18 Jun 2014
MANTAN MB KESAL , DIPECAT KERANA ORANG BUAT KERJA BETUL....SAHLAH UMNO PARTI MERAPU....
Sanusi pertikai pemberhentian Sabbarudin
HARAKAHDAILY | 17 Jun 2014.
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kabinet dan Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid (gambar)mempertikaikan tindakan memberhentikan Tan Sri Sabbaruddin Chik daripada jawatan Pengerusi Bank Rakyat dan menyifatkan bekas rakannya dalam kabinet itu sebagai berintergriti tinggi.
Menulis dalam blognya, Sanusi mendedahkan bahawa Sabbaruddin sepanjang pengetahuannya tidak pernah meminta untuk menjawat Pengerusi Bank Rakyat namun ditawarkan ke jawatan itu oleh menteri yang bertanggung jawab ke atas koperasi pada waktu itu.
"... Menteri yang bertanggungjawab ke atas koperasi di waktu itu, pernah menjadi Setiausaha Politik Tan Sri Sabbaruddin, maka tidak hairanlah jika Menteri berkenaan terfikir mengenai kelayakan bosnya dulu untuk dipertanggungjawabkan dengan tugas menjadi pengerusi bank.
"Sudah tentu menjadi Pengerusi Bank Rakyat itu lebih mudah dari menjadi seorang Menteri atau Setiausaha Agung Umno," ujarnya.
Mengimbau kembali persahabatannya dengan Sabbaruddin sejak di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Sanusi menceritakan pengalaman rakannya itu ketika berkhidmat sebagai pegawai bank, setiausaha Dewan Perniagaan Melayu Negeri Sembilan dan aktivis politik.
"Kami juga, selain pernah duduk bersama di dalam Kabinet Malaysia, sama-sama berpengalaman menjadi Setiausaha Agung Umno Malaysia," tulis Sanusi.
Beliau turut menceritakan pengalamannya meminta bantuan Sabbaruddin untuk meluluskan pinjaman bagi mendirikan rumah di satu kawasan ketika rakannya itu menjawat Pengerusi Bank Rakyat.
"... permohonan saya telah ditolak kerana pendapatan pencen saya tidak mencukupi untuk membayar balik hutang jika diberi.
"Saya terima penolakan ini dengan hati terbuka dan dengan itu jelaslah bahawa Tan Sri Sabbaruddin tidak mengguna pengaruhnya untuk menolong kawannya, dan menyerah pihak pengurusan bank untuk membuat keputusan mereka secara profesional," katanya.
Sanusi mengakui tidak malu mendedahkan perkara itu kerana kesal dengan tuduhan sesetengah pihak yang menganggap Sabbaruddin seolah-olah mementingkan diri sendiri apabila mempertikaikan penamatan kontraknya sebagai Pengerusi Bank Rakyat.
"Bagi yang tidak emosional adalah perlu mereka melihat sebabnya Tan Sri Sabbaruddin diberhentikan.
"Jika seseorang itu menganggap keluhan Tan Sri Sabbaruddin itu tidak benar maka mereka membenarkan cara penggunaan dana Bank Rakyat tanpa mempedulikan tanggung-jawab kepada pemegang saham, yang menjadi pemilik bank itu, dan mereka juga membenarkan penyalahgunaan kuasa dalam memberi pinjaman sedemikian," tulis Sanusi.
Beliau turut mengakui terkesan dengan sebab pemberhentian Sabbaruddin berdasarkan pengalamannya sebagai pegawai kanan bank saudagar milik asing yang mementingkan profesionalisme dalam pengurusan.
Tulisan penuh Sanusi boleh diikuti di sanusijunid.blogspot.com -
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Dlm politik dan masih berkuasa pendapat mereka masih berbisa. ..
Tetapi bila dah pence. . Jangan harap laa orang nak dengar...
Catat Ulasan