02 Jun 2015

RINGGIT MERUDUM LEBIH RM3.70 BERBANDING AS$1


Ringgit terus jatuh

BLOOMBERG

Ringgit jatuh buat hari ketujuh berturut-turut, tempoh terpanjang sejak 2013 selepas terdapat spekulasi yang mengatakan Rizab Persekutuan akan menaikkan kadar faedah.

Matawang negara itu terus menyusut melebihi RM3.70 berbanding AS$1 buat pertama kalinya dalam tempoh tujuh minggu manakala yen menjunam ke paras terendah sejak 12 tahun lalu selepas terdapat laporan terhadap perbelanjaan pengilangan dan pembinaan Amerika Syarikat menurun disebabkan langkah yang diambil oleh Rizab Persekutuan itu.

Malaysia masih mengekalkan kos pinjaman tahun ini biarpun beberapa negara Asia mula melonggarkan dasar monetarinya sementara Bank of Japan pula meneruskan pakej rangsangan negara tersebut.

Dolar Amerika berjaya mengatasi 14 daripada 16 mata wang utama dunia sejak bulan lalu. Ringgit jatuh 0.6 peratus kepada 3.7067 pada 10.47 pagi tadi. - MalaysiaGazette

4 ulasan:

Abd razak berkata...

kempen.nombor ekoq pun ada.

Abd razak berkata...

kempen.nombor ekoq pun ada.

Tanpa Nama berkata...

Kemorosotan nilai ringgit menunjukkan eknomi negara berada dalam keadaan yang tidak baik. Jika keadaan ini berterusan sehingga ke tahap kritikal, rakyat mungkin terpaksa membayar RM500 atau RM1000 untuk 10 kg beras gred 10%. Sebilangan negara di Eropah dan Afrika yang tidak pandai menguruskan ekonomi telah mengalami masalah ini.

Tanpa Nama berkata...

MOHON WEBMASTER DELETE IKLAN JUDI DALAM RUANG KOMEN.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...