18 Januari 2014

PANAS ! AZMIN CADANG PECAT TS KHALID DARI JAWATAN MB...SEDARLAH PKR HANYA MINORITI DALAM PAKATAN SELANGOR !!!


Tidak mengejutkan dengan cadangan Timbalan presiden PKR untuk menyingkirkan TS Khalid dari jawatan MB politik untuk agenda peribadi dan kroni semakin terserlah.

 Jawatan MB sebenarnya menjadi idaman beliau kerana kegagalan pakatan menawan putrajaya dan beliau terlepas jawatan menteri kanan. 

Apabila PKR gagal menjadi parti utama dalam gabungan pakatan rakyat membentuk kerajaan di Selangor sebenarnya peluang beliau semakin tipis untuk menjadi MB. Tanpa sokongan parti PAS dan DAP yang menguasai 15:15:14 (pkr) adalah susah bagi beliau untuk mencapai cita-cita tersebut.

Kepimpinan Azmin memang kurang disenangi oleh PAS sendiri sejak dari dulu




Lapuran dari TMI dibawah:

Dipecat sebagai MB Selangor: Khalid serah kepada rakyat, ahli parti

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersalam dengan peserta dialog di Kuala Selangor. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 18 Januari, 2014.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini berkata, beliau menyerahkan cadangan pemecatan beliau sebagai menteri besar Selangor yang diusulkan oleh Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dalam mesyuarat parti tersebut baru-baru ini kepada rakyat dan ahli parti.

Menteri besar Selangor yang enggan mengulas lebih lanjut mengenai isu tersebut bagaimanapun hanya menyifatkan isu yang melanda antara beliau dan Azmin itu sebagai isu politik.

"Itu hal politik. Isu tersebut biarlah ditentukan oleh rakyat dan ahli parti sendiri," katanya kepada media selepas menghadiri program dialog bersama penduduk di Kuala Selangor.


Sebelum ini, The Malaysian Insider melaporkan Abdul Khalid hampir hilang pekerjaannya dua malam lalu apabila Azmin yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa dan penyokongnya mencadangkan beliau disingkirkan daripada kerusi itu.

Ia berlaku rentetan kemarahan penyingkiran Azmin sebagai ahli lembaga pengarah anak syarikat kerajaan negeri Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), namun ia diselamatkan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menolak cadangan itu.

The Malaysian Insider difahamkan cadangan itu hangat dibahaskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR pada malam Rabu lalu yang dipengerusikan oleh Anwar.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Azmin...azmin,perangai umnonya ada lagi..

Tanpa Nama berkata...

Janganlah mementingkan diri saja...
Berpecah kerana berebut jawatan...
Bersatulah untuk Kebaikan semua...

Tanpa Nama berkata...

jawatan MB selangor bukan hak PKR...
jika khalid disingkirkan...jawatan MB mesti diisi wakil dari PAS, kerana mereka punya kerusi yg banyak dari PKR....

azmin bakal menghakiskan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...