10 Ogos 2013

Panas! Bercelona Memalukan Malaysia Sebelum Sepak Mula!!!

Padang Stadium Bukit Jalil memalukan Malaysia apabila pasukan Barcelona enggan bermain di sana dan lokasi terpaksa ditukar ke Stadium Shah Alam


Pemilihan SNBJ Bagi Perlawanan Barcelona - Malaysia Dibuat Penganjur, FAM - Khairy

PETALING JAYA: Keputusan menggunakan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dengan keadaan padang yang sedia ada bagi perlawanan persahabatan antara FC Barcelona - Malaysia adalah keputusan pihak penganjur dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata kedua-dua pihak bertanggungjawab membuat segala persiapan termasuklah pemilihan padang walaupun beliau telah mengarahkan stadium itu ditutup Jun lalu kerana kualiti padang yang tidak memuaskan.

"Mereka dipertanggungjawabkan untuk membuat segala persiapan termasuk pilihan padang.

"Pihak penganjur bagi tour Chelsea FC contohnya telah memilih Stadium Shah Alam, bukan SNBJ untuk perlawanan Chelsea menentang pasukan kebangsaan baru-baru ini.

"Dalam kes FC Barcelona, keputusan awal untuk mengadakan perlawanan mereka di SNBJ dibuat oleh pihak penganjur dan FAM," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Sabtu.

Kenyataan dikeluarkan selepas lokasi perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Barcelona pada Sabtu telah dipindahkan ke Stadium Shah Alam, satu keputusan yang dibuat pada saat-saat akhir iaitu pada Jumaat.

Khairy berkata, beliau telah bertindak mengarahkan SNBJ ditutup pada bulan Oktober supaya padangnya dapat diganti memandangkan keadaannya yang teruk

Katanya, penganjur sepatutnya tahu mengenai perkara itu kerana keputusan untuk menutup padang itu mendapat liputan luas dalam media arus perdana dan media sosial.

"Keputusan untuk mengguna SNBJ dengan keadaan padang yang sedia ada adalah keputusan pihak penganjur yang sepatutnya sudah tahu tentang keadaan padang dan juga keputusan saya bahawa padang hanya akan diganti pada bulan Oktober nanti," jelasnya.

Katanya Lembaga Perbadanan Stadium Malaysia telah bermesyuarat beberapa minggu lepas untuk menentukan prosedur tender untuk padang baru.

Katanya,SNBJ tidak ditutup lebih awal kerana penganjur beberapa acara telah membuat persiapan di situ lebih awal.

"FAM juga kekal dengan keputusan untuk mengadakan perlawanan akhir Piala Malaysia di SNBJ," katanya

Sambil mengakui perkara ini memalukan reputasi negara dan menimbulkan kesulitan pada penyokong-penykong yang telah membeli tiket, beliau berharap agar mereka terus menyaksikan perlawanan yang disifatkan sebagai perlawanan yang 'hebat' malam ini.

NKRA Polis Gagal Lagi, Perompak Larikan Mesin ATM Di Kulaijaya

"Kalau setiap jam ada polis yang meronda di premis ATM, mana mungkin boleh berlaku kejadian samun dan pecah ATM sebab ia perlukan masa memandangkan peralatan yang digunakan seperti gas oxy-acetylene, dan lori untuk menarik keluar mesin tersebut," 

 Pengerusi Urus Setia Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) PDRM Datuk Wira Ayub Yaakob berkata  tempoh hari mengulas kekerapan rompakan mesin ATM 



RAKAMAN kamera litar tertutup (CCTV) merekodkan suspek yang memakai penutup muka memecah dan melarikan mesin wang automatik (ATM) di salah sebuah bank di pekan Kulai, awal pagi tadi.

PKULAIJAYA: Dalam suasana tenang menyambut Aidilftri, sekumpulan penjenayah mengambil kesempatan merompak bank dengan membawa lari mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dari sebuah bank di Jalan Pasar, dekat sini, awal pagi tadi. 

Dalam kejadian antara jam 2.30 hingga 2.45 pagi itu, dipercayai sekumpulan tiga hingga lima penjenayah melarikan sebuah mesin ATM menggunakan kenderaan pacuan empat roda sebelum dibawa lari menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV). 

Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkefly Yahya, ketika dihubungi hari ini, mengesahkan kejadian terbabit dan katanya pihak polis kini masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti dan mengesan penjenayah itu.


Ronda mesin ATM sejam sekali

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/16

KUALA LUMPUR: Berkuatkuasa hari ini, pasukan peronda polis akan menjalankan rondaan sejam sekali di premis-premis mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di seluruh negara sebagai langkah mencegah kejadian samun dan pecah ATM.

Pengerusi Urus Setia Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) PDRM Datuk Wira Ayub Yaakob berkata, Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal akan melaporkan keadaan terkini selepas setiap rondaan kepada bilik kawalan di setiap daerah.

"Unit rondaan ini perlu menjalankan rondaan dengan berhenti dan melawat premis ATM dengan kekerapan satu jam sekali dalam tempoh 24 jam setiap hari di semua daerah di seluruh negara.

"Kalau setiap jam ada polis yang meronda di premis ATM, mana mungkin boleh berlaku kejadian samun dan pecah ATM sebab ia perlukan masa memandangkan peralatan yang digunakan seperti gas oxy-acetylene, dan lori untuk menarik keluar 

mesin tersebut," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Ops Tawan Bukit Aman di perkarangan pusat membeli-belah KLCC.

Beliau berkata unit peronda itu dipertanggungjawabkan sepenuhnya terhadap sebarang insiden khususnya melibatkan kejadian pecah dan samun ATM sekiranya ia berlaku dalam tempoh rondaan mereka.- 


See more at: http://salam.hmetro.com.my/articles/RondamesinATMsejamsekali/2013/Article#sthash.qVBbcNci.dpuf

Mengapa Pemimpin MCA Pusat Kantoi, Cakap Tarak Bikin

Resolusi untuk tidak menerima jawatan dalam kerajaan selepas kekalahan teruk pada Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13), Mei lepas nampaknya sudah makan tuan, bagaimana pemimpin sendiri gagal mematuhinya....


Pegang jawatan k'jaan, Chua sedia hadapi JK disiplin

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sedia menghadap Jawatankuasa Disiplin kerana masih memegang jawatan dalam kerajaan iaitu sebagai Pengerusi Pelabuhan Pulau Pinang.

"Bukan saya seorang sahaja yang patut dihadapkan ke jawatankuasa disiplin parti, malah Ong Ka Ting, Wong Nai Chee, Ng Yen Yen dan juga semua anggota jawatankuasa kemajuan kampung juga patut turut dikenakan tindakan sama," katanya kepada pemberita ketika ditemui di majlis rumah terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Seri Perdana, di Putrajaya semalam.

Beliau mengulas demikian berhubung tindakan lapan Bahagian MCA yang tidak berpuas hati dengan Dr Chua yang masih memegang jawatan itu walaupun parti itu menerima resolusi untuk tidak menerima jawatan dalam kerajaan selepas kekalahan teruk pada Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13), Mei lepas.
Bekas Presiden MCA, Tan Sri Ong Ka Ting kini memegang jawatan sebagai 'Duta Khas Perdana Menteri ke China', anggota parti Wong Nai Chee merupakan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri manakala Naib Pengerusi parti Datuk Seri Dr Ng Yen Yen memegang jawatan sebagai Pengerusi Tourism Malaysia.

Minggu lepas, Pengerusi MCA Bahagian Wangsa Maju Datuk Yew Tian Lock bersama-sama dengan pengerusi bahagian Titiwangsa Datuk Alex Chuah serta enam lagi pengerusi bahagian lain menegaskan bahawa mereka akan menghantar memorandum kepada jawatankuasa disiplin parti sekiranya Dr Chua masih enggan untuk melepaskan jawatan sebagai pengerusi Pelabuhan Pulau Pinang.

Enam lagi bahagian yang turut menggesa Dr Chua untuk meletakkan jawatan kerajaan itu adalah MCA Teluk Intan, Bentong, Kuala Selangor, Kual Krau, Raub dan Paya Besar

MCA sebelum PRU13 telah memutuskan untuk tidak akan menerima jawatan dalam kerajaan jika ia tidak menerima sokongan penuh masyarakat Cina.

Namun, Dr Chua dilaporkan berkata Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi parti telah memutuskan bahawa mana-mana jawatan yang dipegang sebelum PRU13 masih boleh diteruskan dan ini telah menimbulkan kekeliruan dan rasa tidak puas hati dalam parti.

09 Ogos 2013

Kegiatan King Abdullah Raja Arab Saudi Sokong Singkirkan Mursi Terbongkar !!!


King Abdullah raja Arab Saudi


Akhbar Amerika "Washington Time" melaporkan kenyataan seorang aktivis Saudi yang lantang memperjuangkan basmi penyelewengan,

Mujtaheed bin Harith bin Humam mendakwa Raja Saudi, Raja Abdullah bin Abdul Aziz memberikan rasuah berjumlah USD 1 billion kepada Menteri Pertahanan Mesir, Abdul Fatah As-Sisi bagi menjayakan misi operasi menyingkirkan Presiden Mesir yang sah, Muhammad Mursi.

Ini bermakna Raja Abdullah adalah antara manusia yang bertanggungjawab terhadap rampasan kuasa Mesir.

Semalam, kenyataan dari beberapa tokoh agama dan pendakwah Arab Saudi menyebut bahawa pengambil alihan kuasa dari Presiden Mesir Muhammad Mursi adalah "sepenuhnya rampasan kuasa dari semua aspek", "diharamkan oleh Islam serta merupakan satu tindakan jenayah".

Mereka menyatakan bahawa rampasan ini berlaku akibat pertembungan antara pihak serantau dan antarabangsa dan tindakan ini telah pun dirancang secara rapi sejak awal Presiden Mursi dilantik.

Penyata ini telah ditandatangani oleh 56 Ulama dan Peguam Saudi, termasuklah Mohammed bin Suleiman Al Barrak, Abdul Aziz bin Abdul Mohsin Al Turki, Hassan bin Saleh Hamid Abdul Aziz Mohammed Al Fawzan dan ramai lagi.

Kenyataan tokoh agama dan pendakwah Arab Saudi itu pasti mengundang amarah raja berkenaan yang secara terang-terang menyokong rampasan kuasa di Mesir apabila menjadi antara makhluk terawal mengucapkan tahniah kepada Al Sisi atas kejayaan rampasan kuasa tersebut.

Sumber : Rassd oleh ‪#‎mesirkini‬

Selangor Bina 20,000 Rumah Mampu Milik Bawah RM150K



Selangor sasar 20,000 unit rumah mampu milik

Projek ini juga mampu menstabilkan permintaan rumah kos rendah yang semakin berlebihan.




SHAH ALAM: Selangor mensasarkan pembinaan 20,000 unit rumah mampu milik dengan harga tawaran sehingga RM150,000 dapat disediakan dalam tempoh lima tahun.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, antara lokasi pembinaan sesuai yang dikenal pasti termasuk di Shah Alam, Petaling Jaya, Subang Jaya, Sepang dan Kajang.

Projek rumah mampu milik itu akan dilaksanakan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dengan kerjasama syarikat
mega termasuk Sime Darby, SP Setia, IOI Properties serta syarikat pemaju hartanah lain.

“Kita percaya dengan adanya pembikinan rumah mampu milik tetap dengan harga tidak melebihi RM150,000 akan menstabilkan harga hartanah di Selangor,” katanya selepas memperngerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Menurut Abdul Khalid, hasil perbincangan dengan kerajaan negeri dan industri mendapat respon positif kerana pihak pemaju berpandangan ‘penawaran dan pembelian’ di Selangor masih belum ditahap stabil.

Katanya, projek ini juga mampu menstabilkan permintaan rumah kos rendah yang semakin berlebihan.

“Mereka bersetuju dan ingin ubah konsep rumah kos rendah kepada rumah mampu milik,” katanya.

Sementara itu, kerajaan negeri mengumumkan pemberian sumbangan kepada pemain bola keranjang kebangsaan, Jacky Ng Kiat Kee yang meninggal dunia akibat sakit jantung ketika menyertai satu kejohanan jemputan di China, pada 28 Julai lalu.

Exco Sukan,Belia Dan Adat Resam Melayu Dr Ahmad Yunus Hairi berkata RM5,000 jumlah sumbangan itu akan diserahkan kepada keluarga mendiang.

Beliau turut mengumumkan pemberian insentif kepada atlet olahraga paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli yang meraih emas dalam acara lontar peluru kategori F20 (masalah pembelajaran) lelaki dalam Kejohanan Olahraga Dunia IPC di Lyon, Perancis Julai lalu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...