1,000 PATI terjun laut bot tersangkut
Langkawi: Lebih 1,000 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar dan Bangladesh bertindak terjun ke laut selepas dua bot pukat ikan bilis yang dinaiki tersangkut di beting berhampiran Pantai Pasir Berdengung, di sini, tengah malam tadi.
Malah, kesemua warga asing berusia antara dua bulan hingga 55 tahun yang kebuluran dan keletihan turut meredah air laut separas pinggang sejauh kira-kira 200 meter ke pantai.
Bagaimanapun, kejadian 12.15 tengah malam itu disedari sekumpulan nelayan tempatan sebelum memaklumkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Harrith Kam Abdullah berkata, berdasarkan maklumat sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi dan dibantu Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) bertindak mengepung kawasan itu sebelum menahan mereka.
"Siasatan awal mendapati PATI yang menaiki dua bot bertindak terjun ke laut selepas bot mereka tersangkut di beting berhampiran benteng pemecah ombak di Pantai Pasir Berdengung.
"Difahamkan jumlahnya melebih 1,000 orang dari Myanmar dan Bangladesh dengan pecahan 100 adalah wanita dan 50 kanak-kanak, manakala bakinya terdiri daripada lelaki," katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Harrith Kam berkata, pada peringkat awal kesemua PATI ditempatkan di dewan serbaguna IPD Langkawi, sebelum usaha sedang dilakukan untuk memindahkan sebahagian daripadanya ke Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini.
"Kemudahan yang ada di IPD Langkawi tidak mampu untuk menampung kesemua PATI terbabit dan satu mesyuarat penyelarasan dengan beberapa agensi diadakan untuk sama-sama menangani isu ini.
"Beberapa pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) juga tampil secara sukarela menyalurkan sumbangan makanan dan pakaian kerana sebahagian besar PATI ini berada dalam keadaan sehelai sepinggang," katanya.
Katanya, kes itu akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen negeri untuk tindakan lanjut.
- See more at: http://www.hmetro.
BERITA BERKAITAN DIBAWAH:
Impian Keluarga Rohingya Bina Kehidupan Lebih Baik Kini Samar
Mohamed Khalim bersama isteri dan anak lelakinya kini ditahan di dewan Pejabat Daerah Rattaphum, menunggu tindakan lanjut oleh polis Thailand.
RATTAPHUM (Thailand): Apa yang dimahukan adalah masa depan yang lebih baik untuk keluarganya, tetapi kini dia tidak pasti sama ada mereka akan mempunyai bumbung untuk berteduh pada masa akan datang.
Mohamed Khalim Mubarak Shah, 23, bersedia membawa isterinya yang berusia 20 tahun dan anak lelakinya yang berusia tiga tahun berdepan cabaran dan bahaya, berlapar dan berhimpit dengan ratusan yang lain dalam bot dari Myanmar dengan harapan mendapat pekerjaan di Malaysia.
Tetapi mereka kini terpaksa 'mencangkung' di dewan Pejabat Daerah Rattaphum, menunggu tindakan lanjut oleh polis Thai.
Impiannya untuk membina kehidupan yang lebih baik kini samar-samar.
Dia yang merupakan Muslim Rohingya memberitahu bahawa dia dijanjikan pekerjaan di Malaysia oleh ejen dan diminta membayar RM5,500 setiap seorang, untuk dia dan isteri, dan RM500 untuk anaknya.
Dia dikehendaki membayar kepada ejen setelah mendapat pekerjaan di Malaysia.
"Kehidupan di Myanmar adalah sukar. Itulah sebabnya saya memutuskan mengambil risiko dan pergi ke Malaysia bersama keluarga saya," katanya ketika ditemui di dewan itu, Ahad.
Walau bagaimanapun, dia bersama rakan Rohingya dan Bangladesh lain yang menaiki bot sama telah dibawa ke kem di dalam hutan kira-kira 15km dari sini selepas tiba lebih dari seminggu yang lalu.
Di sana, mereka telah dijadikan tawanan dan hanya akan dibebaskan apabila keluarga mereka membayar wang tebusan.
Mohamed Khalim adalah salah seorang daripada 241 pendatang yang ditemui oleh pihak berkuasa Thailand di kem-kem dalam hutan di selatan Thailand.
Polis di Thailand berkata pihak berkuasa masih cuba mengesahkan jika warga Bangladesh dan etnik Rohingya ini menjadi mangsa perdagangan manusia atau jika mereka telah melanggar undang-undang imigresen di negara ini.
Bantuan dalam bentuk derma, makanan, air, pakaian dan lain-lain telah diterima daripada penduduk tempatan.
Pengendali gerai makanan Kritsanee Nathammo, 37, membelanjakan hampir RM400 untuk membeli keperluan harian untuk pendatang.
"Walaupun saya tidak boleh bercakap bahasa mereka, saya rasa terpanggil untuk membantu kerana mereka juga manusia dan tidak boleh dilayan dengan cara ini," katanya. ~MSTAR
3 ulasan:
Bakal pengundi umno bn pada pru14.akan datang telah mendarat dilangkawi dgn selamat..Segala urusan dokumentasi dipantau olih pihak umno kah. Kah kah selamat hidup dimalaysia aman
Hidup Melayu!! Hidup Melayu !!! kepala bana Melayu sendiri sengsara nak dapatkan kerja ini tambah Myanmar pulak. Yang Myamar dah menetap disini pun memberi masalah budaya pada kita.
Myanmar,bangla lepas tangan..kita pula pening kepala ..
Catat Ulasan