Exco-exco selangor terus mantap membuat kerja bagi rakyat selangor...sedangkan media pro umno terus memainkan isu peletakan jawatan beliau....
Selangor Dapat MB Baru? – MPP PKR Putuskan Khalid Diganti Dengan Azmin
Nampaknya impian Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali untuk menjadi Menteri Besar Selangor semakin cerah apabila Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu yang bermesyuarat sebentar tadi memutuskan beliau mengantikan akan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di negeri berkenaan.
Akhbar Sin Chew dalam laporan muka depannya untuk edisi petang hari ini melaporkan mesyuarat yang dipengerusikan Anwar Ibrahim bersetuju dengan pertukaran itu.
Namun, tidak dinyatakan bila majlis pertukaran tersebut akan dilangsungkan dan sebarang pertukaran kepimpinan Menteri Besar perlu mendapat perkenan Sultan Selangor terlebih dahulu.
Azmin yang merupakan pemimpin politik kelahiran Singapura sebelum ini dilakporkan mempunyai hubungan dingin dengan Khalid.
Keadaan menjadi lebih teruk apabila Azmin dipecat sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Sebelum itu Khalid membuat kejutan apabila membuat pengumuman untuk mencabar Azmin bagi jawatan Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan parti yang akan berlangsung pada April ini.
Keinginan meluap-luap Azmin untuk menjadi Menteri Besar Selangor sangat nyata dan jelas terutama selepas pilihan raya umum yang lalu sehingga wujud khabar angin beliau mahu meninggalkan PKR apabila tidak dilantik ke jawatan impiannya itu.
4 ulasan:
HARAM JADAH jika perkara ini berlaku......
DSAI dah kena nasi tangas AZMIN....
Jika ini benar saya dan keluarga akan BERHENTI DARI MENGUNDI PKR..... saya dah berpesan pada keluarga saya PRU 14 hanya undi PAS atau DAP.....
AKU DAN KELAURGA AKAN PULAU MANAJUGA AKTIVITI PKR......
Jika 1998 dulu aku birat badan dilibas FRU, pedih mata disimbah air kimia dan koyak baju untuk DSAI kini masa untuk MENGUCAPKAN SELAMAT TINGGAL DSAI DAN AZMIN.....
Percayalah jika Khalid diganti oleh Azmin, pasti rakyat Selangor akan bangkit. Mereka akan keluar be4amai-ramai membantah. Bantah ini akan berterusan kerana PDRM tak akan buat apa-apa untuk menghalang kerana ini akan menguntungkan UMNO.
Juga bersedialah PKR untuk dihukum oleh rakyat Selangor dalam PRU 14 nanti. Yang menang nanti hanya PAS dan DAP. Calon PKR akan dikalahkan oleh rakyat.
Saya bukan ahli PKR tetapi tetap mengatakan TS Khalid tidak berpengalaman dalam politik dan Azmin lebih berupaya dalam politik. TS Khalid menolak banyak aktibiti parti politik dengan alasan tidak mau ada kepentingan parti politik dalam urusan kerajaan negeri tetapi beliau lupa yang politiklah meletakkan beliau disitu. Banyak contoh telah berlaku dan beliau patut menjadi exco dahulu sebelum menjadi MB, bila jadi MB terjadi kejutan pada beliau.
Tak betul pendapat saudara Tanpa nama tu,kalu setakat pengalaman politik...tak tau mengurus mcm najib Dan seangkatan umno bn nya...merana rakyat Dan negara,dah elok ds Khalid tu,diganti dgn azmin maka hancurlah jwbnya....tiada bakat mengurus..not a leader,only to be follower.
Catat Ulasan