16 Ogos 2014

Kenyataan Hasnul Baharuddin Adun Yang Mengkhianat PAS



Gambar: Too ngee pun sokong yb hasnul anda pun sokong jugakkan

Kenyataan YB Hasnul b Baharuddin Adun Yang Mengkhianat PAS




Assalamualaikum.

Tindakan PAS sengaja melambat2 kan usaha melantik Menteri Besar adalah satu kesilapan yang besar dan pendapat ini dikongsi bersama kebanyakan AJK PAS Pusat.

Itulah sebabnya Presiden tidak memanggil mesyuarat AJK PAS Pusat yang mempunyai kuasa eksekutif. 10/8 di tunda ke 13/8 ke 17/8.

Alasan untuk bargain dan tidak bersetuju dgn Dr Wan Azizah adalah tidak munasabah. Kita pakatan rakyat boleh duduk berbincang sehingga rentung dan hantar satu nama. Kalau sultan tolak kita hantar nama lain dan seterusnya. Tapi kita terus amik sikap sambil lewa. Sehingga imej kita rosak di mata pengundi2 pLPakatan Rakyat terutama bangsa Cina. Pesuruhjaya Selangor tidak memanggil mesyuarat dan ambil tindakan proaktif dan serahkan 100 peratus ke pusat. Kita yang duduk di Selangor tentu lebih faham dan seharusnya bertanggungjawab.

Saya yang menyokong pakatan rakyat akan di hadap ke tindakan disiplin.

Macam mana exco yg bersekongkol dengan mb bebas dan memecat semua exco pakatan rakyat yang lain. Kalau tidak kerana tindakan saya hari ini, semua ahli majlis PKR dan DAP pun akan di pecat oleh Khalid Ibrahim dan disokong oleh EXCO2 PAS yang wala' dengan pimpinan kononnya. Siapa yang khianat sebenarnya. Pejabat MB sudah telefon bekas2 ahli majlis yang sudi untuk setia dengan Khalid Ibrahim.

Exco2 pakatan rakyat dipecat dan dihalau keluar bersama dengan 30 staf2 dan ada yang tunggu masa hendak bersalin. TSKI juga seorang yang suka meninggalkan solat. Majlis syura ulamak tahu tak maklumat ini?

EXCO yang duduk berjam2 dengan TSKI boleh mengesahkan perkara ini. Kenapa nak pertahankan tski sampai setengah mati?

Saya mengambil tindakan ini untuk menyelamatkan pas dari terus hanyut dengan tindakan2 yang merugikan.

Kita kata masih bersama PR tapi perbuatan kita menghancurkan PR.

Saya sudah bersedia untuk terima apa juga akibatnya dari tindakan saya.

Hasnul b Baharuddin


** Di salin melalui fb, Wallahu Aklam




ADUN Morib selar pimpinan Pas

Hasnul Baharuddin


Ahli Dewan Undangan Negeri Morib, Hasnul Baharudin berkata, tindakan Pas sengaja melambatkan usaha melantik Menteri Besar baru adalah satu kesilapan yang besar.

Menurutnya, pendapatnya dikongsi bersama kebanyakan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat.

"Itulah sebabnya Presiden tidak memanggil mesyuarat AJK Pas Pusat yang mempunyai kuasa eksekutif dan 10 Ogos sengaja ditunda ke 13 Ogos dan ke 17 Ogos.

"Alasan untuk bargain dan tidak bersetuju dengan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail adalah suatu tindakan paling tidak munasabah. Kita Pakatan Rakyat boleh duduk berbincang sehingga rentung dan hantar satu nama. Kalau Sultan tolak kita hantar nama lain dan seterusnya sampai setuju.

"Tapi Pas terus ambil sikap sambil lewa. Sehingga imej kita rosak di mata pengundi-pengundi Pakatan Rakyat terutamanya bangsa Cina. Pesuruhjaya Selangor takut untuk memanggil mesyuarat dan ambil tindakan proaktif dan serahkan 100 peratus ke pusat. Kita yang duduk di Selangor tentu lebih faham dan seharusnya bertanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hasnul memberitahu, beliau yang menyokong Pakatan Rakyat akan dihadapkan ke tindakan disiplin dan mempersoalkan adakah itu parti Islam yang kita agung-agungkan?

Menurutnya, kalau di Kelantan atau Kedah mungkin boleh tapi ini Selangor yang keadaannya jauh berbeza.

"Kita mesti mengambil hati pengundi khasnya kaum Cina," katanya.

Beliau juga hairan dengan sikap Exco yang bersekongkol dengan MB bebas yang disifatkan gila kuasa dan memecat semua Exco Pakatan Rakyat yang lain.

"Kalau tidak kerana tindakan saya hari ini, semua ahli majlis PKR dan DAP pun akan dipecat oleh Khalid Ibrahim dan disokong oleh Exco-Exco Pas yang wala' dengan pimpinan kononnya.

"Siapa yang khianat sebenarnya? Pejabat MB sudah telefon Ahli Majlis yang sudi untuk setia dengan Khalid Ibrahim," katanya.

Menurutnya, ada Exco-Exco Pakatan Rakyat dipecat dan dihalau keluar bersama dengan 30 staf yang ada dalam kalangan mereka yang tunggu masa hendak bersalin.

Beliau juga mendakwa Abdul Khalid juga seorang yang suka berfoya-foya.

"Majlis Syura Ulamak tahu tak maklumat ini? Kalau tak tahu tanyalah. Jgn butakan mata!

"Exco yang duduk berjam-jam dengan Abdul Khalid boleh mengesahkan perkara ini. Kenapa nak pertahankan Abdul Khalid sampai setengah mati terutamanya Pesuruhjaya Pas Selangor tu?," tanyanya.

Tindakan yang diambil bersama ADUN Saari Sungib bagi menyelamatkan Pas daripada terus hanyut dengan tindakan yang merugikan.

"Kita kata masih bersama PR tapi perbuatan kita yg menghancurkan PR. Saya sudah bersedia untuk terima apa juga akibatnya dari tindakan saya. Buatlah tindakan ke atas saya kalau berani sebelum saya buka semua keaiban semua pimpinan Pas Selangor," katanya.--MalaysiaGazette

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

INI adun kampung aku Kat Kanchong darat.dia Ada kedai farmasi.rupa nya dia golongan anwaris/erdogan.

Tanpa Nama berkata...

golongan mana pun ok asal bukan umno haramjadah.. umno yg suka label anwarinas dan erdogan ni

Tanpa Nama berkata...

golongan mana pun ok asal bukan umno haramjadah.. umno yg suka label anwarinas dan erdogan ni

Tanpa Nama berkata...

Hasnul Baharuddin,
Awak ADUN PAS, tapi cakap macam orang tak berilmu. MEMALUKAN terutama bab TSKI selau meninggalakn Shalat.

Berapa kerap awak bersama TSKI sepanjang hari hingga tahu dia sering meninggalkan Shalat?

Tahukah kamu lidah adalah bahagian terbaik dari satu sembelihan, dan lidah juga bahagian terburuk dari satu sembelihan.

Hasnul tahukah kamu siapa yang MUFLIS ketika hari kebangkitan?

RasulAllah s.a.w pernah bertanya para sahabat perkara ini, seperti biasa sahabat meminta RasulAllah menjelaskannya.

SEORANG YANG MUFLIS DIHARI KEBANGKITAN IALAH SEORANG YANG DATANGN KEPADA ALLAH UNTUK DIHISAB DENGAN SEGALA AMAL DALAM KEADAAN TERBAIK.... SOLAT, SEDEKAH JARIAH, PUASA, HAJI SEMUANYA 100% RWEBAIK. NAMUN ALLAH MENGISTIHARKANNYA MUFLIS KERANA TIDAK MENJAGA LIDAH, MENFITNAH, MENGUMPAT KEJI DAN MENYAKITI ORANG LAIN DENGAN LIDAH YANG TIDAK DIJAGAA.

Yakinlah anda BOLEH TERGULUNG dalam gulungan ini dengan hanya bersiakap ' hear say' ini.

NASIHAT bertaubat dan tarik balik tuduhan yang tidak tentu punca dan asal usulnyaa...... Hanyan untuk political survival.

Sebagai ADUN PAS anda patut bercakap atas dasar ilmu dan iman.

Jangan ikut sedap mulut AZAB ALLAH AMAT PEDIH.

Wallah hu 'alam.

Tokwan Perak

Tanpa Nama berkata...

Apa2 pun pimpinan PAS t'lalu lambat membuat keputusan t'hdp isu yg amat kritikal ini.. Biarkan PAS ditadbir oleh golongan Profesional..

Tanpa Nama berkata...

Semuanya takdir dan ujian belaka. Paling tidak dpt sedarkan pkr yg tindakan bodoh ni berpunca dari mrk. Tak sabar nk jatuhkan kwn dan buat keputusan belakangkan rakan. kani tetap sokong pimpinan ulama.

SuJeng berkata...

Tganu, Kedah dan kini Selangor .... Membuktikan PAS gagal bertindak proaktif sbg parti politik. Presiden perlu diganti.... Kalu x selamat jalan pas......

Unknown berkata...

8/16/2014ADA YANG DAH TAHU TAPI BIAR ORANG DIA MAKI HADI AWANG, SUNGGUH TAK PATUTApa Cerita Sultan Selangor Panggil TG Haji Hadi Pada 5 Syawal?****August 16, 2014***Sedikit pendedahan( untuk ahli pas)* *
Sultan panggil mengadap tuan guru haji hadi pada syawal ke 5.* *
Sultan beritahu tak mahu wan azizah jadi mb. Sultan suruh haji hadi beri nama dari wakil pas.* **
*
Haji hadi menolak sebab dalam pr, wakil mb selangor dah sepakat nak lantik dari wakil pkr. Atas semangat setia kawan.* *
Anwar pergi ke terengganu untuk suruh haji hadi tanda tangan sokongan supaya azizah jadi mb. Haji hadi tak mahu sebab sultan tak setuju dengan azizah.* **
*
Pas arah exco supaya terus kerja supaya khalid tidak bekerja sama dengan umni dengan perkenan sultan. Pas hanya suruh bersabar tak lama hanya 1 minggu je.* **
*
Sekarang pkr dan dap serta orang yang tak tahu apa-apa dok hina dan caci haji hadi dan tuan guru nik aziz sebab katanya tak ada semangat setia kawan dan khianat dengan pakatan rakyat la.* **
*
Puas hati kutuk presiden pas dan pemimpin pas yang lain?* *
Boleh sebarkan dan print screen.*~PakKaramu~ 
pada 8/16/2014 03:23:00 AM

Linda Hussain berkata...

Cepat2 bagi nama pun sultan bukan ada di Malaysia utk perkenankan. Terburu-buru pun tak profesional juga..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...