25 April 2014

PANAS! PEMILIHAN PKR..BUDAYA LUCAH DAN KOTOR MULA BERLEGAR...INI DAH JADI BUDAYA UMNO...


Terdesak dan Panik Kehilangan Jawatan, Taktik Kotor Mula Menjadi Senjata Kempen

Laporan Umum
25 April 2014

Terdesak dan Panik Kehilangan Jawatan, Taktik Kotor Mula Menjadi Senjata Kempen

Empayar yang cuba dibina sejak sekian lama kini menemui jalan buntu apabila sokongan yang hadir pada Pemilihan PKR 2014 tidak seperti yang diharapkan. Elitis yang menguasai jawatan-jawatan utama parti kini berdepan penyingkiran dan bakal diganti demi masa depan bersama.



Lantas kedudukan terdesak empayar ini telah memaksa butang panik ditekan 48 jam menjelang sepak mula pemilihan parti apabila muncul akaun media sosial palsu bagi tujuan penyamaran dan taktik keji. Modus operandi ini pernah digunakan dalam pemilihan 2010 dan tidak mustahil ia dilaksanakan semula oleh kumpulan yang sama.

Diasak hebat dari segenap sudut hingga empayar mula berpecah dan ditinggalkan oleh muka lama dan baru, maka permainan kotor menjadi pilihan untuk dimulakan. Sebuah akaun twitter di atas nama @MasaDepanBsama telah dicipta bagi tujuan propaganda jahat, dengan sengaja menuduh Azmin Ali terlibat dalam satu skandal seks. Tohmahan tersebut seolah-olah hadir dari kem Datuk Saifuddin, YB Izzah dan YB Rafizi, yang juga membentuk pasukan utuh dengan tagline 'Masa Depan Bersama'.





Ini suatu fitnah yang disusun. Penafian telah segera diumumkan sendiri oleh YB Izzah dan Rafizi. Malah taktik kotor ini dikutuk oleh seluruh ahli dan pendokong parti. Diharapkan juga semua pihak khususnya media berperanan melaporkan perkara sebenar dengan jelas dan tanpa prejudis.


Tidak menolak kemungkinan, Pemilihan 2014 mula dicemar selepas wang ringgit dan 'makan hotel' tidak mampu membeli jiwa ahli-ahli parti keadilan yang layak mengundi. Barangkali mereka lupa bahawa parti ini jauh lebih baik dari parti rasuah Umno dan yang sewaktu dengannya.


Bagi kumpulan yang berdepan 'empayar' ini, tahniah diucapkan kerana mengamalkan pertembungan secara sihat. Yakin dan percaya bahawa kita tidak perlu 'modal' dan taktik kotor sebegini untuk bersaing dalam pemilihan keadilan, kerana kita jauh lebih baik dari gerombolan yang amalkan politik kelucahan.


Sekian


Edy Noor Reduan
Pemerhati Tidak Rasmi
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)


Untuk makluman penjelasan lanjut dan perkembangan kempen terkini, sila ke laman sosial berikut - https://www.facebook.com/pages/Saif4TP/694137790627599

3 ulasan:

kijfd berkata...

yang buruk semuanya berpunca dari azmin ali.
apa nak jadi dengan cicak mengkarung yang ada dalam pkr.

ahli parti tak boleh menerima pemimpin yang sudah tersungkur ditangan umno pada pru 13 lalu.

cicak mengkarung perlu dihapuskan dalam pkr pada pemilihan kali ini.

Qaseh Bonda berkata...

Umno gelak sakan tengok acara kempen pkr. Kurang2nya puak depa tak kempen jatuhkan kawan dalam sama parti.

Budaya macam ni kalau diteruskan jangan harap nak tawan putrajaya. Memang patut pun kalau Anwar masuk jel. Baru depa pakat bersatu hati.

Belum pun setahun jagung dah gah seropa depa dah kayu teras macam PAS dengan DAP.

Pengundi jadi keliru bila yang kira undi, yang jadi ketua undi, pengurus undi termasuk segala rombongan che kiah, awai2 dah bawa mesej wajib pangkah sapa bahkan yang dok pondok panaih tu bukan ka satu parti dah pakat jadi musuh dalam bilik undi.

Rentilah PKR ooii nak tiru sistem ala2 pilihanraya. Kata bebas...ikut suka kita nak pilih sapa. Mana ketelusan, dimana ketulusan...

Wira tak didendang!

Unknown berkata...

ha ha ha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...