30 Mei 2014

PUSAT " KARAOKE BELACAN MADU" DIROBOHKAN MPK



Gerai makan ini dirobohkan oleh MPK semalam selepas disalahgunakan menjadi pusat karaoke.

MPK robohkan karaoke pondan


KUALA PERLIS - Sebuah pusat karaoke yang dikenali ‘karaoke belacan madu’ dirobohkan pihak berkuasa tempatan semalam selepas ia menyediakan ‘artis pondan’ untuk hiburan orang ramai sehingga pagi.

Gerai makan milik Unit Pentadbiran Daerah (UPD) di tanah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) di Sungai Baru, di sini, beroperasi sejak dua tahun lalu disalahgunakan oleh pemilik kedai tersebut sehingga mencemarkan agama Islam.

Menurut Setiausaha Majlis Perbandaran Kangar (MPK), Suhaimi A Majid, operasi merobohkan pusat karaoke tersebut turut disertai polis, Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips), UPD, Mada, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) pada jam 9 pagi semalam.

“Pihak MPK beberapa kali mengeluarkan notis kepada pemilik pusat karaoke supaya menghentikan aktivitinya namun tidak diendahkan sehinggalah semalam, kami terpaksa ambil tindakan.

“Dah banyak kali teguran diberikan, malah penduduk sekitar juga tidak senang dengan tempat itu yang menjadi tempat maksiat pondan-pondan muda itu menari dan berjoget sehingga ke atas jalan dengan pakaian yang tak senonoh manakala pelanggan pun turut menari sama hingga ke pagi,” katanya ketika ditemui selepas merobohkan bangunan tersebut.
Tambah Suhaimi, selain menjadi tempat maksiat dan menyalahgunakan gerai jualan UPD, pemilik pusat karaoke itu tidak mempunyai sebarang lesen malah turut membesarkan kedai tersebut tanpa kebenaran.

Katanya, pihaknya kini sedang mengkaji untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik gerai terbabit yang merupakan penduduk tempatan.

“Aktiviti di pusat karaokenya telah jejaskan imej negeri yang mahu menjadikan negeri ini sebagai negeri Sunnah Wal Jamaah, pihak kami tidak akan membiarkan pihak yang tidak bertanggungjawab menjalankan aktiviti tidak bermoral di negeri ini.

“Selain merosakkan imej negeri, pusat karaoke ini menggunakan nama belacan madu sehingga memalukan pengusaha belacan madu itu sendiri yang mencari rezeki halal menjual belacan di negeri ini termasuk seluruh negara,” katanya.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

CC Untutk Tuan Admin untuk tunjuk kejahatan TB Malaysia Waves

MENJAWAB TUDUHAN TULANG BESI @MALAYSIA WAVES.
Khalid Ibrahim, KIDEX, Hutang Bank Islam dan Kegagalan Menawan Putrajaya

Tuan2 dan puan2, agenda buruk Malaysia Waves mengfitnah MB Khalid. Full article dia boleh baca kat:
http://www.malaysiawaves.net/2014/05/khalid-ibrahim-kidex-hutang-bank-islam.html
Cukup-cukuplah kelentong Encik TB, point dia cukup mudah dijawab:
Tuduhan Pertama Malaysia Waves : Kegagalan Menawan Putrajaya adalah sebab MB Khalid
Wuuuuuiiiiiiiii Sungguh tiga suku rumusan ini. PRU-13 PR dapat seat parlimen:
Banyak di Penang, Selangor, dan Kelantan
Agak banyak tapi tak dapat control state kat Perak, Terengganu dan Negeri
Lain-lain negeri, agak sikit.
(Detail pi kat SPR punya website)
Jadi macam mana MB Selangor bertanggungjawab pasal kekalahan PR dekat PRU13 . Adakah PR dapat sikit seat id Sabah sebab MB Selangor. PPPPPIIIIIIIIIRAHHHHHHH tiga suku punya hujah
Tuduhan Kedua Malaysia Waves: Perjanjian air Kosmpirasi MB Khalid
MB Khalid dah buat presentation dekat pemimpin tertinggi PR, dan semua dah agree lepas presentation. Woiiiittt TB Piiiiiiirrrrraaaaaaaah, semua dah setuju apa ada isu
Tuduhan ketiga Malaysia Waves: Bank Islam milik UMNO
Piiiiirraaaaaahhh, Bank Islam dikontrol oleh Tabung Haji dan PNB. Kantoiiiiiiii!!!!!! Hujah silap.
Pasal loan MB Khalid, Kamu ada restructuring scheme dia????? Tak de bukti jangan kencing. Kamu tau kerr Term and condition of the loan. Pirrrrrrahhhhhhhh
Tuduhan KeEmpat: State spending tempat melayu kurang.
Piiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiirahhhhh. BN menang bany ak kerusi DUN di kawasan Parlimen Hulu Selangor, Kuala Selangor, Tanjong Karang dan Sabak Bernam. Kebanyakan tempat ni ditandingi oleh PAS. Khalid Samad tak hingaq, Dr Rani tak hingaq… Who are you. Bloody fool Mr TB at Malaysia Waves
Tuduhan Keempat :MB Khalid sokong MRT
Ini projek Federal Govt. semua benefit. Semua olang mau good public transport. Mungkin TB at Malaysia Waves duduk dalam hutan kottt. Tak mau public transport… Piiirahhhhhhhh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...