10 Januari 2015

ABANG K HANYA BALACI TUN M?


Tulisan Umum
9 Januari 2015

Ada Apa Dengan Abang K?

Menyambung siri tulisan perseteruan Mahathir dan Najib, kali ini saya ingin mencungkil mengenai salah satu watak kuda perang Mahathir, Khairuddin Abu Hassan. Siapakah beliau ini yang telah menarik perhatian umum kebelakangan ini?

Khairuddin Abu Hassan ini bukanlah kuda perang barisan hadapan Mahathir tetapi beliau cuma seorang sub-kroni Mahathir. Jasa beliau pada Mahathir adalah terlibat bersama Allahyarham Khalid Jafri yang menulis buku 50 dalil mengapa Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri. Buku yang telah menjadi sebab Anwar Ibrahim terpelanting dari puncak kuasa.


Walaupun mempunyai pertalian kekeluargaan dengan Anwar Ibrahim, tapi Khairuddin lebih setia dengan Mahathir. Mengapa? Politik adalah mengenai kuasa dan ekonomi. Khairuddin sebagai seorang peniaga, sudah tentu memerlukan tuan yang lebih berkuasa untuk menjaga kitaran ekonominya.

Kita tinggalkan kisah tahun 1998. Kini kenapa Khairuddin begitu galak menyerang Najib?

Suami kepada aktress Umie Aida ini sebenarnya bukanlah seorang peniaga yang baik. Pagi ini saya telah menerima dua salinan dokumen. Dokumen pertama adalah dokumen keputusan carian kebankrapan dari Jabatan Insolvensi Malaysia yang tertera nama Khairuddin (rujuk gambar 1). Yang kedua adalah Notis Lelongan Awam yang akan diadakan esok, 10 Januari 2015 ke atas sebuah penthouse di Mont Kiara yang dimiliki oleh Khairuddin (rujuk gambar 2).

Khairudin juga adalah Pengarah kepada 137 syarikat sedangkan dia telah diisytiharkan bankrap. Dengan status bankrap ini, beliau boleh hilang kelayakan sebagai Pengarah dalam semua syarikat tersebut. Ini yang menakutkan beliau.

Inilah sebabnya mengapa Khairuddin begitu bersungguh menyerang Najib. 1MDB dijadikan punching bag terbaik. Bukan kerana prihatin terhadap wang rakyat yang mungkin akan hangus kerana 1MDB tetapi kerana Najib tidak mahu membantu menyelesaikan masalah bankrap yang dihadapinya.

Khairuddin adalah satu lagi contoh tipikal kroni Mahathir dan kepimpinan yang ada dalam UMNO-BN. Menjadi saudagar bukan kerana kebolehan tetapi kerana mengenali siapa yang berada di puncak kuasa.

Satu lagi persoalan yang timbul adalah perlukah Pakatan Rakyat untuk bersama-sama dengan Khairuddin menyerang Najib?

Jawapan saya adalah tidak. Anwar perlu ingat, Khairuddin inilah antara muka-muka yang telah memulakan konspirasi melampau terhadapnya. Walaupun punya pertalian keluarga, tapi Khairuddin telah khianat dan sanggup menabur fitnah demi mengampu Mahathir.

Adakah Pakatan Rakyat terlupa bahawa Mahathir adalah punca segala musibah yang melanda Malaysia? Mahathir punca segala sistem pentadbiran dalam negara ini punah ranah. Institusi Raja, Legislatif, Kehakiman, Eksekutif semuanya menjadi tunggang langgang dikerjakan Mahathir semasa zaman pentadbirannya.

Kini kita sedang menanggung segala macam kesan ekoran daripada kerosakan yang dibuat Mahathir selama ini. Dan ingatlah pertembungan Mahathir dan Najib ini tidak akan membawa keuntungan kepada Pakatan Rakyat dan seluruh rakyat Malaysia.

Strategi yang baik untuk Pakatan Rakyat adalah menghambat Mahathir, Daim dan kroni-kroni ketika ini dan kemudiannya berhadapan dengan Najib dalam Pilihanraya Umum nanti.

Ahmad Anwar Asyraf
Pengarah Pemikir Kaum Muda
Solidariti Anak Muda Malaysia





Link Moderat vs Ekstremis : Satu Cereka Penagih Kuasa |https://lanunmuar.wordpress.com/…/moderat-melawan-ekstremi…/

Link Najib-Mahathir dan Collateral Damage |https://lanunmuar.wordpress.com/…/najib-mahathir-dan-colla…/

Link Ada Apa Dengan Abang K? | https://lanunmuar.wordpress.com/…/09/ada-apa-dengan-abang-k/


 SUMBER

1 ulasan:

banggoi petai berkata...

Itu jawatan Pengarah sendiri lantik ke bro ... Senang kan nak jd pengarah sekarang , buat satu grup bangang bangang lantik diri sendiri jd bos . Pegi cari kerja halal laa dik , bantu mak bapak yg tanggung ko belajar dulu ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...