10 Ogos 2014

TERHANGAT!! Selangor dijangka kembali kepada BN jika Khalid bubar DUN, Saksikan Puncanya....



Jika Tan Sri Khalid bubar DUN, Rakyat Selangor bukan saja dijangka menerima MB yang baru malah mungkin kerajaan yang baru..

Berdasarkan analisa ringkas bersama beberapa orang sahabat yang giat mengumpul dan menganalisa data-data pilihanraya yang lalu..

Terdapat sekurang-kurangnya 12 hingga 15 kerusi DUN yang dimenangi PR majoritinya tidak melebihi 15 peratus.

Dengan mengambil kira survey yang dibuat oleh UmCedel baru-baru ini iaitu peratusan sokongan terhadap Pakatan Rakyat telah menurun sebanyak 30%.

Dijangka DUN-DUN tersebut akan tumbang dengan mudah dan kembali kepada BN.

Dicampur pula dengan penolakan pengundi berbangsa Cina terhadap PAS rentetan terdedahnya sikap racist pemimpin PAS melalui WhatsApp baru-baru ini, kemenangan PAS juga akan merosot..

Pertembungan dan percakaran antara pemimpin-pemimpin PAS dan PKR baru-baru ini juga menyebabkan faktor sabotaj perlu diambil kira.

Faktor sabotaj itu juga mengambil kira sokongan PAS terhadap Khalid sebagai MB Selangor, walaupun PAS menyokong PKR telah memecat juga Khalid.

Hasilnya pengundi Cina tolak PAS, pengundi PAS pula sabotaj PKR dan pengundi PKR pula sabotaj PAS, jadi bilangan kerusi yang tumbang dijangka bertambah..

Anwar tak perlu sibuk, Khalid akan bubar DUN 

"Anwar tidak perlu sibuk untuk bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) sebab Khalid sendiri telah bermesyuarat akan membubarkannya pada masa terdekat."

Itulah maklumat terkini yang sampai di meja politik MalaysiaGazette sebentar tadi.

Kata sumber yang turut berada dalam mesyuarat tersebut yang diadakan Ahad lepas, Khalid dilihat sudah bosan dengan desakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Mesyuarat tertutup yang berlangsung di sebuah tempat itu turut menyenaraikan nama-nama calon PKR untuk bertanding pada pilihan raya negeri nanti.

"Khalid sendiri akan bertanding tetapi sebagai calon bebas.

"Jika ini berlaku, puaslah hati Anwar untuk melihat Khalid jatuh tanpa memikirkan buruknya sikap beliau di mata rakyat," katanya.

Jelasnya, pilihan raya negeri jika berlaku adalah sesuatu yang amat jijik dalam sejarah politik negara kerana ia berpunca daripada masalah dalaman parti sendiri.

"Biarlah rakyat menilai dan terserahlah kepada rakyat juga untuk nembuat keputusan memilih siapa," ujarnya lapor Malaysia Gazette


Persoalannya sekarang ialah dengan iklim politik yang tegang dan panas di Selangor.. Anwar Ibrahim ni tak takut kena sabotaj ke?



Kenyataan media oleh Tan Sri Khali Ibrahim..


Saya menerima keputusan oleh Parti Keadilan Rakyat untuk membatalkan keahlian saya dalam parti walaupun keputusan tersebut adalah salah dan cacat dari segi undang-undang.

Seperti yang saya nyatakan menerusi maklum balas terhadap Surat Tunjuk Sebab, pihak parti sesungguhnya keliru dengan butir-butir pertuduhan yang mahu dikenakan terhadap saya.

Malah, Pengerusi Lembaga Disiplin gagal menyatakan secara khusus peruntukan mana di dalam Perlembagaan Parti yang telah saya cabuli.

Saya juga ingin menyatakan walaupun saya telah memohon penangguhan sesi penjelasan kepada Lembaga Disiplin dengan mencadangkan tarikh 15 Ogos 2014 sebagai tarikh yang sesuai tetapi tiada jawapan balas diberikan.

Sebaliknya, Lembaga Disiplin tetap meneruskan pendengaran tanpa terlebih dahulu mendengar penjelasan daripada saya.

Saya tidak diberi peluang dan proses yang adil untuk menjawab semua tuduhan terhadap saya mengikut tatacara yang teratur dan adil.

Saya percaya ada tindakan sabotaj dari pihak tertinggi parti.

Saya akan mengadap DYMM Sultan Selangor untuk memaklumkan kepada baginda perkembangan terbaru ini, seterusnya mendengar pandangan baginda yang boleh dikongsi.

Sehingga isu ini diselesaikan mengikut prosedur yang betul, mengikut peruntukan undang-undang yang termaktub dalam Undang-undang Tubuh Negeri, saya akan meneruskan khidmat terbaik kepada rakyat sebagai Menteri Besar mengikut kemampuan saya.

Terima kasih kepada semua yang menyokong saya dalam menempuh masa-masa yang sukar ini.

TAN SRI DATO SERI ABDUL KHALID BIN IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

5 ulasan:

Rahimi berkata...

Sifirnya mudah, Khalid buaikan rakyat dgn duit 3billion, tp rakyat dapat apa? Jalan berlubang, sampah tak selesai. Cuba berfikir sejenak, kenapa susah benar Khalid nak letak jawatan? apa masalah kalau dia letak jawatan?

Tanpa Nama berkata...

Anuar memang celaka

Tanpa Nama berkata...

Itulah politik Malaysia pembangkang dh menang to haprak jugs gila kuasa

Tanpa Nama berkata...

seperti juga bn..ikut keputusan kepimpinan..x perlu hina mengina..

PAK JHONATANG DI MALAYSIA berkata...

WASSALALUMU AKAIKUM WARAHMATULLAHO WABARAKATU..
KAMI INI DARI MALAYSIA DAN NAMA AWA PAK JHONATAN-
MALALUI MEDIA INTERNET KAMI HANYA INGIN MENGUCAPAKAN BANYAK TERIMAH KASIH KEPADA KI DARMO-ATAS BANTUANNYA MELALUI PEMBERIAN NGKA GHOIB TOGEL MALAYISA BERHASIL SAYA MENANGKAN 200 LEMBAR WALAUPUN AWALNYA KAMI RAGU AKAN PEMBERIAN ANGKA GHOIB INI ,TERNYATA ANGKANYA BENAR BENAR TEMBUS KAMI DAPAT BANYAK DARI BANDAR TOGEL ,DENGAN PUJI SYUKUR KEPADA TUHAN YANG MAHA KUASA SAYA MENGUCAPAKN BANYAK BANYAK TERIMAH KSIH KEPADA YANG DI ATAS DAN SAMA AKI DARMO ATAS BANTUANYA...
JIKA ANDA INGIN MENANG TOGEL SPERTI KAMI SILAHKAN ANDA HUBUNGI LANGSUNG KI DARMO DI NOMOR TELPON 082-310-142-255- ATAU SILHKAN KUNJUGI BLOG AKI DARMO DENGAN CARA KETIK - http://suhuacay.blogspot.com-DAN AKI DARMO MENJUAL BELIKAN TUYUL YANG MEDATANGKAN UANG BANYAK…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...