedah, kami panggil ular 'guni buruk',sebabnya pattern sisiknya berbentuk mcm guni baja yg dah lama dibuang..

Ular ni memang penghuni dikawasan yg berair, so kat sawah padi, tali air sekitar sawah padi dan paya-paya memang ada..ular ni kalau tak silap takdak bisa, dan memburu haiwan yg duduk dikawasan sawah padi mcm tikus, anak ikan dan sebagainya..

Biasanya ular ni selalu terperangkap dlm jala (time orang menjala), atau termakan tajur @ taut yang orang kampung buat utk tangkap ikan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...