Pulangkan pampasan: Jika benar SUK negeri pun wajib dikenakan tindakan
Mohamed Azmin Ali didakwa sengaja mewujudkan kecelaruan perundangan apabila meminta lapan bekas pegawai bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memulangkan semula wang pampasan berjumlah RM2.6 juta yang telah dibayar kepada mereka.
Ia kerana, pampasan yang dibayar kepada lapan pegawai itu dibuat berdasarkan terma serta syarat kontrak kerja dan jumlah pembayaran tersebut juga telah dipersetujui oleh Setiausaha Kerajaan Negeri.
"Operasi pengurusan Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) mengikuti organisasi korporat dan tidak timbul pelanggaran peraturan kewangan.
"Kalau pun berlaku perlanggaran kewangan, sudah tentu Setiausaha Kerajaan Negeri tidak akan bersetuju pada awalnya.
"Dan, kalau penerima (pampasan) kena pulangkan wang semula, Setiausaha Kerajaan Negeri juga perlu dikenakan tindakan sebab dia yang menyokong pembayaran itu," kata bekas kakitangan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Pembayaran pampasan lapan kakitangan MBI itu menjadi isu apabila mereka didakwa dibayar pampasan kerja yang tinggi iaitu bernilai RM2.6 juta.
Pembayaran itu telah dibuat pada penghujung tempoh perkhidmatan Abdul Khalid sebelum Mohamed Azmin mengambil alih jawatan menteri besar berkuat kuasa 23 September tahun lalu.
Difahamkan, lapan kakitangan MBI itu telah berkhidmat dengan Abdul Khalid sejak beliau menjadi Menteri Besar Selangor sejak 2008.
Mengulas mengenai arahan terbaru oleh Mohamed Azmin itu, bekas kakitangan tersebut berkata: "Entahlah tidak tahu ada yang mampu pulangkan semula atau tidak".
"Sebabnya, kesemuanya tidak bekerja lagi dan sudah tentu wang pampasan yang diterima digunakan untuk menyara hidup," tambah beliau lagi. - MalaysiaGazette

5 ulasan:
Yg gaji singgit claim berjuta2 x kene ke?
tunjuk pandai ka,balaih dendam ka,nak dakwa sapa-sapa pun dakwalah ka pa janji dapat balik duit yang 2.6 juta tu.
Yang tolong jawab ni ada syer ke?...hahaha. Lari topik le sebab x leh nak pulangkan. Cepat buka segala kitab janji menang
bukan tunjuk pandai atau balas dendam tetapi beliau hendak mengambil semula duit yang di agih sesama sendiri,sebab duit tu bukan hak mereka.itu duit rakyat selangor.
Betul tindakan MB tu. MBI adalah syarikat milik kerajaan negeri di mana hak rakyat punya kepentingan. Kalau betul ikut terma syarat pekerjaan tidak menjadi masalah tapi audit berpandangan tidak begitu...mesti diperbetulkan.
Catat Ulasan