24 Ogos 2014
WAJAH PENCULIK & PENCEROBOH DI SABAH DIDEDAHKAN
Muktadil bersaudara.
'Kita Akan Tangkap Muktadil Bersaudara' - Pesuruhjaya Polis Sabah
KOTA KINABALU: Polis mempunyai strategi untuk menangkap tiga penculik dan pembunuh yang berpangkalan di Pulau Tawi-Tawi, yang melarikan diri ke negara mereka di Filipina selepas menceroboh perairan Sabah.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abd Rahman berkata, ketiga-tiga mereka melarikan diri selepas mengelak daripada ditangkap apabila mereka dikesan di Pulau Maiga di perairan Semporna pada kira-kira pukul 5.30 petang Khamis.
"Kita mempunyai strategi kita mengenai bagaimana untuk menangkap mereka," katanya ketika dihubungi pada Ahad.
"Kita akan tunggu mereka, dan jika mereka kembali, kita akan menangkap mereka," kata Jalaluddin.
Pada Sabtu, polis mengenal pasti dua daripada tiga penceroboh itu yang merupakan Muktadil bersaudara iaitu Badong dan Nilson.
Mereka dipercayai memasuki Sempoerna sebagai pendatang asing tanpa izin dan mungkin mahu menguji kekuatan pasukan keselamatan yang memintas mereka antara Tanjung Sirangol dan Pulau Maiga.
Kumpulan penculik bersaudara itu (di mana bapa mereka yang sudah meninggal dunia merupakan lanun terkenal) dan seorang lagi rakan sejenayah berjaya melarikan diri.
Menurut polis, Nilson tinggal di Kg Bangau-Bangau dan dipercayai terlibat dalam kes penculikan membabitkan pelancong warga China, Gao Huayun, 29, dan pekerja warga Filipina, Marcy Darawan, 40, di Singgamata pada 2 April lalu.
Pasukan keselamatan melancarkan satu operasi besar-besaran di udara dan perairan untuk memburu mereka berikutan insiden yang berlaku pada Khamis.~Mstar
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Penculik ni bukan mendapat latihan ketenteraan dari mana mana pakar pun dan tak ada alatan ketenteraan yg canggih tapi ESSCOM dan polis mesia tak boleh nak tangkap? Kalau ada satu battalion orang mcm muktadil bersaudara ni mungkin Sabah dan ditawan oleh mereka.
Catat Ulasan