17 November 2013

RAKYAT KEDAH BANYAK YANG MEREMPAT, JENGOI-JENGOI SAMA....PARLIMEN SENDIRI

Baling - MP dok Filipina sana tolong mangsa taufan, rakyat kawasan sendiri dok merempat..!!

Sanggup hutang bina pondok

Kediaman Sazila dan keluarganya yang semakin mereput.

BALING - Lima beranak di Kampung Charuk Bunting teringin untuk memiliki rumah yang selesa berikutan keadaan kediaman mereka yang semakin uzur.

Azman Abdullah, 29, tinggal bersama pasangannya, Sazila Afiza Md Saad, 29, bersama tiga anak mereka Azman Noraina Syafarina, 6, Noraina Syafina, 3, dan Mohd Amar Irfan yang berusia sebulan.

Sazila berkata, suaminya yang hanya bekerja sebagai pemandu lori tidak mampu menanggung kos baik pulih kediaman itu yang semakin mereput.Menurutnya, dia dan keluarga terpaksa hidup dalam kesejukan berikutan keadaan kediaman yang bocor dan tiris terutama pada waktu hujan.

"Pendapatan suami tidak seberapa, tambahan pula tiga anak masih kecil."Setiap kali hujan, memang terpaksa tadah besen ataupun bekas. Kalau tidak rumah akan dipenuhi air," katanya.

Katanya, disebabkan tidak tahan dengan kehidupan itu suaminya terpaksa berhutang membina ruang kecil sebagai pengganti kediamannya."Memang terpaksa buat, sebab keadaan kediaman yang teruk, tambahan pula ada anak kecil, walaupun tidaklah begitu selesa, sekurang-kurangnya dapat elak dari tempias hujan," katanya.


Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP), Mansor Yaakob berkata, pihaknya menyokong penuh permohonan bantuan rumah yang dipohon keluarga terbabit.Menurutnya, pada mulanya nama mereka sudah tersenarai dalam penerima bantuan rumah, bagaimanapun, disebabkan masalah tertentu mereka gagal menerima bantuan itu.

"Disebabkan itu, saya berharap permohonan mereka ini dipertimbangkan semula, kerana mereka sememangnya layak untuk menerima bantuan ini," katanya.

Gambar: Menyambut ketibaan Dato Paduka Hj Mukhriz B.Tun Mahathir Menteri Besar Kedah  di Royal Langkawi Yatch Club. Selamat datang Dato Paduka ke Perasmian Naza World Cup Asia PaintBall Langkawi 2013.
#15/11/2013 #10.30 Am.
Tolong tengok..rakyat-rakyat kedah yang susah dan laih.....jangan dok kira projek-projek mewah saja..

Gambar: Mengiringi Dato Paduka Hj Mukhriz melawat tapak & taklimat pembinaan LICC dan St Regins Hotel di Hotel Westin Resort.
#15/11/2013#2.30Pm
Hj Mukhriz melawat tapak & taklimat pembinaan LICC dan St Regins Hotel di Hotel Westin Resort.
15/11/2013- 2.30Pm

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Penduduk Baling kena berdoa agar MP dan ADUN mereka mati supaya ada PRK bagi membolehkan BN menabur pelbagai janji janji munafik dan juga bantuan mee segera

Tanpa Nama berkata...

haji kepala hotak pakai cap camtu...bodohlah sapa sokong haji haji auta ni...ayah dia pon sama takdak bukti tapi buat kenyataan..bukankah fitnah begitu..? siapa agen cia di jabatan peguam negara.?

Jawe berkata...

Assalamualaikum Bos, aku cadangkan ko kurangkan cerite2 pasal umno Kedah, cerita la benda yang Pas tengah buat nak menang semula... kene ingat kita yang kalah haritu, cerita2 macam ni boleh tempek ke muka kita balik, pesal Pas Kedah tak buat pe2 mase menang..Itu yang kami penyokong Pas dari luar nampak..Allah tak tolong kalau akhlak kita same macam diorang...Fakta bagitau takpe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...