05 Jun 2012

Antara Ustaz Cool dan K-pop, Drifter!

K-Pop, drifter dan Azhar Idrus

4 JUN — Selepas perhimpunan belia anjuran BN, dua perkataan menjadi popular, K-Pop dan “drifter”.



“Korean Pop” atau K-Pop adalah menjadi minat anak-anak muda kini. Dengan membawa artis K-Pop ke perhimpunan belia BN, ia mampu menarik kehadiran besar anak-anak muda.

Akan tetapi, kerana “singkat”nya kain gadis-gadis Korea yang membuat persembahan, ia mendatangkan bala kepada BN.

Apabila terbongkar jutaan RM dibelanjakan untuk membawa masuk kumpulan K-Pop tersebut, dua kali bala kepada BN.

Sukan bermotor “drift” memang telah lama menarik minat anak-anak muda Malaysia. Seorang “drifter” akan dilihat cool oleh gadis-gadia muda yang cun melecun.

Malang tak berbau, kemalangan berlaku ketika sukan drift sedang berlangsung.

Facebook dan Twitter menjadi medan untuk mengutuk tindakan BN membawa artis K-Pop serta kemalangan yang berlaku ketika sukan drift berjalan.

Ia menyebabkan menteri belia dan sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek meminta maaf kepada rakyat seluruh negara.

Shabery sedar, walaupun berjaya menghimpunkan ramai belia, K-Pop dan drifter telah menyebabkan imej perhimpunan belia tersebut tercalar.

Azhar Idrus

Sebagai tindakan balas terhadap perhimpunan demi perhimpunan yang dianjur oleh Umno dan BN, PAS menghimpunkan puluhan ribu orang di Kedah dua tiga hari lalu.

PAS juga membawa “fenomena” anak muda terkini, Ustaz Azhar Idrus.



Barang siapa yang tidak mengenali Azhar Idrus, adalah orang yang ketinggalan zaman dan tidak mengikuti perkembangan semasa.

Walaupun Ustaz Azhar Idrus ini adalah seorang pendakwah Islam, kepekaannya mengikuti perkembangan terkini anak muda menyebabkan beliau menjadi begitu popular.

Setiap kali beliau datang ke Masjid Negeri Shah Alam, keadaan ibu negeri Selangor ini akan bertukar menjadi seolah-oleh seperti Lebaran. Ertinya, kenderaan akan melimpah ruah mengelilingi masjid.

Pada malam tahun baru, susuk tubuh Azhar Idrus dengan gandingan Zizan “Raja Lawak” berjaya menarik kehadiran lebih ramai anak muda ke Dataran Shah Alam berbanding Datuk Seri Najib Razak di ICT.

Siapa pilihan orang muda?

Sebenarnya, dua-dua acara anjuran Umno-BN dan PAS diatas hanyalah “penyedap rasa” dalam sesuatu masakan.

Dengan mengundang artis K-Pop tidaklah bermakna Umno akan dilihat lebih terbuka.

Dengan membawa “Ustaz Cool” tidaklah menggambarkan PAS sebagai tidak bersama reality masyarakat.

Yang lebih utama adalah apakah dasar atau polisi yang dibawa oleh kedua-dua parti politik Melayu tersebut.

Hari ini, kedua-dua Umno dan PAS telah bertukar watak. Kalau dahulu PAS seringkali dilihat sebagai ekstrimis Islam dan mengamalkan Islam garis keras, kini giliran Umno pula.

Masyarakat bukan Islam terutamanya etnik Cina berdiri teguh di belakang PAS. Dalam banyak hal yang melibatkan persoalan Islam atau Melayu, pendirian PAS dilihat lebih “moderate”.

Kehadiran NGO seperti Perkasa pimpinan Datuk Ibrahim Ali, Jati pimpinan Datuk Dr Hasan Ali dan watak-watak seperti Datuk Zulkifli Noordin menambahkan lagi kebenciaan orang bukan Islam terhadap Umno.

Umno tidak boleh selama-lamanya bergantung dengan sokongan orang Melayu Felda serta di kawasan pendalaman. Sekarang mereka telah kalah di hampir kesemua kerusi di kawasan bandar di Semenanjung Malaysia.

Jika tiada Sabah dan Sarawak, BN tumbang pada PRU 12 lalu. Mampukah selama-lamanya Sabah dan Sarawak menjadi “fixed deposit” BN?

Walau apa yang bakal berlaku selepas PRU 13, terimalah dengan hati terbuka. Jangan sampai Malaysia hancur hanya kerana berlaku pertukaran parti yang menguruskan negara -Amin Iskandar

Kisah nenek dilanggar BECA! Bagaimana Lapuran dari Media Bebas Malaysia?



Oleh : Ibnu Sabil ·-Komen dari Artikel Malaysia kini

Beginilah gaya kebebasan media di Msia yg diilhamkan oleh Sdr Luq Kpg Baru :

"SITUASI SEBENAR : Seorang nenek pegi kedai beli ubi, tiba-tiba dilanggar beca lalu mati di tempat kejadian.
"

HEADLINE AKHBAR :

Harian Metro > "Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan."

Buletin Utama > "Jangan politikkan isu nenek dilanggar beca."

Utusan Malaysia > "Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?"

Harakah > "Kami tiada beca."

Obefiend > "Nenek meleis mati. Aku suka vodka."

Twitter @NajibRazak > "Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat!"

Blog Melayu paranoid > "Salah satu agenda Freemason dan Illuminati untuk menghapuskan bangsa melayu adalah dengan melanggar nenek-nenek melayu dengan beca."

Majlis Fatwa > "Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca."

Papagomo > "Kantoi! Azmin Ali bersubahat melanggar nenek UMNO dengan beca."

Ibrahim Ali > "Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!"

Pancaindera > "Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster."

Mastika > "Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi."

Samy Vellu > "Beca tak bayar tol dicari"


Media bebas: MCA tak layak tuding jari


MCA tidak layak melaungkan perjuangan kebebasan media kerana parti itu sendiri mempunyai kepentingan dalam beberapa media dan diketahui umum menggunakan pengaruh politik terhadap keputusan dan liputan berita, kata ahli majlis DAP.



Ahli Majlis Perbandaran Pulai Pinang (MPPP) Ong Ah Teong berkata, dengan kawalan politik dan kewangan, MCA tidak menghormati prinsip asas tidak campur tangan dalam perjalanan media.

"Saya rasa pelik apabila MCA bercakap tentang kebebasan media apabila ia memiliki akhbar dan agensi berita. "Ini jauh lebih teruk daripada melarang beberapa wartawan daripada menghadiri acara, yang merupakan pilihan peribadi," katanya.

MCA melalui cabang pelaburannya Huaren Holdings menguasai beberapa media mapan, termasuk harian berbahasa Inggeris The Star. Bernama melaporkan Utusan Malaysia dan New Straits Times dihalang daripada membuat liputan operasi penguatkuasaan kebersihan Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut dan MPPP di Batu Ferringhi pada 31 Mei.

Ong bagaimanapun sehari selepas itu menafikan laporan itu dengan berkata tidak pernah ada pekeliling seumpama itu. Beliau juga bertanya sama ada agensi berita berkenaan telah "mencipta dasar baru" untuk kerajaan negeri.-Malaysiakini


Dari BLOG KESAYANGAN NAJIB - PAPAGOMO

Bangsa Cina DAP Punca Sampah Dan Denggi Meningkat Di Selangor - Khalid Ibrahim
TUESDAY, JUNE 5, 2012


"Cina DAP satu jenis Bangsa yang hidup dalam kekotoran"

Setuju dengan kenyataan Datuk Zin berkenaan isu sampah di Selangor yang semakin hari semakin meruncing ekoran tindakan sambil lewa Keroni Keroni pemimpin Kerajaan Selangor dalam mengutip sampah.

Kes demam Denggi semakin menjadi jadi di Selangor ini malah setakat ini laporan kes Denggi paling banyak adalah di Selangor yang mana merupakan satu titik hitam buat rakyat Selangor itu sendiri. Ini semua berpunca dari masaalah sampah dan perparitan yang tidak diselenggara dengan baik oleh Kerajaan Negeri dibawah Pakatan PAS,DAP,PKR.

Gomo tidak mahu mengulas panjang lebar mengenai pekara ini kerana apa yang jelas dalam pekara ini adalah sikap tanggungjawap yang telah diabaikan oleh Kerajaan Pakatan Selangor. Satu pekara yang seharusnya diberi perhatian oleh rakyat Selangor dalam bertanyakan dalam diri anda apa yang kerajaan Selangor lakukan sehingga wabak penyakit sudah menjadi sinonim dengan negeri Selangor.

Paling menarik adalah sokongan kaum Cina keatas Kerajaan Pakatan Selangor. Mereka akan terus menyokong kerajaan pakatan walaupun Denggi merebak dan menjadi jadi dibawah kepimpinan Kerajaan Selangor kerana mungkin bangsa Cina DAP ini hidup dalam kekotoran dan sanggup dilimpahi sampah sarap asalkan DAP terus berkuasa di Selangor.

Psssttt.... Biasalah, Bangsa CINA DAP memang pengotor..... SUEW....

DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

04 Jun 2012

Pasal apa Premium hakmilik tanah rendah sangat( RM1,000), PR ambik komisen kut ?

Harga Geran Tanah Umno-BN : RM24,000 Harga Pakatan : RM1,000


BESTARI JAYA 04 JUN : Jika di bawah Umno-BN dulu, seorang penduduk Kampung Jaya Setia perlu membayar sampai RM24,000 jika mahukan geran tanah.

Harga yang tinggi bagi mendapatkan geran adalah sebab utama 320 orang kampung itu tidak mendapat hak milik kepada tanah yang ibubapa mereka teroka selama lebih 40 tahun.Namun, keresahan mereka bertukar menjadi kesyukuran apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran Kerajaan Selangor.



Ketua kampung, Osman Badaie, 65, berkata semua penduduk amat menghargai jasa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sangat prihatin dengan rakyat di negeri ini.
Melalui “Skim Hakmilik Persendirian”, kesemua pemohon dari Kampung Jaya Setia bakal menerima geran tanah dengan premium RM1,000.Osman berkata dengan bayaran premium RM1,000, penduduk di sini mampu untuk mendapatkan geran pemilikan tanah masing-masing.

“Kami penduduk sangat-sangat bersyukur dan berterima kasih kepada Menteri Besar kerana bermurah hati mengurangkan beban kami.

“Sebelum ini, kami dikehendaki membayar sebanyak RM24,000. Jumlah itu sangat mahal, penduduk tidak mampu tetapi selepas Menteri Besar bertukar tangan, Alhamdulillah semuanya selesai,” katanya ketika ditemui.

Semalam 79 penduduk menerima geran hak milik tanah mereka dalam fasa kedua proses pemberian geran oleh kerajaan negeri. Dalam fasa pertama, seramai 118 mendapat geran mereka, manakala 123 penduduk lain akan menerima geran dalama fasa ketiga pada September depan. Majlis penyampaian geran hak milik tanah itu disempurnakan oleh Menteri Besar dan MP Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.

Seorang lagi penerima, Abdul Hamid Sever Khan, 54, melahirkan rasa lega kerana penantian 47 tahun untuk memiliki tanah bapanya telah berakhir. “Ini merupakan tanah yang diteroka oleh allahyarham bapa saya, sekarang saya mewarisi tanah ini. Ini merupakan saat paling gembira apabila dapat memegang geran sendiri.” Abdul Hamid yang mempunyai tiga orang anak, berkata hasil titik peluh bapanya mengerjakan tanah itu terbayar dengan penerimaan geran itu.

Seorang lagi penerima Noriaini Abu Bakar, 62, pula berkata geran tersebut adalah hadiah yang

amat bermakna untuk seluruh keluarganya.Katanya, beliau dan allahyarham suaminya berusaha untuk mendapatkan geran pemilikan itu bagaimanapun tidak berjaya kerana tidak mampu.

“Walaupun tanah rumah ini hanya suku ekar tetapi ianya bermakna kerana hanya ini sahaja peninggalan arwah suami saya kepada saya dan tujuh anak yang lain.“Saya sangat gembira dan sekiranya suami saya masih hidup dia juga semestinya gembira.“Saya sangat berterima kasih kepada Menteri Besar kerana tidak sampai lima tahun beliau memegang jawatan sebagai MB tetapi beliau sangat prihatin dengan golongan seperti kami,” katanya.

Dalam majlis itu juga, sembilan orang menerima RM1,500 sebagai pertolongan khairat kematian waris-waris mereka di bawah Skim Mesra Usia Emas.

Sebanyak lima buah sekolah sekitar Ijok juga menerima bantuan sebanyak RM5,000 setiap sekolah.
Antaranya, Sekolah Agama Rakyat Kafa Integrasi Al-Hilal, SAR Kafa Al-Awwabin, Maahad Tahfiz Al-Hidayah Wal Ehsan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yuk Chih dan SJKC Ijok.

Bloger Amno buat hal apa pulak nie, 2 exco dipaksa nikah?

Tengah dok panas tentang Himpunan Hijau puak Bloger pro-Amno dah buat satu cerita pasal 2 Exco Kerajaan negeri kena paksa nikah, mintak wakil parti PR Kedah jawab isu panas nie, betoi ke kalau tak betoi tu cepat-cepat nafi.

Umno Malu dan kepanasan selepas Himpunan Hijau

Timbalan Presiden Umno Udin anak Yassin sekata dan seracun dengan pemimpin Umno lain tentang kejayaan himpunan hijau ke Putrajaya anjuran Pas yang diadakan di Alor Setar, Kedah Jumaat lalu. Sewajarnya kalau Umno jelaous dan merasa sakit hati atas kejayaan itu. Dengan jumlah kehadiran lebih 100,000 ahli dan penyokng Pas meletakkan Umno Kedah dalam tertekan kini.

Ahli dan penyokong Umno Kedah jadi trauma dengan himpunan berkenaan. Trauma ini akan berterusan sehingga tiba pilihan raya. Jadi untuk mengalihkan perkara tersebut jadi depa dok reka cerita hujung-hujung angin.




http://kedahan69ers.com/?p=1899#more-1899

Akibat Skandal Sulit, Dua Exco Kedah Dipaksa Nikah




Sebenarnya cerita-cerita dalam kelambu sangat banyak di Kedah. Dan yang paling menariknya, maklumat-maklumat sebegini lebih mudah diperolehi daripada para pemimpin PAS yang gemar memakai lebai dan bercakap tentang pentadbiran Islam berbanding pemimpin-pemimpin UMNO yang lebih senang menjalankan tugas mereka tanpa melibatkan PAS dan Pakatan Rakyat.

Seorang pemimpin besar PAS Kedah yang juga merupakan seorang ADUN telah menghubungi KEDAHAN69ERS.COM dan meminta untuk membuat pendedahan berhubung Siti Aishah Abdul Ghani yang merupakan ADUN Merbau Pulas merangkap Exco Pembangunan Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Masyarakat dengan Hamdan Che Khalib, ADUN Tanjong Dawai merangkap Exco Belia dan Suka, Kesenian dan Warisan serta Kebudayaan.

Menurutnya, kemelut dan kontroversi berhubung Siti Aishah Abdul Ghani sebenarnya tidak pernah selesai. Siti Aishah yang lebih dikenali sebagai USTAZAH AISHAH sebelum ini dikaitkan dengan hubungan sulit dengan bekas pemandunya dan merupakan seorang BALU semenjak November 2010.

Namun pada masa yang sama, Siti Aishah katanya lagi, turut menjalinkan hubungan dengan Hamdan Che Khalib. Hubungan sulit kedua-duanya semakin serius dan telah diketahui oleh pimpinan PAS Negeri, ADUN dan Exco. Kedua-duanya kerap berdua-duaan di bilik pejabat Exco.

Bimbang isu tersebut bakal meletup, khususnya menjelang PRU13, pada April 2012, sejurus sebelum Mesyuarat Exco, Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak telah memanggil kedua-duanya bertemu di dalam pejabat Menteri Besar. Setelah ditanya, akhirnya kedua-dua Exco tersebut mengakui, mereka memang telah menjalinkan hubungan sulit seperti yang didakwa.

Sebagai orang tua yang mahu menjaga air muka kedua-dua Exconya itu, Azizan Abdul Razak akhirnya menasihatkan kedua-duanya agar bernikah bagi mengelakkan sebarang tohmahan selain menjaga imej parti.

Berita ini bagaimanapun, disenyapkan begitu sahaja oleh pimpinan PAS Kedah yang masih meraikan 'kejayaan' mereka mengumpulkan ahli-ahli PAS di Stadium Darul Aman pada 1 Jun lalu.

Walau bagaimanapun, kalaulah benar seperti yang diceritakan oleh ADUN PAS berkenaan, KEDAHAN69ERS.COM mengucapkan tahniah dan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada Siti Aishah Abdul Ghani dan Hamdan Che Khalib, sekaligus segala cerita buruk yang serba mengaibkan akan terpadam dan berlalu.

INSIDEN BATU BURUK 2007, 4 TERTUDUH TIDAK BERSALAH!

Keputusan Kes Batu Burok: Azman dan Suwandi tak bersalah


KUALA TERENGGANU: Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini membebas dan melepaskan mangsa tragedi tembakan polis di Batu Burok yang berlaku pada 8 September 2007, lima tahun lalu.

Kedua-dua tertuduh, Muhammad Azman Aziz, 26, dan Suwandi Ab. Ghani, 43, dibebas dan dilepaskan oleh mahkamah setelah pihak peguam belanya berjaya mewujudkan keraguan dalam perbicaraan tersebut.

Selain Azman dan Suwandi, dua lagi tertuduh di bawah Sesyen 27(5)(a) Akta Polis iaitu Hisham Aziz@Abdul, 43, dan A.Rahman Abdullah, 67, turut dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.

Mereka diwakili Tetuan Aziz & Co.

Hakim Mahkamah Sesyen, Tuan Mohammad Khalid Haji Ab. Karim membaca keputusan perbicaraan tersebut pada jam 10.15 pagi serta disambut dengan laungan takbir para hadirin.

"Hari ini mahkamah memutuskan kamu, Muhammad Azman Aziz dan Suwandi Ab.Ghani yang didakwa di bawah Seksyen 149 Kanun Keseksaan dibebas dan dilepaskan setelah pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan.

"Mahkamah juga membebaskan Hisham Aziz@Abdul dan A.Rahman Abdullah yang dituduh di bawah Seksyen 27(5)(a) Akta Polis," ujarnya ketika mengumumkan keputusan tersebut.

Sebelum ini, Suwandi dan Azman dituduh bersama 18 orang yang lain pada 8 September 2007, jam 11.40 malam di tempat letak kereta Hotel Permai Inn, Jalan Sultan Mahmud kerana menyertai perhimpunan yang menyalahi undang-undang.



Polis yang bertugas ketika menyurai perhimpunan tersebut iaitu Wan Aziz Wan Omar (RF143706) telah melepaskan tembakan peluru hidup hingga hampir meragut nyawa Suwandi dan Azman.

Mereka berdua dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu dan pembedahan bagi mengeluarkan peluru hidup dilakukan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kota Bharu.

Harakahdaily difahamkan, seramai 350 anggota polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) ditugaskan bagi mengawal keadaan dengan melepaskan gas pemedih mata serta tembakan meriam air terhadap orang awam.

Ketua Polis Terengganu ketika itu, Datuk Ayub Yaakob telah menahan reman seramai 23 orang yang terlibat dengan insiden berkenaan.

Hadir sama memberi sokongan moral, Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali, Ketua Jabatan Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, Ketua Pemuda PAS Marang, Mohammad Khalil Abdul Hadi bersama lebih 50 orang ahli keluarga dan orang ramai.


Peristiwa kejadian tersebut boleh dirujuk disini :
http://insidenbatuburuk.blogspot.com/2007_09_16_archive.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...