08 Februari 2015

PENDEDAHAN PANAS TENTANG TG HAJI HADI.....

 Kenyataan Tg Haji Hadi- Ibarat Retak Menuggu Belah 



Oleh :  Abu Hassan Adam
                                                                                                                                                                   Aku teringat ketika aku masih kanak-kanak dulu. Ada seorang kawan aku sentiasa m
elafzkan kata-kata seperti yang diperkatakan oleh TG Haji Hadi itu apabila beliau ditanya tentang samada dia mahu bersama atau tidak untuk pergi ke suatu tempat. Jawapannya hampir sama dengan apa yang disuarakan oleh TG Haji Hadi, ‘….Terpulang kepada saya nak hadir ke, tak hadir….”

Aku tidak pula mengatakan yang TG Haji Hadi berperangai seperti kanak-kanak. Dan kebetulan TG Haji Hadi juga menyatakan, ‘….Saya bukan anak murid sekolah, kita tengok dululah….” Namun apa yang dapat aku perhatikan bahawa tindakan TG Haji Hadi itu tidak menampakkan ketokohanya sebagai seorang pemimpin yang dewasa yang matang dalam menjelaskan sesuatu apatah lagi kredibilitinya sebagai seorang pemimpin parti berasaskan Islam di negara ini.

Sebagai seorang pemimpin yang berada dalam satu pakatan maka TG Haji Hadi seharusnya berfikrian sebagai satu pakatan yang memperjuangkan sesuatu berdasarkan persefahaman dalam suatu pakatan.

TG Haji Hadi semangnya boleh mengikut sesuka hatinya sekiranya beliau bukan Presiden PAS, sekiranya beliau hanya seorang nelayan dari Rusila Terengganu, sekiranya TG Haji Hadi seorang guru agama pondok. Tetapi secara kebetulan TG Haji Hadi adalah seorang ketua parti PAS maka kehendak ahli perlu di hormati.

Dengan sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin PAS ini maka mungkin rakyat merasa lega kerana negara ini tidak jatuh ke tangan PAS sekiranya begitu tindakan pemimpinnya. Dan mungkin juga pemipin PAS yang lain tidak sebegitu sikapnya. Mungkin. Mungkin ramai lagi pemimpin PAS di luar sana yang begitu rasional dan matang sikap mereka untuk memimpin parti yang sudah sekian lama wujud di negara ini.

Kenyataan TG Haji Hadi yang mengatakan,’ “Tengok hari mesyuarat inilah, saya hadir ke tidak hadir. Saya tak bergantung dengan sesiapa saya nak hadir,” merupakan kenyataan seorang yang bersifat sebagai seorang diktator. Beliau perlu sedar bahawa beliau teratkluk kepada keputusan parti dan tidak harus berdasarkan keputusan sendiri. Aku termenung juga memikirkan hal ini. Aku terfikir juga. 

Apakah Rasulullah pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian ketika beliau memimpin umat Islam terutama pada peringkat awal pemerintahan Islam di Madinah? Apakah ada ‘ajaran’ Rasulullah yang menunjukkan tentang keangkuhan baginda ketika menjadi pemimpin umat Islam dan bukan Islam di Madinah itu. Sekiranya ada Baginda mengeluarkan kenyataan yang sedemikian sudah pasti pengikutnya akan lari meninggalkan Baginda.

Teringat pula aku kenyataan salah seorang pemimpin PAS, YB Mahfuz Umar baru-baru ini yang membayangkan tentang sikap membuta tuli penyokong YB Ismail Sabri berkaitan dengan isu berkaitan dengan harga barang. Dan aku merasakan pula bahawa penyokong parti PAS terhadap TG Haji Hadi juga ‘tidak banyak kurang’ dan ‘tidak banyak lebih’nya.

 Bagi aku lebih kurang sama sahaja. Apakah rela para penyokong PAS ‘menderita’ membiarkan gelagat dan cara kepimpinan presiden mereka sepertimana yang ditunjukkan beliau itu. Bukankah cara tindakannya itu agak amat berlainan dengan sikap yang ditunjukkan oleh kebanyakan pemimpin samada yang berasaskan Islam ataupun masyarakat lain.

Berdasarkan laporan dari Malaysia Insider, aku difahamkan bahawa kehadiran TG Haji Hadi pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang akan diadakan adalah amat perlu kerana sebarang keputusan yang dibuat perlulah mendapat persetujuan bersama dari ketiga-tiga pemimpin yang menganggotai Pakatan Rakyat. Amat penting. Dan dijelaskan sekiranya ada pihak yang tidak hadir dalam mesyuarat berkenaan dan keputusan telah dibuat takut-takut, ‘ rumah siap pahat berbunyi’.

Aku teringat kepada kenyataan TG Haji Hadi tidak berapa lama dahulu yang berkaitan dengan kedudukan TS Khalid Ibrahim merupakan kenyataan yang menggambarkan bahwa TG Haji Hadi sudah hilang pedoman sebagai peneraju parti yang dipandang tinggi oleh masyarakat sebelum ini. Namun dengan kenyataan yang dikeluarkannya itu adalah diyakini lebih rami lagi ahli PAS tegar yang akan kehilangan keyakinan kepada kepimpinannya

Kenyataan TG Haji Hadi mengenai kedudukan TS Khalid Ibrahim agak ‘memeranjatkan’. Sebagaimana yang dikatakan oleh YB Nik Nazmi, "(Hadi insists on Khalid as MB) even though the issue of appointing a (new) menteri besar has yet to be resolved, and Khalid is only acting as a transitional menteri besar as requested by the Selangor sultan.……What more, Khalid is an independent state assemblyperson without any party," Malaysiakini 13 September 2014

Teringat juga aku tentang tindakan TG Haji Hadi Awang ‘mengaibkan’ DS Wan Azizah pada suatu ketika. Ramai yang berkata bahawa, TG Haji Hadi tidak sepatutnya melakukan perkara sedemikian rupa, apatah lagi apa yang diperkatakannya itu tidak dapat diterima oleh ramai rakyat Malaysia. Malah ‘musuh’ politik Pakatan pun merasakan bahawa apa yang diperkatakan oleh TG Haji Hadi amat tidak kena dengan kedudukan beliau sebagai Presiden parti yang sentiasa berlandaskan Islam sebagai wadah perjuangannya.

Antara ‘hujah’nya mengenai Dr Wan Azizah, "Kalau daripada awal lagi dia tidak ada kebolehan jawab soalan di parlimen, untuk soal di parlimen, soalan dalam DUN, nak berdialog dengan lawan dalam Dewan Negara pun tak boleh, macam mana nak jadi pemimpin…Tak boleh, tak mampu mengendali pemerintahan kerajaan negeri Selangor. Ini memerlukan seorang yang kuat untuk jaga negeri Selangor” MALAYSIAIKINI 6 SEPTEMBER 2014.

Dengan mengeluarkan kenyataan yang merupakan satu ‘penghinaan’ kepada Presiden sebuah parti PKR yang merupakan rakan perjuangan dalam Pakatan Rakyat sudah menampakkkan yang TG Haji Hadi sudah amat jauh ‘terpesong’ dari tindak tanduk sebagai seorang pemimpin sebagai sebuah parti berasaskan Islam. 

Kesanggupan beliau untuk mengeluarkan kata-kata sedemikian dengan sendirinya membayangkan bahawa TG Haji Hadi berhasrat benar untuk membawa PAS keluar dari Pakatan Rakyat. Membayangkan juga bahawa TG Haji Hadi sememangnya bersedia untuk ‘berkerat rotan dan berpatah arang’ dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat. Hanya menunggu masa dan ketika.

Jika ditinjau tentang penglibatan TG Haji Hadi dalam Pakatan Rakyat sepanjang ‘persahabatan’nya dengan pakatan sedemikian, menampakkan seolah-olah beliau hanya ‘berlakon‘ dalam memperjuangkan sesuatu isu yang berkait rapat dengan soal keadilan bagi rakyat Malaysia. 

Seolah-olah TG Haji Hadi ‘hanya tidur sebantal tetapi berlainan mimpi’. Kini sudah terserlah hasrat dan impian TG Haji Hadi yang sebenar. Jikalau dulu kita hanya melihat ‘sekilas ikan di air’ dan belum begitu jelas tentang ‘ jantan dan betina’nya. Kini hal sedemikian sudah amat jelas dan tidak ada jalan lain bagi TG Haji Hadi melainkan mengundurkan diri dari perjuangan yang belum selesai ini. Rakyat Malaysia masih mahu meneruskan perjuangan yang telah tersedia diasaskan oleh tokoh-tokoh pakatan Rakyat yang sedar tentang erti perjuangan abad baru.

TG Haji Hadi dan beberapa orang pemimpin usang lain dalam PAS harus sedar bahawa mereka tidak sesuai lagi berada dalam PAS sekiranya mereka tidak bersedia untuk mengadakan anjakan paradigma dari segi tindakan mereka. Yang dimaksudkan dengan pemimpin usang adalah mereka yang berfikiran yang tidak selari dengan perjuangan nasional yang sedang ditunjangi oleh pemimpin-pemimpin progresif dalam Pakatan Rakyat -PAS,PKR dan DAP.

 Ramai pemimpin yang sudah agak lanjut usia namun masih befikiran yang sesuai dengan Kurun ini. Sebaliknya ramai juga pemimpin muda yang masih ‘ditakuk’ lama dimana fikiran mereka sudah agak ‘usang’ dan ‘jumud’ dan amat tidak sesuai dengan perkembangan zaman. Lantas harus mengundurkan diri.

Mungkinkah kenyataan TG Haji Hadi kali ini adalah seperti kata peribahasa Melayu, ‘ retak menunggu belah’. Mungkin. Dan mungkin tidak…….SUMBER

abuhassanadam
7 Februari 2015



Mahu jadi pemimpin atau murid sekolah?

Amin Iskandar -Published: 8 February 2015

Seorang pemimpin itu dihormati kerana kepimpinannya dan bukan kerana dia mahu orang menghormatinya.

Apabila seseorang itu menjadi pemimpin, berkelakuanlah seperti seorang pemimpin, hormat akan datang kemudian.

Jika seseorang pemimpin itu sering merajuk, dia tidak mempunyai kualiti kepimpinan dan tidak layak memimpin kerana perangainya seperti murid sekolah.

Pemimpin yang baik membuat keputusan jelas dan mudah difahami pengikutnya.

Jika tidak dapat hadir ke mesyuarat kerana masalah kesihatan atau sibuk di luar negara, hormatilah wakil yang menggantikannya dan bukan menolak keputusan mesyuarat kemudiannya.

Kadangkala, pemimpin tidak baik itu terus kekal berkuasa kerana mempunyai pengikut yang terlalu taksub.

Pengikut tidak berani menegur kelemahan pemimpin itu dan tidak berani menggantikannya apabila sampai masanya.

Tambahan lagi, ada pengikut pandai mengipas dan menceritakan perkara-perkara yang sedap didengar untuk seseorang pemimpin itu terus berkuasa.

Pengikut seperti ini sudah pasti akan sayangi pemimpin sebegini walaupun sudah berperangai seperti murid sekolah.

Bagi pengikut seperti ini, lebih lemah seseorang pemimpin itu lebih baik kerana mereka dapat mengawalnya. Tidak kurang juga habuan yang bakal diterima.

Apatah lagi jika pertubuhan atau organisasi itu menjadikan agama sebagai ideologi perjuangannya.

Kata-kata atau perlakuan pemimpin itu akan dianggap sebagai wahyu atau arahan tuhan.

Sebab itu kebanyakan pemimpin dalam organisasi agama kekal memimpin sehingga akhir hayatnya.

Walaupun sudah bersikap seperti murid sekolah atau nyanyuk, pengikut-pengikut masih taksub kepadanya.

Tidak kiralah pernah gagal dalam memimpin sesebuah negeri atau negara, kerana yang dijualnya syurga dan neraka, pengikut-pengikutnya takut untuk mengatakan tidak kepadanya.

Kalau ada pun yang berani bercanggah pandangan atau berbeza pendapat, akan dicap sebagai pengkhianat yang menentang kata-kata tuhan.

Inilah masalah utama organisasi-organisasi yang berteraskan agama.

Merompak sekalipun akan dihalalkan atas nama tuhan.

Walaupun akhirnya nama tuhan itu sendiri akan tercalar kerana kerakusan seseorang pemimpin itu, ia tidak penting kerana yang paling penting kuasa, darjat dan kedudukan.

Tuhan dan ayat-ayat tuhan akan terus dijadikan alat untuk terus berkuasa!
 
~tmi

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sebab dia Presideng dia ingat blh Buat sesuka hati je.Pasti ada tersirat DLM Hati Dan fikiran Hadi.mungkin jika PR memutuskan agar PAS berpisah adalah Point Hadi mencanang yg DAP Dan PKR yg menghalau PAS DRI PR.kununye Rakyat akan menyalahkan DAP Dan PR.dh baca taktik Hadi ni nak tolak BALA kat DAP n PKR

Tanpa Nama berkata...

Bolehkah kita anggap kita lebih bijak drp Tn Guru? Yg penting kita masih dlm kapal PAS. Masih dlm kumpulan perwaris nabi???

banggoi petai berkata...

Jangan sakitkan kepala bro. .Hari Selasa c pliwat tua masuk jel. ..Hari rabu Fuckatan berpecah. .Hari khamis Pas masuk.BN. ..Isnin 16/02 BN dpt majoriti.2/3 ubah semula sempadan pilihanraya. ..Hidup Umno. ...Mampuss fuckatann pliwat. ..Hahahaaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...