MIRI - Sepasang suami isteri berdepan situasi menakutkan apabila seorang pemandu lori sampah melepaskan satu das tembakan ke arah mereka selepas berang kerana ditegur memandu dalam keadaan berbahaya.
Dalam kejadian pada kira-kira 3,30 petang semalam di Jalan Kubur, Sungai Rait Bakam di sini, suami isteri itu bernasib baik kerana tempakan itu hanya terkena cermin kereta bahagian pemandu.
Ketua Polis Miri, Asisten Komisioner Gan Tian Kee berkata, suspek dipercayai menggunakan senapang angin buatan sendiri dan menggunakan guli sebagai peluru.
"Polis sedang memburu suspek dan berdasarkan gambaran mangsa, suspek berumur 20-an berambut panjang hingga bahu, bertatu di tangan dan lengan," katanya
kepada Bernama di sini hari ini.
Katanya berdasarkan laporan polis dibuat pasangan itu pada pukul 5.22 petang semalam, pengadu yang juga suami berumur 35 tahun mendakwa sebelum insiden tembakan berlaku suspek memandu lori dipercayai dalam keadaan mabuk dan laju sehingga hampir melanggar kereta pengadu dan menyebabkan kedua-dua kenderaan terhenti.
Beliau berkata, pengadu menegur sikap suspek yang memandu dalam berbahaya menyebabkan suspek naik berang lalu mengacukan senapang angin ke arah pengadu.
Tian Kee berkata, pengadu cuba menenangkan suspek dan pada masa sama cuba merampas senapang angin menyebabkan berlaku pergelutan.
"Sewaktu berlaku pergelutan isteri pengadu cuba meleraikan keadaan tetapi terkena tumbukan suspek menyebabkan dahi isteri pengadu lebam," katanya.
Menurutnya tatkala pasangan suami itu melarikan diri dari tempat kejadian, pemandu lori telah melepaskan tembakan ka arah mereka dan terkena cermin depan bahagian pemandu dan hanya menyebabkan cermin itu calar.
Tian Kee berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 33 Akta Senjata Api 1960 kerana memiliki senjata api tanpa permit yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun jika disabitkan kesalahan. - Bernama
1 ulasan:
Wow !!
What A Suprise !!
This Is Beyond Your Imagination !! >>>> CLICK HERE
Catat Ulasan