03 April 2013

PRU 13 : ISU JUI MENG TANDING DI JOHOR SELESAI



Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali

PETALING JAYA - Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, isu pertindihan kerusi di Johor antara DAP dan PKR sehingga cetus tanggapan bahawa Datuk Chua Jui Meng diketepikan telah menemui jalan penyelesaian.

Menurutnya, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan perbincangan dengan Jui Meng mengenai kerusi untuk ditandingi beliau di Johor.
Jui Meng merupakan Pengerusi PKR Johor.

Beliau juga berkata, Pakatan Rakyat (PR) akan bertanding hampir 100 kerusi di negeri kubu kuat Barisan Nasional (BN) dan oleh itu, tidak ada masalah untuk meletakkan calonnya di mana-mana kawasan yang dikenal pasti sesuai.

Tambah beliau, PKR juga akan melihat senario politik di Johor untuk meletakkan Jui Meng di kawasan yang sesuai.

"...Anwar telah berjumpa dan berbincang panjang dengan Chua (Jui Meng) semalam mengenai soal itu.

"Kita perlu melihat senario politik yang berlaku di sana dan akan menawarkan kawasan yang sesuai kepada Chua (Jui Meng) di Johor," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini hari ini.



PRU 13: Siaran langsung Al Jazeera temu bual Anwar- LIVE NOW


RAKAMAN AL-JAZEERA

PRU 13: Siaran langsung Al Jazeera temu bual Anwar 6 petang ini

KUALA LUMPUR 3 APRIL: Datuk Seri Anwar Ibrahim ditemu bual dalam Al-Jazeera pada jam 6 petang ini, secara langsung untuk mengulas pembubaran Parlimen dan PRU 13.

Ia juga boleh diikuti melalui rangkaian Astro 513.

Untuk tonton temu bual bersama Al-Jazeera, KLIK INI.




sidang media:

Selepas 5 jam pembubaran parlimen yang diumumkan oleh perdana menteri, ketua pembangkang Anwar Ibrahim menyeru BN memastikan etika pilihanraya dipatuhi dan mengulangi sekali lagi ajakan berdebat antara beliau dan perdana menteri.

Anwar Umum Bertanding Di Perak


PETALING JAYA 3 APRIL : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan beliau mungkin bertanding di Perak bagi melonjakkan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya Umum Ke 13(PRU13 ini).

Keputusan itu, jelasnya, bukan membelakangkan sokongan penyokong di Permatang Pauh yang setia selama ini kepadanya dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika dalam susah dan senang.

“Sepertimana dinyatakan saya memberi tumpuan bertanding di Perak.

“Saya akan ke Permatang Pauh esok bertemu rakan-rakan dan pengundi untuk menerangkan segalanya.

“Di sepanjang masa ini penyokong begitu setia dan membuktikan sokongan penuh.

“Dalam pilihanraya 2004 kita tewas di semua kawasan tetapi rakyat terus pertahankan Wan Azizah di Permatang Pauh,” katanya.

Anwar berkata, keyakinan tinggi bagi menawan Putrajaya bukan alasan bagi beliau melupakan Permatang Pauh.



Selangor Bubar DUN Esok 




LAHAD DATU : PENASIHAT KHAS SULTAN SULU JAMALUL KIRAM III DIDAKWA LARI KE INDONESIA..!!!



SIASAT SEMUA PENERIMA PINGAT SULU

Oleh : MUTALIB M.D

PENAHANAN Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan, Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) sewajarnya membuka mata semua pihak, terutama penerima pingat kebesaran daripada Kesultanan Sulu.

Ketua Penerangan AMK Parti Keadilan Rakyat Sabah, Citra Masadi berkata demikian ketika menghubungi Sabahkini.net sebentar tadi yang menyokong tindakan pihak Polis menahan Ridzwan di bawah SOSMA.

"Para penerima pingat darjah kebesaran Kesultanan Sulu sebenarnya adalah pengkhianat negara kerana membiayai keganasan dan sekaligus menderhaka kepada DYMM Yang DiPertuan Agong," kata Citra yang merujuk salah seorang penerima pingat berkenaan ialah Datuk Seri Utama Mohd Jeffry Rosman, Pengerusi Pribumis.


Citra memetik kenyataan Datu Mudarasulail Kiram yang disiarkan Berita Harian pada 27 Februari 2009 bahawa Darjah Kebesaran Kesultanan Sulu Dijual antara RM80,000 sehingga RM220,000 oleh pihak tertentu di Malaysia.

Dalam laporan akhbar berkenaan, kata Citra, seorang lelaki yang mendakwa waris Kesultanan Sulu mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan majlis penganugerahan darjah kebesaran Kesultanan Sulu yang akan diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 28 Februari tahun yang sama.

Kata Citra, akhbar berkenaan juga melaporkan bahawa Mudarasulail Kiram mendakwa, kononnya Sultan Sulu akan menganugerahkan lima jenis darjah kebesaran Kesultanan Sulu kepada penerima yang didakwanya `membeli' anugerah berkenaan.

Majlis yang kononnya dianjurkan Sultan Sulu itu tidak akan diadakan kerana Sultan Sulu yang sebenar tidak wujud selepas kematian Sultan Mohd Mahakuttah A Kiram yang memerintah dari 1972 hingga 1986.

"Jika benar kesultanan itu masih wujud, saya percaya pemberian darjah kebesaran itu dibuat secara terpilih berdasarkan sumbangan mereka kepada kerajaan, bukan menjualnya dengan harga tertentu," kata Mudarasulail sebagaimana yang disiarkan Berita Harian.
Kata Citra, Mudarasulail mendakwa, darjah Datuk Seri Panglima Diraja Sulu (SPDS) ditawarkan pada harga RM220,000; selain Datuk Bendahara Diraja Sulu (DBDS) (RM150,000); Datuk Paduka Diraja Sulu (DPDS) (RM120,000); Datuk Pangeran Sultan Sulu (DPSS) (RM80,000) dan Datin Seri Sultan Sulu (DSSS) (RM80,000).
Menurut Citra, pihaknya mendapat tahu bahawa Setiausaha sulit Sultan Rodinood Kiram, Datuk Eddy Thomas dan Penasihat Sultan Jamalul Kiram III, Dato Onn Ariffin yang terlibat menjaja Darjah Kebesaran Kesultanan Sulu 'yang tiada kedaulatan' itu.

"Polis sewajarnya turut menjejaki Dato' Onn Ariffin bagi membantu siasatan kerana penglibatan beliau sebagai Penasihat Khas Sultan Sulu Paduka Mahashari Maulana al Sultan Mohammad Jamalul Kiram III ibni Almarhum Sultan Punjungan al Shariful Hashim yang kini dilabelkan sebagai Ketua Pengganas dalam insiden Tanduo," ujar Citra yang percaya Onn telah melarikan diri dan bersembunyi di Jakarta.


Kata Citra, Onn sepatutnya bekerjasama dengan Kerajaan Malaysia sekiranya beliau tidak terlibat dan tidak bersalah dengan Insiden Tanduo kerana kedudukan beliau sebagai Penasihat Khas kepada Jamalul Kiram III.

"Kita kesal kerana Onn adalah suami kepada Mantan Menteri Kabinet Sabah, Datuk Dayang Mahani Ahmad Raffae telah bertindak sebagai Penasihat Khas Jamalul Kiram III dan menjadi pengiring Sultan Palsu berkenaan ketika Majlis Pernikahan anak DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir tahun lalu," kata Citra yang mendesak Pesuruhjaya Polis Sabah tidak memilih bulu dengan memanggil Onn Ariffin memberi keterangan sama ada beliau terlibat atau tidak dalam Insiden Tanduo dan Ops Daulat.

Polis juga kata Citra, sewajarnya memanggil kesemua penerima darjah kebesaran Sulu di Malaysia terutama daripada Jamalul Kiram III dan semua Sultan Palsu yang lain kerana bersubahat dan membiayai keganasan.


"AMK menyifatkan semua penerima Darjah Kebesaran Sulu, terutama yang membeli pingat Dato Seri Utama atau Dato Seri Panglima agar tampil memberi keterangan secara sukarela bagi membantu polis menghapuskan keganasan di Sabah," kata Citra yang memiliki senarai 300 penerima Darjah Kebesaran Sulu yang akan dikemukakan kemudian.

SUMBER BERITA



Penasihat Sultan Sulu, Onn Ariffin yang merupakan suami kepada bekas menteri Sabah, Datuk Dayang Mahani Tun Ahmad Raffae.

 Beliau pernah menjawat jawatan Pengarah Perhubungan USNO-Persekutuan. Beliau berasal dari Muar, Johor. Selepas bekerja di Sabah dengan USNO, beliau terus menetap di Sabah.

SAMBUNG LAGI SINI

PECAH BERITA! AKHIRNYA PARLIMEN DIBUBAR..!!!.






Kih..kih...cantik tv nie.....

INI BERITA SAHIH....

 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Mengumumkan pembubaran Parlimen sebentar tadi bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 dilangsungkan.

Selepas dibubarkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus menetapkan tarikh pilihan raya akan berlangsung. Undang-undang menetapkan ia mesti dibuat dalam tempoh 60 hari.


Najib, yang mana gabungan dipimpinnya berkemungkinan berhadapan dengan cabaran terbesar dalam pilihan raya kali ini selepas 56 tahun memerintah, dijangka akan menggunakan televisyen untuk mengumumkan pilihan raya, menurut dua sumber dalam kerajaan kepada Reuters.

Pilihan raya dijangka akan diadakan pada penghujung April.

Gabungan Barisan Nasional (BN) Najib hilang majoriti tradisi dua pertiga di parlimen buat pertama kali pada pilihan raya 2008 dan berhadapan dengan gabungan tiga parti yang diketuai oleh bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Terkini, perdana menteri sedang mengadakan mesyuarat mingguan kabinet seperti biasa di Pejabat Perdana Menteri menurut sumber memetik pegawai jabatan tersebut.

Jam 11.30 pagi nanti, satu pengumuman khas yang akan disiarkan secara langsung ke seluruh negara oleh perdana menteri TERAKHIR dari Barisan Nasional (BN), Najib Altantuya akan dibuat, dipercayai bagi mengumumkan perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi membubarkan parlimen ke-12.

Bagaimanapun, TV3 dengan secara 'tidak sengaja' telah mengeluarkan satu mesej di Twitter yang menyatakan bahawa Najib Altantuya akan mengadakan siaran langsung pembubaran parlimen jam 11 pagi.

@buletintv3: Pengumuman pembubaran parlimen sebentar lagi. Saksikan live #GE13 #PRU13

Pagi tadi, Najib Altantuya sudah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah di Istana Negara jam 8.25 pagi dan keluar jam 9.10 pagi.

Wartawan dari seluruh dunia termasuk CNN dan BBC sudah menunggu bersama-sama wartawan asing lain bagi membuat liputan terkini sebentar lagi.

Sementara itu, khabar kurang baik menjelang pengumuman pembubaran parlimen apabila indeks Bursa Malaysia menjunam 1.79 peratus atau lebih 22 mata kepada 1,662.29 setakat jam 10.45 pagi tadi.


Ini menandakan pelabur asing sudah mula menarik keluar pelaburan mereka dan menjauhi pasaran saham tempatan dan memindahkannya ke Singapura dan Hong Kong, reaksi negatif terhadap pembubaran yang bakal diumumkan.


Dalam pada itu, Ketua Pembangkang yang juga BAKAL Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dalam satu mesej di akaun Facebooknya seakan menyindir Najib Altantuya dengan mengatakan Pakatan Rakyat sudah lama bersedia untuk menghadapi BN
!

PECAH BERITA ! BERITA NIE UTUSAN KATA BETUL..MINTAK TOLONG HANGPA BACA DULU...DEPA DAH SEDAK MALAYSIA DAH PENUH PENDATANG HARAM..!!! [+VIDEO]


Bagaikan satu himpunan besar pendatang asing yang menguasai pusat bandar Kuala Lumpur di sepanjang Jalan Silang sempena cuti umum Tahun Baharu Cina, Februari lalu.

Bagai musuh dalam selimut

APABILA saya tulis "Mengapa Pendatang Haram Myanmar Tuju Langkawi" (Utusan Malaysia 20 Februari 2013) ada empat mesej yang ingin saya sampaikan:

(1) Pendatang asing telah 'menawan' negara kita dari Langkawi hingga ke Johor Bahru dan dari Perlis hingga ke Sabah. Pendatang Myanmar yang tidak kita sedar kehadiran mereka pun, ramai sudah ditangkap di Kuala Lumpur dan di Johor Bahru. Pendatang bangsa lain jangan dikata lagi. Bebas di mana-mana. Bahkan ada syarikat yang menggunakan pendatang haram sebagai "Pengawal Keselamatan".

(2) 'Menawan' bermakna mereka sudah 'menguasai kita' sehingga jabatan penguat kuasa pun tak begitu berkesan lagi menangani pelbagai kerenah jenayah mereka. Di Kuala Lumpur umpamanya, Datuk Bandar mengaku penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak mampu mengambil tindakan terhadap pendatang yang berniaga di gerai. Ini kesalahan yang sangat kecil. Apa lagi jenayah besar dan sofistikated.

(3) Negara kita yang aman makmur dan sikap kita yang suka berbudi dan 'tak kisah apa nak jadi', mengundang macam-macam jenis pendatang dari seluruh dunia. Makin ramai, tak terkira jumlahnya. Pelbagai berita jenayah pendatang - yang serius - tersiar dalam televisyen dan akhbar hampir setiap hari - dah jadi macam cerita hiburan.

(4) Semakin banyak koloni haram orang asing didirikan, terutama di sekitar Lembah Klang hingga ke Pulau Langkawi - termasuk mendirikan rumah batu - di atas tanah milik kerajaan, di pinggir pantai dan malah di atas tanah milik peribadi. Tidak nampak penguat kuasa, termasuk polis yang bertindak. Koloni ini dipercayai menjadi tempat persembunyian dan penampungan pendatang haram. Contohnya, "kampung orang Burma" di Pulau Langkawi - jelas terpampang di depan mata. Dah jadi perkara biasa. Kita tak perlu buat apa-apa!

Jadi Syurga Pendatang Haram

Tragedi yang tak pernah terduga di Lahad Datu dan Semporna - jelas membuktikan bahawa pendatang yang kita sambut dan beri layanan istimewa, boleh membawa gerombolan pengganas bersenjata, menggugat kedaulatan dan keselamatan kita. Nyatalah, persamaan rumpun bangsa dan agama bukan suatu jaminan.

Kita terlupa pesan nenek moyang: "Buat baik berpada-pada. Ada musuh dalam selimut. Ada gunting dalam lipatan".


Kata Johan Jaafar: Sudah terlalu lama we have taken things for granted. Kita terlalu bermurah hati; membenarkan mereka datang ke bandar-bandar, pulau-pulau dan wilayah kita. Ada kes-kes pencolekan dan pembunuhan. Masih juga kita menutup mata.

Mereka mendirikan kampung air dan kita tak buat apa-apa tindakan. Tanpa kita sedar mereka sudah berada di mana-mana. Bandar-bandar di sempadan (termasuk di Semenanjung) jadi syurga orang asing. Kita terkejut melihat jutaan pendatang haram di keliling kita. (New Straits Times 16 Mac 2013).


Sebenarnya "kita" tak terkejut kerana "kita" tak pernah ambil kisah dan belum terasa ada bahaya. Walaupun Utusan Malaysia sering mengingatkan kita. Tiba-tiba Lahad Datu dan Semporna menyebabkan kita menangis tak berlagu. Berkempenlah kita memungut derma untuk anak-isteri perajurit yang terkorban. Lagu-lagu patriotik pun berkumandang semula di radio dan televisyen.

Menurut banci penduduk 2010, sebanyak 27.7 peratus (%) penduduk Sabah adalah bukan warganegara. Sekarang 2013 - sudah berapa peratus? Mana-mana negara pun yang mempunyai penduduk bukan warga negara begini ramai - apa lagi pendatang haram - lambat laun pasti akan ditimpa mala petaka bencana politik yang serius.

Beberapa tahun terakhir ini kita mengalami masalah sosial-politik yang semakin serius - akibat terlalu ramai rakyat yang asalnya pendatang - berjuang untuk mendapat lebih banyak kuasa politik. Pemimpin-pemimpin mereka juga masih kuat mempertahankan budaya, bahasa dan identiti asal mereka. Di Sabah, lebih serius lagi apabila ada pendatang yang menuntut Sabah adalah pusaka milik mereka.

Kata Presiden Benigno Aquino, terdapat 800,000 pekerja Filipina di Malaysia (sebahagian besar pastilah di Sabah). Di samping itu, menurut Mohd. Zaki Harry Susanto, Setiausaha Persatuan Rumpun Etnik Suluk, ada 300,000 orang Suluk yang terdaftar sebagai warganegara Malaysia. Tiada yang pasti berapa ratus ribu pula pendatang haram, termasuk yang mendirikan koloni dan hidup bebas di pulau-pulau di perairan timur Sabah.

Wartawan NST, Desmond Davidson yang membuat tinjauan di Pulau Bum Bum menulis cerita yang menarik mengenai pendatang haram dari Sulu. Di pulau ini terdapat 50 kampung, dua daripadanya didiami pendatang Sulu. Jumlah mereka sekitar 200 orang, tetapi merekalah yang paling banyak menimbulkan kacau-bilau.

Suku Bajau - majoriti penduduk daerah Pantau Pantau - tidak senang hati kerana Sulu Filipina ini menduduki kampung itu tanpa mempedulikan undang-undang.

Kata Ketua Kampung, Bhogo Abad, "Mereka menanam jagung dan ubi kayu di atas tanah milik orang dan menganggap tanah itu milik mereka. Mereka membina surau sendiri. Tidak mematuhi peraturan agama yang ada dan tidak mengakui saya sebagai ketua kampung. Di pulau ini seperti di selatan Filipina - tidak ada undang-undang. Tidak ada polis."

Tragedi pencerobohan di Sabah ini, bukan lagi sekadar isu keselamatan tetapi telah menjadi masalah politik yang sensitif dan amat sulit ditangani. Di belakangnya ada persaingan merebut kuasa politik. Membabitkan pula hubungan dengan negara jiran tetangga. Menyukarkan pula kita membezakan antara orang "Sulu" dan "Suluk" - antara generasi Tun Datu Mustapha dan anak cucu mereka dengan generasi yang baharu tiba. Kesetiaan mereka masih di selatan Filipina, tetapi mahu terus menetap di Malaysia. Inilah akibat membiarkan pendatang 'menawan' kita.


Salah Kita Sendiri

Salah satu kesalahan besar kita ialah melunakkan panggilan "pendatang haram" sebagai "pendatang tanpa izin". Terlalu berbudi bahasa bukan pada tempatnya. Akibatnya kita merasa pendatang haram bolelah kita terima - bukan suatu kesalahan besar. Tiada membawa apa-apa bahaya. Sekarang kita lihat padahnya.

Kata bekas, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan: "Pekerja asing terutama PATI (pendatang haram), tidak mempunyai ketaatan kepada Malaysia. Kalau terlalu banyak pekerja asing - kalau berlaku apa-apa - terdapat 'askar tersedia' di sini. Justeru kita perlu perketat penguatkuasaan untuk memastikan tiada lagi PATI (pendatang haram) masuk ke negara ini."

(Benarlah pemerhatian Musa, 'askar tersedia' sudah ada di Lahad Datu dan Semporna.)

Kata Musa, " Kalau tak silap saya, kita ada dua juta PATI, sedangkan polis 100,000 dan tentera 150,000. Cukupkah polis dan tentera hendak menghadapi mereka?" Jawab Musa, "Tak cukup!"

Tegasnya: "Kemasukan pelancong dan pelajar asing juga perlu dipantau dengan lebih ketat bagi memastikan mereka tidak menyalahgunakan kebenaran yang diberikan, untuk aktiviti jenayah. Kita mahukan pelancong bukan pelacur. Kita mahukan negara jadi hab pendidikan, bukan hab pengedar dadah." (Utusan Malaysia 19 Mac 2013).

Pesan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, insiden di Sabah ini "is a wake-up call for us, not only for the government but also the rakyat". Tidak saja di Sabah, tetapi di seluruh negara. Mesti bangun dan bertindak tegas macam "Ops Daulat".

Peristiwa hitam - ganas - kejam di Sabah ini sepatutnya benar-benar menyedarkan kita daripada terlena oleh kesenangan: Bahawa "pendatang haram" - dari mana juga - adalah "musuh kita". Mestilah ditangani dengan tegas - bersepadu dan sungguh-sungguh. Perdana Menteri sudah melancarkan tindakan tegas di Sabah. Tidak boleh lagi ada tindakan sambil lewa.



DATUK NOOR AZAM ialah pemerhati sosio politik.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...