10 Ogos 2014

PANAS! APA AKAN JADI.... PKR MUNGKIN DIHARAMKAN OLEH MAHKAMAH?

INI ANDAIAN BODOH DARI AKAR UMBI  PAKATAN RAKYAT........

UMNO TELAH DIHARAMKAN PADA 1988.....OLEH MAHKAMAH....

DALAM KES LIWAT 2 MAHKAMAH RAYUAN BATALKAN KEPUTUSAN MAHKAMAH TINGGI......
DALAM KES MB PERAK MAHKAMAH RAYUAN BATALKAN KEPUTUSAN DIMANA NIZAR LAYAK MENJADI MB SEKALI LAGI.....TAPI HANYA 24 JAM.....

DALAM KES ALTANTUYA PEMBUNUH BEBAS   OLEH MAHKAMAH RAYUAN....NAMPAK...

APA AKAN JADI Sekiranya TSK menghadap Sultan, dan sultan memberi simpati kepadanya, bererti dia tidak akan keluar dari pejabat MB. Boleh jadi juga dia akan terus membela dirinya dengan membawa pemecatan itu ke mahkamah. Dia akan meminta pengistyharan mahkamah sama keputusan dibuat Lembaga Disipilin yang dikatakan cacat sah atau tidak.

DAN MAHKAMAH AKAN BATALKAN PKR........

APA AKAN JADI,  PKR TERPAKSA MASUK PRK ...GUNA LAMBANG DAP,PAS ATAU BEBAS.....


'Keputusan salah, cacat dari segi undang-undang'


Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata keputusan PKR yang memecat keanggotaan beliau daripada parti adalah “salah dan cacat dari segi undang-undang”.

Katanya, beliau bagaimanapun tetap menerima keputusan tersebut dan akan meneruskan khidmatnya sebagai menteri besar, sementara menunggu pandangan Sultan Selangor berhubung kedudukannya.

Khalid dan Sultan Sharafuddin Idris Shah akan hadir di satu majlis di masjid negeri, Shah Alam semalam - MK


Pemecatan Khalid, ada dua kemungkinan berlaku
PEMECATAN KHALID                                                                        Hari ini dalam sejarah, Khalid Ibrahim yang pada masa ini memegang jawatan MB Selangor telah dicadangkan dipecat oleh Lembaga Disiplin partinya (PKR) yang bersidang hari ini. Alasan untuk memecat Khalid ialah kerana beliau telah melanggar arahan parti. Salah satu pelanggaran dilakukan Khalid ialah enggan berundur dari kerusi MB Selangor walaupun beliau diminta berbuat demikian secara baik.

Pemecatan Khalid daripada PKR sudah diduga tetapi ia tidak difikirkan tindakan itu diambil secara drastik. Sebelum ini Khalid meminta lembaga itu menangguhkan keputusan tindakan ke atasnya atas alasan biarlah siasatan tuduhan ke atasnya selesai dilaksanakan.

Tetapi Lembaga Disiplin parti berkenaan sudah tidak dapat bersabar dan keputusan dibuat agar Khalid dipecat terus dari parti berkenaan.

Dengan perkembangan baru itu kemelut di Selangor memasuki fasal baru yang lebih ditunggu pemerhati dan juga ahli dan parti politik, apakah akan jadi dengan Khalid. Apakah Khalid akan akur dengan keputusan Lembaga Disipilin itu dengan memunggah keluar barangan peribadinya dari pejabat MB atau tidak?

Itulah yang sepatutnya berlaku kalau Khalid seorang yang ada integriti dan ada air muka. Secara amalannya apabila beliau sudah tidak menjadi ahli parti yang mendapat dokongan dalam DUN Selangor beliau sudah hilang kelayakan sebagai MB. Jika dia masih tercokoh di situ ini bermakna Khalid tidak ada air muka dan tahu malu.

Bagaiaman pun kenyataan awal Khalid atas apa yang berlaku menampakkan dia tidak mudah untuk keluar dari pejabat MB. Seakan beliau bersedia untuk berlawan dengan partinya sampai hancur macam pesawat MH17. Dia seolah-olah yakin dia akan dibela oleh rakyat Selangor.

Alasan yang diberikan dia akan menghadap Sultan dan mahu mendapat pandangan daripada Sultan terlebih dahulu. Ertinya Khalid akan mendengar apa yang Sultan katakan kepadanya dan tidak mempedulikan apa yang partinya lakukan. Pemerhatian kini tertumpu kepada apa ulasan pihak Istana. Tindakan Khalid itu menunjukkan dia tidak "berdegis" dengan keputusan lembaga disiplin itu.

Cara Khalid itu juga secara tidak langsung telah meletakkan Istana ke dalam krisis yang berlaku itu. Sekiranya Sultan berpihak kepada Khalid akan timbul persepsi yang Istana juga mencapuri urusan politik.

Untuk malam ini saya melihat ada dua kemungkinan yang bakal dilakukan oleh Khalid. Sekiranya dia menghadap Sultan, dan sultan memberi simpati kepadanya, bererti dia tidak akan keluar dari pejabat MB. Boleh jadi juga dia akan terus membela dirinya dengan membawa pemecatan itu ke mahkamah. Dia akan meminta pengistyharan mahkamah sama keputusan dibuat Lembaga Disipilin yang dikatakan cacat sah atau tidak.

Samentera mahkamah membuat keputusan beliau ada ruang untuk berfikir bagi tindakan selanjutnya. Pelaung itu juga memberi kesempatan untuk parti-parti dalam Pakatan berfikir mencari jalan terbaik. Terutamanya Pas yang sebelum ini menunjukkan simpati kepada Khalid dalam keadaan serba salah.

Ada kemungkinan juga sekiranya Khalid berasakan dia tidak ada kekuatan dan sokongan sebagai jalan keluar beliau akan menasihati Sultan membubar DUN Selangor apabila mendapat signal daripada Sultan? Apakah keadaan ini akan berlaku. Khalid sehingga malam ini masih MB Selangor dan beliau masih ada kuasa untuk menasihati Sultan.

Dalam perkembangan lain tindakan Lembaga Disiplin yang mencadangkan Khalid dipecat menunjukkan lembaga itu tidak mengambil peduli kepada hasrat Majis Syura Ulamak (MSU) Pas yang mahukan Khalid dikekalkan menjadi MB. Keputusan segera lemabaga itu seolah-olah ingin membalas dendam ke atas tindakan MSU Pas yang membuat keputusan tanpa mengambil kira semangat permaufakatan dalam Pakatan Rakyat.

Ulasan dan perkembangan seterusnya akan menyusul. ~MSO

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Keputusan makamah rakyat..........khalid takda maruah.

Tanpa Nama berkata...

Khalid muka tak malu......orang tak suka boleh belah....

Tanpa Nama berkata...

ORANG POLITIK jangan jadi jenis muka tebal
ORANG POLITIK jangan BERHUJAH BAIK DAN BERNAS tapi diletaknya di tempat dan masa yang salah dan tak sesuai

Tanpa Nama berkata...

khalid tak boleh bawa kes ke mahkamah sebab undang-undang ROS menyatakan urusan parti hanya parti saja boleh selesaikan dan tidak di benarkan mahkamah masuk campur.

Tanpa Nama berkata...

Kita boleh lupa hssan ali..tp kita x kn lupa apa yg hasan ali cuba buat masa pr menang di selangor..

Tanpa Nama berkata...

Artikel ini agak lemah.. Kuasa undi x percaya ahli dun pd mb nak letak kt mna.. Pkr 13 + Dap 15 + cuma 1 kerusi dari Umngok atau Pas sudah cukup utk merentap turun mb slngor.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...